Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 14, 2009

BANGGA AKU WARGA SMTP

Camna aku boleh terlepas membaca artikel ini. Lepas 4 tahun baru aku perasan. Aku nak berkongsi dengan kawan2 semua, terutamanya bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Putera (SMTP), Baling, Kedah Darulaman. Pastinya ramai juga yang tidak tahu.

JPK Bantu Koperasi Miliki Bangunan Sendiri

KOPERASI SMK Tunku Putera Baling Berhad agak kurang dikenali. Namun dari penubuhannya hinggalah ia melalui lebih 16 kali mesyuarat agung, koperasi ini kekal beroperasi di sekolah dua sesi di daerah Baling ini. Sepertimana koperasi-koperasi sekolah lain, kegiatan utamanya ialah menjual alat tulis, menyediakan khidmat fotostat, menghantar pelajar menyertai kuiz dan petanq dan sebagainya lagi. Kegiatan-kegiatan tersebut banyak membantu guru dan pelajar merencana pergerakan koperasi ini ke arah yang lebih cemerlang.

Menurut Setiausaha, Cik Suzana Mohd Khir, pihaknya kini merasa begitu bertuah dengan beberapa peningkatan yang meyakinkan di koperasi ini. Antara perubahan yang paling besar dalam koperasi ini ialah perpindahan kedai koperasi yang lama ke sebuah bangunan baru sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) negeri ini.

Difahamkan, sebanyak RM20,000 disumbangkan oleh JPK kepada koperasi sekolah ini sebagai memangkin serta menjana pergerakan koperasi dengan lebih cepat. Koperasi sekolah ini bagaimanapun turut mengeluarkan sedikit dana iaitu kira-kira RM2,300 sebagai kos tambahan mencantikkan lagi kedai koperasi ini. Memandangkan keadaan lanskap dan persekitaran sekolah ini yang berbukit-bukau, maka keadaan beberapa blok bangunannya juga terpaksa dibuat berperingkat-peringkat dan berasingan dengan disambungkan tangga ke setiap blok tersebut. Pihak koperasi pula agak bertuah kerana barisan hadapan sekolah ini menjadi lokasinya yang paling strategik dan mudah untuk semua pengunjung ke sekolah ini menjejakinya.

Bendahari, Encik Othman Yaakob yang turut hadir dalam pertemuan bersama wakil PELANCAR juga menambah, koperasi kini lebih ceria dan menyenangkan. Suasana kedai yang jauh lebih luas berbanding kedai koperasi yang lama, membolehkan berbagai-bagai bentuk barangan jualan dapat ditambah, sesuai dengan keperluan warga sekolah ini.

Keanggotaan terkini koperasi iaitu seramai 2100 orang, banyak membantu meningkatkan tahap jualan koperasi. Malah, berbagai-bagai kegiatan yang dirancang oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dapat melibatkan lebih ramai penyertaan seperti pertandingan kuiz, petanq dan juga mengarang esei serta pertandingan melukis.

Koperasi sekolah ini dahulunya mempunyai petugas khas bagi menjalankan urusan jual beli di kedainya. Bagaimanapun, setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung, khidmat petugas ini dihentikan dan digantikan dengan para pelajar seramai 20 orang bagi menjalankan urusan tersebut. Guru ALK seperti Setiausaha dan Bendahari akan memantau tugas-tugas ALK pelajar ini. Menyentuh berkenaan proses pembinaan kedai koperasi sekolah ini, ia mula dibina pada bulan Jun 2003 dan siap sepenuhnya menjelang tahun 2004. ALK koperasi sekolah ini melangkah bergaya ke gerbang tahun baru 2004 dengan berpindah ke bangunan kedai yang baru beserta semangat dan azam baru. Hasrat yang dinyatakan oleh kedua-dua ALK guru yang dedikasi ini ialah agar koperasi sekolah ini lebih cemerlang dan mampu mencapai sesuatu di masa depan. Ia bukan sahaja menunjukkan koperasi ini mampu bersaing dengan koperasi-koperasi sekolah lain yang ternama, malah ia juga sebagai pemangkin kepada warganya untuk lebih aktif berkoperasi.

Aku bekas pelajar SMTP 1981 -1985. Mungkin ada tertanya apa yang kubanggakan dan kaitannya koperasi dengan diriku. Nak tahu kenapa, lihatlah foto2 di bawah:-
  • 1985 - Pengerusi sedang menyemak akaun harian dan mengatur jadual tugas harian Pengawas Koperasi. Beginilah suasana koperasi pada waktu itu.
  • 1985 - Ahli-ahli Jawatankuasa Koperasi SMTP
  • 1984 - Ahli-ahli Jawatankuasa Koperasi dimana aku adalah Setiausahanya.

Terima kasih CIKGU MOHD. FAUZI AHMAD (guru kelasku 5 Putih, merangkap guru Koperasi) kerana memberi kepercayaan untukku mengemudi perjalananan Koperasi SMTP.

Penghargaanku kepada Cikgu Fauzi akan dimasukkan dalam posting akan datang.

No comments: