Thursday, January 29, 2009

BUKU LAMA BERJASA DALAM SEJARAHNYA

Buku ini mempunyai catatan bertarikh 29 November 1973. Dibelakang kulit buku siap dengan kata `Siapa Mengambil Buku Ini, Mesti Menjaganya Betul-betul'.

Dah buruk betul rupa buku2 ini. Helaian di dalamnya ada yang dah terlerai, selebihnya menunggu masa berpisah dari badan. Khazanah di dalam buku2 ini sudah banyak berjasa kepada keluarga 787. Warisan ini harus ku segarkan kembali dan sudah tiba masanya kusalin semula resepi2 lama bondaku sebelum ianya lupus di telan zaman. Maklumlah, sudah 36 tahun usia buku ini, mungkin lebih tua dari rakan2 blogger yang kukenali.

Resepi orang dulu2 senang, sukatannya pakai cawan. Yang dok buat aku pikir dan pening sikit ni bila sukatan pakai kati, tahil.... camna nak buat timbangtara dengan sukatan sekarang? Kalau sekadar auns/oz boleh tahan lg. Pandai masing2 la buat olahan bila memasak nanti....... yang penting `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

Buat adik2 iparku, next time nak resepi, buka saja blog ini... tak payah telefon untuk bertanya atau mai rumahku semata-mata nak salin resepi. Buat anak2 menakanku, beranilah mencuba resepi warisan nenda kita. Resepi masakan harian, resepi kuih-muih, biskut, kek semuanya akan mula ku catatkan mulai sekarang.

Berani Mencuba Pasti Berjaya!!!!

~ Warisan Kita Kebanggaan Kita ~

4 comments:

Diamilikku said...

untuk org2 luar jugak boleh yer kak..mengambil resepi di sini

SYAbAR said...

Yang baik dikongsi bersama dik .....

Dj Epoi said...

Mak oi.......ader ker buku nih?
Gua tak tau plak......nanti salinkan tak pon copykan untuk Suked8787....

P/S Mana ler Gua nak tau....Gua kan jantan...hehehhe

suked8787 said...

Salin...jgn x salin...kalu hilang susah nk jmpa dah....resepi org dulu2 x sama dgn org zaman skrg..