Friday, January 23, 2009

HOOREEY!!!!!! BESTNYA CUTI

Kepada semua kawan2ku yang berbangsa Tionghua, terimalah ucapan di sebelah sebagai tanda ingatan persahabatan murni kita.

Berhemah di jalanraya ketika perjalanan pulang ke desa dan sekembalinya ke tempat kerja nanti.

Bergembiralah dan curahkan kasih-sayang sebaik mungkin kepada keluarga tercinta terutama kepada kedua ibubapa di hari keramaian ini.

Hulur2lah angpau dan limau lebih2 sikit, duit boleh dicari, silaturahim keluarga susah dicari.

Aku tumpang gembira dapat cuti panjang 4 hari. Sebagai isteri dan ibu, seronok bercuti pada perkataan saja, hakikatnya tak berehat pun, banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan:-
  • Hal rumahtangga, barang keperluan dapur

  • Hal persekolahan anak2, homework dan barang keperluan sekolah

  • Hal kejiranan, melawat Rohaizad dan Shafiq di hospital, melawat mertua Dj Epoi yang datang di Pendang

  • Hal tanaman pokok2 yang dah lama tak dibajai, dibersihkan

dan yang penting sekali masa berdua untuk aku dan darling tanpa gangguan anak2, dapat candle light dinner pun jadilah...... anniversary is coming beb

Mana ada cuti dan berehat kalau dah camni punya gaya. Kena syukur, aku masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan semua itu. Dapat luangkan masa berharga dengan keluarga, alhamdulillah.

Anyway,


HAPPY CHINESE NEW YEAR
& HAPPY HOLIDAY

1 comment:

Dj Epoi said...

Salam....

Balik kerja semalam Gua dah singgah Hospitai Pantai....melawat Family Taukey Ayam ( kak Salina )

Didoakan agar mereka berdua cepat semboh....Shafiq & Abg Rohaizad...

Ader Buat Follow up ngn Majsli