Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 24, 2009

MARI BERPUASA

Salam kawan2. Hari ini dah 1 Rejab. Mari kita sama-sama berpuasa sunat kerana Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah. Maka barang siapa yang berpuasa dengan ikhlas di dalam bulan ini selama;

1. 1 hari, maka ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah swt

2. 2 hari, maka ia mendapat kemuliaan di sisi Allah swt

3. 3 hari, iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka Allah swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

4. 5 hari, maka permintaannya akan dimakbulkan Allah swt.. InsyaAllah

5. 7 hari, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam

6. 8 hari, maka akan dibukakan 8 pintu syurga

6. 15 hari, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya

7. pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibrail as "Wahai Jibrail untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrail as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu Rasulullah bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka. Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa 1 hari dan beribadah 1 malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur"

Tsauban bertanya"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Rasulullah saw bersabda lagi "Wahai Tsauban, demi Allah Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa 1 hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena Allah swt, kecuali Allah swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Marilah kita sama2 memanfaatkannya ketika kita masih diberikan kesihatan dan kudrat yang baik untuk melaksanakannya. Kita dan saya sendiri telah banyak alpa, elok rasanya beramal sedikit untuk mencari keberkatan hidup.

Ramadhan dah dekat kan kawan2. Yang belum membayar hutang puasa tahun lepas, bolehlah mengqadakannya kerana kawan2 kita ada yang berpuasa Rejab. Ada geng berpuasa tak terasa sangat kan!!!!

8 comments:

MariaFaizal said...

Dah start berpuasa as ganti dulu2 punya. Thanks sis for having this entry. I feel optimistic that I can be a good person as well :)

Cheers sis & Happy fasting!

SYAbAR said...

Maria,
Bit by bit we try to improve ourselves dear. Makin slim le kau kalau selalu dok posa.

Selamat buka puasa mlm nanti. hari pertama posa, menu dah ayah percik. Camna tu.... hehehe

Eta LaZiM said...

MaMa belum start puasa, Senggugut dah 2 hari, sakit betul..

Dah stabil esok lusa, baru nak start puasa ganti...

Selamat berpuasa kak Syabar!!

MariaFaizal said...

selamat berbuka sis :)
pehh...ayam percik!!!!

EIPUL said...

owh. saya pun mahu puasa juge. LOL.
InsyaALLAH.

Idalara said...

salam syabar..ida pun nak buat mana yg termampu..insyaallah..bgus infi sybar ni..

echah_syed said...

hi beb..rindu ekk :)

combi dah abis ganti posa tp nak teman anak dara ganti posa dia pulak nih :D

jap jer dah nak masuk ramadhan al mubarak ekk.

Dj Epoi said...

Saya ponk nak posa gak weih!!!!

Jangan salah paham weih!!!
Bukan Posa ganti....

Posa Sunat....arrrrrrr


P/S Posa yang yuk bley ka ?