Thursday, June 4, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

3 Jun 2009 telah melakar sejarah. Sejarah manis buat seorang guru bernama ISMAIL BIN ABU BAKAR dan bekas anak2 murid Darjah 6 (1980 - 1982). Malam ini, Restoran Nelayan Titiwangsa menyaksikan pertemuan beberapa pelajar dengan gurunya setelah 29 tahun meninggalkan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera (SRKTP), Baling, Kedah. Indah sungguh malam ini.......
Wajah guru kami sekarang.
Anak2 muridmu tetap mambayangkan cikgu segak dan tampan seperti dahulu.


Wajah2 kegembiraan......

Detik paling bersejarah....... saat2 yang membuatkan `cikgu kelu tanpa sepatah kata' buat seketika. Aku pasti kawan2ku, baik lelaki ataupun wanita, tersentuh hati di saat ini.

Angin bertiup dari semua arah. Susah untuk dinyalakan api lilin. Kami bersatu, membuat kepungan keliling kek supaya `api cinta kami pada seorang guru' dapat dinyalakan. 29 batang lilin menandakan `29 tahun bertemu semula'. Beramai2 kami menyanyikan....

SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU CIKGU
SELAMAT HARI GURU
......KAMI SAYANG CIKGU ISMAIL

Aduh begitu sentimentalnya saat ini...... dan cikgu seperti seorang selebriti pada waktu itu, dikelilingi paparazzi amatur

dan inilah saat2 yang paling manis pabila anak murid menyuapkan manisan ke mulut gurunya dengan lafaz...
Bismillah...
`Ya Allah Ya Tuhanku
Panjangkanlah Umur Guruku
Murahkanlah Rezeki Guruku'


Antara gambar2 menarik semalam....

Macam adik-beradik pulak meraka ni......

Kami bersembang sampai Restoran bagi tahu aku `kak, restoran tutup pukul 10.30 ya! Tengok jam di hp, laaa tak sedar dah 10.45mlm.

Sebab masih tak puas, kami sambung cerita depan pintu masuk sebelum masing2 `BYE BYE & JUMPA LAGI'.
Dalam perjalanan balik rumah, aku cakap dgn hubby `Abang... Min lapar la'. Mana tak lapar... orang lain semua balon sakan makan, aku hanya makan 1 ekor ketam, 2 biji fish ball, 2 biji pucuk seafood, air kosong dan teh `o'. Mana cukup.... dari awal sampai habis dok berkawad pi balik. Alhamdulillah, hubby sporting, terus bawa pi restoran mamak..... hahaha

Sampai rumah, dah tak boleh tidur pulak.... suntikan aura guru dan kawan2 yang terpancar dari sinar mata mereka membuatkan aku bertenaga seperti zaman di SRKTP dulu. Jam 5.30 pg baru aku lelapkan mata sebentar sebelum bangun semula untuk mulakan hari yg ceria di tempat kerja.

5 Jun 2009
Terima SMS dari cikgu berbunyi
`Salam. Last sambut hr guru tahun 2003
tp bukan mcm yg Min buat mlm 2. Biasanya
kami guru2 sambut sendiri ja n buat jamuan
n permainan dgn budak2. Yg mlm tu pertama kali
sy alami dalam hidup saya sbgai seorg guru'


p/s Gambar penuh diletakkan di dalam SRKTP Yahoo Groups....

7 comments:

MariaFaizal said...

Sis,
Lambat nya tidur...
But I think the event is worth every second of it.

Cikgu Ismail is a handsome looking man :D

Diamilikku said...

kak min...jelesnya...baguslah kawan2 kak min semuanya sporting..
dapat menganjurkan satu majlis yang pastinya akan dikenang sepanjang hayat oleh cikgu Ismail...

congrats sis for all the efforts...you guys are really Rock!

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Mmg ensem aa cikgu Ismail ni!! Mesti "rebutan" dolo dolo ni...

SYAbAR said...

Maria,

Syukur2, mmg berbaloi dapat berkumpul begini setelah sekian lama.

Part handsome tu yg semua pelajar ingat kehansoman cikgu sampai hari ni

DiaMilikku,

Jgn jeles dik, semua ni berlaku dgn izin Allah dan usaha kecil kami. Memang batch kami, majoriti rock & laser belaka.... hahaha

Mama,
Agaknya kalau dolo2 mama terjumpa la.... aisayman! wa caya lu juga salah sorang list dlm rebutan

amirul said...

Salam Kak,
Wah! seronoknya bukan main kalu dapat jumpa balik kengkawan lama... apapun didoakan kesejahteran cikgu Ismail... semoga diberkan kesempatan lagi utk kalian berjumpa...

SYAbAR said...

Terima kasih Amirul. Mmg kita sepatutnya doakan kesejahteraan untuk semua guru2 yg telah menabur budi dengan kita sebagai pelajarnya

*SiRibenMerah said...

wahhh.. shahdunya.. 30 thn lagi ada x students saya yg igtkan saya neh lagi??
wahhhhhhhhh.. sgt best kan sambutan macam neh.. shahdunyaaaaaaaaa~