Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 3, 2009

ORANG KAMPUNG JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA

Dalam 2 minggu ini, rezeki yang datang ke rumah kami melimpah ruah. Ramai saudara-mara dan jiran tetanggaku dapat merasa keenakannya. Walau tinggal dikota, tanah sekangkang kera, tp bila rezeki itu tiba, terasa seperti aku punya tanah berekar dengan dusun buah2an dan tanaman sayur kampung. 2 kali aku menerima rezeki harimau dr orang kampung terutamanya orang Baling. Trip pertama dihantar dgn bas, trip kedua dgn kereta pulak.

Sejak kecil hingga kini, aku punya ramai kawan orang ulu banat dan mereka ini tinggi adab sopannya, pandai membalas budi. Janganlah kita yang dikota, merasa terlalu bangga diri dengan permodenan dan janganlah pandang mereka sebelah mata.

Terima kasih ayahmama dan Amar kerana sudi ke Baling utk tunaikan hajat orang Baling buat kami di bandar.

Aku dan yang lain2 di Kuala Lumpur seperti kata pepatah `tak cukup tapak tangan, nyiru kami tadahkan', orang Kedah kata `sekupang pun tak keluaq duit' merasai hasil keringat orang2 kampung seperti di bawah:-

2 guni beras
rambutan


1 kotak
manggis

1 guni beras
dokong







1 plastik besar
langsat


puluhan durian yang dibuang
kulit dan isinya dimasukkan dalam
2 tupperware besar dan dibekukan





3 biji cempedak

2 bungkusan
pucuk paku









2 bungkusan
daun pegaga



8 batang
lemang






6 bungkus
kopi kampung







1 kotak besar polisterin
air nira nipah





SIAPA KATA ORANG KAMPUNG KOLOT SEKIRANYA MEREKA TAHU BERBUDI PADA ORANG BANDAR

11 comments:

Cik Puan*PIE said...

wahh kak...kelasss dpt buah2an yg enak itu..jeles i tau.tp betol kate akak tu..org kmpg jgn dilupa walaupun kite dok bndar..asal usul kite ni pun dr kmpg sbnrnya..

Naddiea said...

ya allah...baik sungguh kawan2 kak syabar..orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.huuhuu..sedapnyer rambutan.

** Perfect Love ** said...

Ya Allah... lomang tu yg buat eden tak tahan ni.. hehe

imine said...

sedapnya kak ... mintak skit .. terliur tgok sume2 tu nih. hehehe. :p

akak sekeluarga sihat ke? hrp2 sihat eh.

Mrs Zamzuri said...

aunty min! terliur along tgk buah2 tuh. kat sini durian bangkok bersepah. ngga sama kok dgn durian kg kita.

aiseh... mana nak carik nih...

SYAbAR said...

Imine,

Akak terasa sgt kehilangan kau kat opis ni dik. Rasa cam tak ceria sbb kau selalu bikin akak senyum gembira.

Sihat selagi dok boleh layan blog ni dik.

Kau kat sana camna?

SYAbAR said...

Along,
Teringin apa, kalau Zam nak pi sana, boleh aunty kirim kat mama. Jgn segan2 nak bg tau ya! No hal, aunty boleh carikan buat kau...

SM79 said...

alahai kak syabar.. rezki dtg bergolek2... seronoknya.......

SYAbAR said...

Macam tulah Sue, sentiasa tak putus rezeki kat rumah kami ni.... Alhamdulillah

imine said...

Sy sihat2 je kak. cuma menahan sejok sesgt sampai ke tulang sum2 hehe.

Ala sedih dan sayunya sy dengar. sy pun rindu gak suasana kat opis. pi lepak (& mkn2) kat tempat akak sambil jeling2 bilik sebelah tu hehehe.

rutin dah berubah :) dulu pening pasal keje .. la ni pening pasal belajar :P

nnt2 bila lapang sy update blog eh, insyaAllah.

Diamilikku said...

teringat dulu masa arwah mama masih ada...selalu lah kami merasa rezeki2 dari kampung nih...mama penah keje kat baling dulu kak...
pastu neighbour kami ada sorang tu keje ngan JKM..so banyak la org2 susah yang dibawa bekerja kat umah dia...tolong2 dia kemas rumah semua..arwah mama jenis yang ramah tamah..sembang buat kawan...lepas tu tiap2 kali diorang datang..confirm ada rezeki untuk kami..time raya plak selalu dapat lemang...

betul kata akak..kita jgn sombong n berlagak...tak untung tang mana pun...

we miss you sis