Sabtu lepas 2 Ogos 2009, tertunailah hasrat sebahagian warga perumahan kami terutamanya penghuni Desa Awana dan Angsana untuk mengadakan majlis datangnya bulan kerahmatan kepada umat Islam iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah, dengan hasil kutipan ikhlas sumbangan peribadi, 3 ekor kambing menjadi habuan untuk dimasak bersama umbut pisang. Susah sebenarnya untuk menyediakan menu seperti ini di tengah2 kotaraya dan ramai yang bertanya dari mana diperolehi bahannya. Inilah untungnya bila punya kawan2 yg masih kuat nilai2 kekampungan, tidak lupa asal-usul. Harap mereka yang asyik mendongak langit dengan permodenan dan limpah kekayaan, jangan kata pokok, pisang pun mungkin tak tahu pisang apa, inikan pula umbutnya.
Drama2 semasa banyak menonjolkan jurang hidup antara mereka yang tinggal di rumah banglo/teres dan pangsapuri/flat. Syukur aku masih dikurniakan kawan seperti mereka, sekurang2nya aku tidak hidup di dalam konsep `jaga pintu rumah masing2/hidup dalam pagar rumah sendiri'. Aku pegang pesan mama `jangan sombong dengan orang terutama orang susah. Alllah membenci hambanya yang tidak hormat orang disekelilingnya terutama jiran tetangga. Kalau mereka tak suka kamu, jika ditakdirkan terlihat wajah mereka `senyumlah'.
Gotong-royong ini beroperasi di sebuah pondok yang dikenali sebagai `Pusat Bandar' oleh warga pangsapuri. Pondok yang didirikan dari barang gunapakai di atas sebidang tanah reserve tepi jalan. Ada yang berkata padaku, sekali pandang macam pot sarang kominis, dua kali pandang macam kawasan setinggan PATI. Tapi inilah hakikatnya apabila pemaju hanya membina 2 lot pangsapuri yang menempatkan beratus penduduk tanpa dewan/surau. Biar apa orang berkata, pondok inilah tempat mereka bermesyuarat dan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana jika ada kematian?
Walaupun tinggal di asrama, mama telah bekalkan diriku cukup ilmu di dapur. Jadi aku tidak kekok terlibat dalam hal2 sebegini walapun masak menggunakan kayu api. Dah lama aku tak makan asap. Kali ini bukan kata makan asap saja, matapun terkebil2 tahan pedih asap. Rasa macam main masak2 pun ada. Mana taknya, senduk yang aku gunakan tu senduk biasa yang disambung kayu dan diikat dawai.
Menyorok pagi aku sediakan cucur ikan bilis. Tengahari, orang kata lapik perut, aku sponsor mereka yang turun tangan dengan memasak gulai ikan kembung+tomato+bendi dan telur dadar. Aku tarik sebiji kobis untuk goreng dengan hati, pedal, kaki ayam.
Mujur bapa saudaraku seorang katerer. Dengan harga untuk anak buah, aku dapatkan 1 unit set khemah dan dengan muka 14 ni juga, aku dan suami pi stor dia, minta pinjam tray, bekas basuh tangan dan senduk2. Nampak manis la sikit hidangan di meja buffet.
Malam itu, hidangan kami memang ala2 kampung gitu. Menu utama nasi kawah, gulai kambing dengan umbut pisang, ayam masak kicap.
Tambah pecah selera bila ada sambal belacan pekena ulam petai, pucuk paku dan jantung pisang rebus. Petai mentah, pucuk putat, kacang kelisa/botol dan kobis goreng pun ada. Agar2 merah saja aku buat sebagai pemanis mulut. Terima kasih pada jiran sebelah rumahku yg sponsor pisang dan air mineral.
Yang berbaju putih tu adalah chef kami. Tabik spring!!!! Pemandu bas boleh jadi chef kau... Apa la yang dia bincangkan dengan lebai tu. Yang dok tunggang gula tu, orang rumah tok tukang pondok. Teh tarik rendek ... kaw kaw punya.
Akhirnya, time makan2 pun tiba. Apa lagi, pakat ramai2 bedal la, terutamanya ratah gulai kambing tu..... eeemmmmm sodapnya sampai pakat2 bungkus bawa balik rumah termasuk tukang karang cerita ni. Hahaha
Biasanya orang kuat majlis, memang tak lekat dalam gambar sebab sentiasa sibuk. Aku harus ucapkan berbanyak terima kasih pada Pak Ya. Minta maaf la, camna boleh tak masuk gambar ni....
4 comments:
owh ini yang dikatakan jgn terliur tadi yer....hurmmm....sebenarnya dah terliur masa baca kat blog bro DJ kita..tapi ingat kak min tak nak buat entry pasal lauk nih so idak le teman kisah sangat..tapi bila dah ada ni...memang teman kisah ahhhh...akak dah bersalah pada su sebab melayor lauk2 yang sedap giler...aduhhh...kalau baby lahir air liur meleleh akak yang bersalah okay...
hahahahahaha....love you sis
kampung dalam bandar! bravo!
syok nya kakmin kenduri gini. kat sini umah flat cam umah tinie ni, harusla susah nak buat. kalau kat kg kola kedah or bukit pinang, mesti senang nak buat...
sgt meriah..!
Post a Comment