
Warisan Pertama Ayahbonda Akulah Racun Akulah Penawar Putihnya Melur Jangan Dikotori Harumnya Melur Biar Bekal Merentasi Zaman
Friday, August 28, 2009
DOA BUAT AYAH & IBU

Friday, August 21, 2009
MENJELANG RAMADAN ALMUBARAK
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)
Friday, May 15, 2009
RAHSIA HARI DALAM SEMINGGU

Friday, May 8, 2009
PEMBENTUKAN JATIDIRI KELUARGA

Renung2lah panduan berikut:-
Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
Peluklah anak setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan akal atau daya fikir lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.
Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.
Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana mereka yang akan mencorak masa depan negara kelak.
Usah mengeluh dalam mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak rasa diri mereka sebagai beban.
Dengar cerita anak kerana cerita itu mungkin tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap.
Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahir mereka. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai.
Luangkan masa bersama anak di luar rumah, peganglah tangan anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan rasa pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
Hargai permainan kesayangan anak, mereka juga pada masa sama akan menghargai barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.
Jangan selalu membawa kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Terima keadaan bahawa kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.
p/s
Dulu ketika anak2ku masih kecil, mereka sentiasa kucium dan kupeluk. Tetapi pabila mereka meningkat remaja aku abaikannya untuk dijadikan amalan seharian. Hanya sesekali pada ketika tertentu. Mengapa? Apa yang membataskan diriku? Akukah yang malu atau anak2kukah yang malu?
Friday, April 3, 2009
10 WASIAT IMAM SHAFIE
- * Percaya Kepada Allah
- * Percaya Kepada Nabi dan Rasul
- * Percaya Kepada Kitab2 (Al-Quran, Taurat, Injil & Zabur)
- * Percaya Kepada Hari Kiamat
- * Percaya Kepada Qada & Qadar
Akan tetapi kita jarang memikirkan akan tanggungjawab dan hak2 kita berhubung kepercayaan ini. Berikut adalah 10 Wasiat Iman Shafie berhubung perkara ini:
1. Hak kpd diri:
Kurangkan tidur,makan, bercakap & berpada2 dgn rezeki yg ada.
2. Hak kpd malaikat maut:
Qada kewajipan yg tertinggal, dptkan keampunan daripada org yang dizalimi, buat persediaan utk mati & cinta pd Allah.
3. Hak kpd Kubur:
Buang tabiat suka menabur fitnah, kencing merata2, bykkan solat tahajud & bantu org yg dizalimi.
4. Hak kpd Munkar & Nakir:
Tdk berdusta, bercakap benar, tinggalkan maksiat & nasihat-menasihati.
5. Hak kpd Mizan:
Tahan kemarahan, bykkan berzikir, ikhlaskan amalan & sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd Sirat:
Bersikap warak, bantu org beriman, suka berjemaah & buang tabiat suka mengumpat.
7. Hak kpd Malik (Penjaga Neraka):
Menangis kerana takutkan Allah, berbuat baik kpd ibubapa, bersedekah secara terang-terangan atau sembunyi serta elokkan akhlak.
8. Hak kpd Ridhwan (Penjaga Syurga):
Redha dgn qada Allah, sabar menerima bala, mensyukuri nikmat Allah & bertaubat drp maksiat.
9. Hak kpd Nabi s.a.w:
Berselawat kpd baginda, berpegang kpd syariat, bergtg kpd sunnah, menyayangi para sahabat & bersaing mencari kelebihan Allah.
10. Hak kpd Allah s.w.t:
Mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia drp keburukan, menyukai ketaatan & membenci maksiat.
Friday, March 20, 2009
HENDAK SUAMI PANJANG UMUR?
ketahuilah kita kaum Hawa bahawa
MASJID BAGI ORANG PEREMPUAN ADALAH SATU SUDUT DI RUMAHNYA
PABILA ILMU SINGGAH DI DADA - II
PUNCA SEMPIT / TIDAK BERKAT REZEKI
1. Hati yang kotor
2. Tinggalkan solat
3. Enggan bayar zakat
4. Derhaka pada ibubapa
Kata Ulama:-
1. Berterima kasih sesama manusia
2. Elak buat maksiat dan dosa
3. Ingat mati dan bersedia untuk mati
4. Bantu orang lain
5. Buat apapun terbaik
6. Sentiasa bersedekah kepada yang memelukan
7. Sentiasa berubah kepada yang lebih baik
8. Sifat Qanaah (syukur) dan zuhud (tidak membazir)
PABILA ILMU SINGGAH DI DADA - I
"Bukan umatku orang muda yang tidak menghormati orang tua
- Selalu mendoakan kawannya
- Memaafkan kawannya
- Membantu kawannya
- Membahagiakan kawannya
- Tegur & bangunkan kawannya
- Ziarah kawannya
Sedarlah kita, apabila kita berniat untuk menziarahi kawan, gugur dosa kita dalam setiap langkah ke rumahnya. Naik martabat kita dan mati syahid kita sekiranya ditakdirkan sampai ajal kita dalam perjalanan ke rumah kawan kita itu.
Pada tahun 2001, kajian yang dijalankan di Amerika telah membuktikan, seseorang yang memaafkan orang:-
- 1. Hatinya menjadi lapang
- 2. Kurang stress
- 3. Lebih bahagia
- 4. Lebih Produktif
- 5. Lebih sihat
- 6. Hubungan seks lebih baik
Friday, March 13, 2009
KUKU KITA
Sebut tentang KUKU tentu ramai yang mengaitkannya dengan perkhidmatan manicure & pedicure yang mudah diperolehi di mana2 salon kecantikan. Inilah arus pembangunan moden sehinggakan kita ada ketikanya membelakangkan amalan2 baik datuk-nenek kita apatah lagi amalan Rasulullah saw berhubung penjagaan KUKU kita.Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).
Kuku yang diciptakan Allah SWT mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.
1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Aisyah ra yang maksudnya:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus‘ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.” (Hadis riwayat Muslim)
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Rasulullah saw bersadbda yang ertinya:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi‘e dan ulama-ulama asy-Syafi‘eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma‘at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma‘at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah ra berkata yang maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya:
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma‘at atau pada hari Isnin.
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad saw kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.
Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.
Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.
Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.
Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.
Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya:
“Bahawa Nabi Muhammad saw melarang kaum lelaki memakai za‘faran (kuma-kuma).” (Hadis riwayat Muslim)
Friday, March 6, 2009
DOA PEMBUKA 12 PINTU
Friday, February 20, 2009
KISAH PEREMPUAN MISKIN, LEMBU TUA & GAZA
Alhamdulillah... aku telah melaksanakannya
Friday, February 6, 2009
PESANAN UNTUK DIRIKU

Lazimnya...
2) Dari pakai moto kapcai --- kancil... wira --- Honda Type R ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----Polo...........
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager.............CEO
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- LCD.........Plasma..........Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Bidara --- Pulau Langkawi ---- Mauritius
8) Mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam...... Kalong
Umpamanya
Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan...dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Aku punya pilihan, YANG MAMA SATU IDAMAN KALBU
- Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
- Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
- Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
- Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka
- Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat
- Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik
- Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat
"Hidup Ini Indah..... Jangan Jadikan Keindahan Itu Satu Keburukan"
Friday, January 30, 2009
MUKJIZATNYA AZAN
Pesanan Semasa Mendengar Azan...Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Friday, January 23, 2009
DUDUK IFTIRASH
Pada penghulu segala hari ini, aku juga ingin kongsi pengetahuan berguna dengan pembaca blogku amalam kita di dalam menunaikan ibadah yang dikatakan `tiang agama'.
Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..”
Hadith shohih riwayat Bukhri. Pengajaran hadith:
Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
TAK TERCAPAI DEK AKAL MUKJIZATNYA
SUBHANALLAH. MAHA BESAR ALLAH SWT ATAS SEMUA CIPTAANNYA
MISTERI TERBELAHNYA BULAN
Allah SWT berfirman,
"Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah" (Q.S. Al-Qamar: 1)
Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr.Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut. Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an.
Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya,"Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah" mengandung mukjizat secara ilmiah ? Maka saya menjawabnya: "Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad SAW sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Dan memang Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu".
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari MekahAl-Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kalian inginkan?" Mereka menjawab: "Coba belahlah bulan ..." Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullahpun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!". Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?". Mereka menjawab, "Ya,benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali...!! !".Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar).
Oleh karena itu, Allah menurunkan ayatNya,
"Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus" , dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ....." sampai akhir surat Al-Qamar"
Ini adalah kisah nyata", demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan? " Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: "Dipersilahkan dengan senang hati." Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjuk aku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah.... ..." Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari.
Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran. Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa. Dan di antara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakinya di bulan, di mana perjalanan antariksa kebulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.
Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata,"Kebodohan macam apa lagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun.
Maka presenter itupun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?" Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!" Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab,"Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong dipermukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali". Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad SAW 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untukmengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!"".Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah ... (aku pun bergumam), "
Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar, dan... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.
Friday, January 16, 2009
PENGHULU SEGALA HARI

Sama-sama kita mengambil keberkatan dan mendalami ilmu yang hakiki. Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas.
TIDUR DAN ANDA
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur juga adalah ibadatyang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapaktangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan!
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidakmenimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita.
-CARILAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA -


