Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 10, 2009

REZEKI GAJAH

Jam 3 pagi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon menyuruhku membuka pintu rumah. Dah masuk kali ke-3 rezeki seperti ini datang dan kali ini lebih berganda2.

Terima kasih tak terhingga kepada Kak Mah Memali, Baling, seorang ibu tunggal yang menjaga lembu pawah kami dengan kiriman buah2 kampung yang sebegini banyak. Terima kasih juga kepada adikku NAIM yang membawa mama dan muatan tersebut ke rumahku.

Yang nampak di bawah hanya buah2 kampung, sayur2 kampung semua dah masuk peti ais seperti pucuk ubi kayu, paku rawan, bayam, rebung. Bila la dapat aku habiskan memasak sayur2 tersebut terutamanya petai2 segar tu. Buat petai jeruk pun bagus juga kan!!!!

Wahai adik2ku, sekalian..... pakat2 lai mai ambil buah2 tersebut kat rumah kak.
rambutan 4 guni, dokong/langsat 4 raga, rambai 2 plastik sampah
cempedak tak sempat kira berapa biji, manggis pun tak sempat kira
petai sepemeluk....

INILAH NAMANYA REZEKI GAJAH... kata mamaku

5 comments:

** Perfect Love ** said...

kejap lagi i akan sampai manikmati gajah2 itu ;-p

Eta LaZiM said...

bawa pi pasar malam niaga boleh dah tu... heheheheheh

Diamilikku said...

ish ish ish...murahnya rezeki kak min....sedap2nya buah tu kannnn

Mrs Zamzuri said...

huisk.. aunty min nak buat meniaga depan rumah ke? hehehe.. bley carik duit raya nih kalo jual.

SYAbAR said...

Along, memang ramai yg kata boleh jual kalau camni punya banyak, tp ni amanah orang bg rezeki untuk kita makan dan kongsi rezeki dengan yang lain.

Moga rezekiku lebih bertambah selepas ini dan di dalam rahmat Allah selalu