Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label SAIFUL AMIR. Show all posts
Showing posts with label SAIFUL AMIR. Show all posts

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT ANAK WATAN JELAPANG PADI

2 hari sebelum Piala FA, DJ Epoi call `Kak, Kedah masuk final FA. Jom niaga'. Belum dapat persetujuan en. suami, dah pandai cakap OK. Malam hari, mula ayat en.suami `Abang, nak niaga kat Bukit Jalil boleh! Kedah masuk final ni'. Lega... bila en. suami selamba jawab `OK, bawa HAKIM, EKMAL, ADNIN sekali. Abang duty kat sana'. Pucuk di cita ulam mendatang la....
Pagi Sabtu lepas urus semua hal tuisyen anak dan kerja2 dapur, aku siapkan WIRA. Basuh pakaiannya dulu. WIRA mesti di bawa ke tapak niaga kerana dia ada daya tarikan dan pelaris pelanggan ke gerai kami.

Inilah WIRA kesayangan kami. Sampai tapak niaga, WIRA dapat rambut baru... hijau kuning lagi. Maklumlah dia juga penyokong kuat Kelab Kenari. Siap tabik lagi kat penyokong2 kuat Kedah. Letak saja WIRA ditempatnya, pengunjung mula rapat ke gerai kami untuk posing dengan WIRA. Kamipun apa lagi.... bila orang dah rapat dengan gerai kita, kita pun ayatlah mereka untuk beli produk2 gerai kita. Alhamdulillah....

Dj Epoi adalah taiko projek ini dan aku sebagai kakak sentiasa beri dorongan semangat pada semua adik2 yang turun tangan untuk menjayakannya. EKMAL, HAKIM dan ADNIN sekurang2nya tahu dan lihat, bukan senang ibunya cari duit untuk beri kemudahan hidup pada mereka. Mereka juga kulatih untuk tebal muka dalam dunia niaga. Kerja ikhlas, apa pulak nak malu.

Adikku sikembar NAIM dan NAZIM saling bekerjasana. NAZIM promosi produk, NAIM jaga PA sistem sambil buat hebahan kepada pengunjung untuk masuk ke gerai kami.

Beginilah keadaan gerai kami bila diserbu pengunjung

Adikku AMAR anggota MALBAT yang tak berapa hari lagi nak terbang ke Lebanon juga turun. Banyak tu tiket yang dia beli untuk kumpulan kami. Sepupuku HASROL DAN BOB juga turun berniaga

Ragam penyokong kuat Kelab Kenari

lebih gembira bila suami yang `on duty' sempat turun ke gerai beri sokongan walau seketika. Terima kasih Abang. Adik iparku Noor dan si cilik Adel juga tak mau lepas peluang ni. Tahniah kerana semua bersemangat sebagai anak watan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman.

Bila tiba waktu perlawanan, inilah tugas hakikiku... menjaga gerai sambil menjaja air minuman. Hanya walkie talkie menjadi penyambung dunia luar dan dalam stadium. Time tak ramai pembeli, aku buat kerja baru. Hahaha... kutip tin aluminium. $$$$$ free. Penat toksah cakap la, 3 pg baru sampai rumah... tp aku gembira kerana punya `masa emas' bersama adik2 dan anak2.

Buat pemain bola sepak negeriku, dengarlah luahan hatiku `HELMI.... HELMI.... aku kuciwa' tapi pasrah dengan qada dan qadar, bila dah termaktub ketentuan, ini bukan rezeki pasukan kita.

Tuesday, June 2, 2009

KEK ADEL

31 Mac 2009, ADEL genap setahun
Ragam ADEL bila dipakaikan topi birthday....
Kegembiraan AMAR & NOOR di hari ulangtahun anak sulung
Sambutan sederhana  tapi penuh makna.
Bacaan doa dipimpim oleh HAKIM.

Tuesday, March 31, 2009

ADEL YANG SAKSAMA

Letih aku menepis supaya tidak diganggu. Angkat letak tempat lain, merangkak balik ke tempat asal. Minat betul budak2 sekarang dgn teknologi IT terkini. Tambah2 ada sokongan muzik, lg la susah nak gerak jauh. Siap ketuk2 keyboard dan gelak lg. Anak buah pun sayang, kat lappy pun sayang, jalan terbaik tutup dan simpan saja. Selamat keduanya.

Inilah gelagat ADEL, buat kerja dalam diam. Ada pula sesuatu di sebelahnya yang menarik perhatian.

Biar adil, alang2 nak kacau, kacau keduanya. Tadi aku, kini Pak Chaqnya pula. Camna nak tulis jurnal bila pen ditangan dibawa lari. Mujur tak dicontengnya. Last2, pak sedara pun simpan semua dan nonton TV.

Tak cukup dengan itu, dikacau lagi. Akhir kisah, angkat letak dipangkuan dan didukung barulah puas hatinya dan senyum gembira.

Anak kecil, hendak perhatian kita sebenarnya.

Wednesday, February 18, 2009

MODEL LAMA

Petang ni..... saja seronok2 surf pakaian pengantin. Jari ni klik la kat link http://www.zarithandaman.com/. Dah buka web tu, mula2 aku klik link 2009 latest fashion. Dah habis tengok semua baju2 pengantin (teringinnya nak pakai, dulu aku kahwin mana ada design2 camtu), aku klik pulak kat link Sebelum dan Selepas.

Tot2 muka ni yang keluarCayalah!!!!!! Adik ipar aku jadi model mereka. Baru aku tau, dia guna khidmat mak andam ni masa nikah dengan adik aku dulu. Aku bagi 5 bintang kat mak andam ni, memang teliti hasil kerja dan terserlah kejelitaan pengantin pada hari tersebut.

Thursday, February 12, 2009

HABAQ MAI SAT

Betoi ka depa nak mai rumah?
Betoi.... malam ni dalam pukui 8.
Tak boleh ghalit, kena pikiaq nak bagi depa makan apa ni
Depa mai ghamai ka? Hah! 3 biji gheta, ghamai tu tapi tak pa, lagi ghamai lagi baguih
Depa tak pernah mai, hang kena tunggu tepi jalan
Orait!!!
Kot nanti dok kata teruih-teruih, kona kanan kona kiri, last2 depa patah balik pi rumah hang.
OK, OK
Hang tolong pi beli roti canai 20 biji, capati 10 biji, murtabak dan tose minyak sapi.
Boleh..boleh
Ni nak pi Petaling Street sat, cari buah
Cantik.......

Macam tu lah bunyinya, nasib baik hari tu kami jd boss dan mem.... ada drebar dan kolek. Best juga sekali2 dok rehat kat belakang berdua, tak tension kepala pikiaq jalan mana nak ikut. Nak tahu sapa drebar dan kolek kami......

Nak tau sapa mai rumah kami.....?????? Ni baghu betui, ni lah yang dinamakan SERBUAN MAMU MAMI PENANG. Hangpa tengok muka masing2, aci calit jari punya ... kalau hangpa kata bukan mamu mami. Anak2 mami pun ada. Patutla awai2 depa bagi tau cek, mai 3 biji gheta. Hangpa tengok gambaq nanti, cuba hangpa pikiaq sikit.... camna depa perosok semua dalam 2 biji gheta. Jauh tu pi-balik Penang........ Mau lengoh yang dok atas gheba kan!!! Awat la lagu tu... kesian cek tengok dok berimpit dalam gheta Tapi tak pa, depa semua seghonok dapat ronda2 KL.

Apa2 pun, mami Kedah (ceeyah!!!! ngaku siut) respek la kat BABU dan NUN. Sampai juga hangpa rumah kami no. Lain kali habaq mai awai2 skit, nalla punya program nanti kami atoq. Sori la, makan malam tu sempoi sangat.

NI BADANG AKU MALAM TU. PI BALIK PI BALIK. TQ BRO UDARA ......SEKALI2 BAGUS JUGA PENAT TENAGA DAN KANTUNG!!!!! PI MAI PI MAI PUN MENAKAN, PUPU PAPAT BINI HANG JUGA. OK LA TU

p/s Bro Dj & Tauke Ayam, hangpa 2 famili sporting, sudi meghamaikan.

Monday, January 19, 2009

RAHMAT DISEBALIK UJIAN

8 Januari 2008

  • AZRINA masuk Pusrawi melahiran AIDA. Keluar wad 17 Januari.

  • AMNI masuk Pantai Cheras Medical Centre dan disahkan demam denggi. Keluar wad 11 Januari.

9 Januari 2008

  • AMAR disahkan demam chikugunya

Ujian awal tahun terhadap 3 keluarga, namun kerisauan dikongsi semua terutamanya mama dan ayah. Ulang-alik tengok menantu dan cucu yang lama kena demam kuning. Dah tu lari pulak ke Pantai Cheras Medical Centre jenguk AMNI, kemudiannya ke rumah AMAR, tambahan isterinya juga demam, ADEL pulak kena campak. Ketika di usia sebegini, memang memenatkan kepada warga emas, tapi bak kata orang kalau nampak depan mata puas hati.

Aku pulak, risaukan anak, risaukan adik, risaukan anak buah sehingga nazar berpuasa. 1 hari untuk AMNI telahku laksanakan. 2 hari untuk AMAR dan AIDA masih terhutang. InsyaAllah akan kulaksanakan secepat mungkin. Anak keluar wad, mak pulak tidak sihat....... demam, batuk dan selsema hingga hari ini. Aku redha dengan ujian.....

Semalam kami berkumpul di rumah NIZAR. Dah jumpa semua, minta ayah baca doakan selamat dan buat majlis kesyukuran kecil2an.

Inilah rahmatnya bagiku

alhamdulillah, ayah dan mama dilimpahkan Allah rahmat dan kesihatan yang baik untuk menjaga anak cucu

tumpang ayah dan mama tersenyum di depan mata, berbaktilah sebaik mungkin sebagai anak demi kebajikan dan kegembiraan mereka


ada pertemuan, terpancar nilai kasih-sayang. Masih kuat talian dan keharmonian kasih dalam keluarga ini

kawan2 dan saudara mara yang hadir, melonjak rasa murninya keakraban ukhwah

Terima kasih semuanya untuk laksam, pau, buah, sagu, puding, air botol, segalanya dan keringat peluh menjayakan majlis ini.

Tuesday, December 16, 2008

SAIFUL AMIR

SAIFUL AMIR HAJI ABDUL RANI. AMIR adalah nama pilihan nenda Hajjah Rahmah yang bermaksud `Putera, Ketua, Pemerintah'. Di dalam keluarga dipanggil AMAR. Anak2 buah memanggilnya Pak Andak.

Dilahirkan pada 28 Ogos 1981(Ahad, 22 Syawal 1401) juga di Hospital Baling. Seorang anak yang paling lama menyusu susu ibu. Semua adik2ku dilahirkan comel, tetapi bagiku AMAR lebih comel dari semua. Memandangkan comelnya macam baby girl, rambutnya selalu kusisirkan `tocang'. Kecil saja like baby girl, dewasanya lelaki mampan.

Kalau NAIM & NAZIM punya pengasuh, AMAR juga begitu. MAZIDAH dari keluarga yang susah, usianya lebih muda dariku, hadir dalam keluarga kami, membantu mama menjaga AMAR terutamanya ketika mama sibuk menjahit baju dan keluar berniaga.




Persekolahannya bermula di Alor Setar dan tamat SPM di Kulim, Kedah Darulaman. AMAR juga sebentar mat kilang sebelum mendapat tawaran menjalani latihan asas laskar udara di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya ditugaskan bi TUDM Kuching, Sarawak. Dapat juga kami melancong ke Kuching sewaktu beliau di sana.

Anggota kelab bikers..... motor2 besar adalah koleksi dan aset. Banyak awards disapu dik pengubahsuaian motor JAGUHnya di Sarawak.

Untungnya, bila kahwin diescort mamat/minah bikers. Gah gitu........ berarak masuk kampung. Nak tahu siapa pengantin perempuan. Ha ha ha, kawan sekelas si NAIM. Kantoi gitu, merantau sampai ke Sarawak, orang sekampung juga jadi isteri.

Diijabkabulkan pada 4 April 2007 (Rabu, 16 Rabiul Awal 1428) dengan NOOR FAZILA JAHUBAR SADIQUE ALI yang dilahirkan 23 Jun 1987 (Selasa, 25 Syawal 1407). Majlis resepsi mereka pada 2 & 3 Jun 2008. Kini sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, rezeki murah, setahun kahwin dikurniakan seorang wira MUHAMMAD ADEL SAIFUL AMIR yang dilahirkan pada 31 Mei 2008 (Sabtu, 25 Jamadil Akhir 1429) di Hospital Kulim.


Kata orang hidup berumahtangga umpama

  • BERJUDI, ada masa menang-kalah, untung-rugi

  • SABUT di sungai, ada masa timbul-tenggelam, tergolek-terbungkang
Tak kisah apa pun peribahasa, yang penting persefahaman, saling bertolak-ansur, hormat-menghormati. Membentuk isteri bukannya mudah. Bukan sekadar memberi-merasa, ada masa diuji pemikiran, kesabaran. Lakukan mengikut kemampuan & pertimbangan.