Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label PUDING/AGAR2. Show all posts
Showing posts with label PUDING/AGAR2. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

PUDING JAGUNG SANTAN

Hari ini teringin nak berbuka puasa dgn puding jagung. So Kak SYAbAR cuba pula koleksi resepi lama mama ttp kali ini bahannya tidak menggunakan air sebaliknya ditambah santan & marjerin pula. Rasanya memang uuuummmmppphhhh!!!!!!

Sgt berkrim & bersinar... dpt sebekas ini shj
Bahan-Bahannya:-

110gm tepung kastad
150gm gula
3 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan pink arcopal santan pekat
1 sudu besar marjerin/butter
2 sudu teh esen rose

Cara membuatnya:-

1. Pukul telur dgn gula hingga kembang.
2. Di dlm periuk, kacau susu cair & kastad hingga sebati. Kemudian masukkan santan, jagung & esen rose. Akhir sekali masukkan campuran telur & gula tadi.
3. Masak menggunakan api yg sederhana & kacau tanpa henti sehingga adunan agak pekat & mendidih beberapa kali (+- 20 minit).
4. Sejukkan dlm acuan sbum dimasukkan ke dlm peti sejuk.

Friday, August 7, 2009

AGAR-AGAR KEMIAN

Bahan-bahannya:-

Ramuan Pertama
12.5 gm agar-agar
2 gelas air
2 gelas santan dari 1 biji kelapa
1/4 sudu teh garam

Ramuan Kedua
12.5 gm agar-agar
5 gelas air
2 ketul gula kabung/gula melaka
3 ketul gula batu untuk mengilatkan agar-agar
brown sugar ikut manis yg dikehendaki

Cara membuatnya:-

1. Masak Ramuan Pertama.
2. Setelah dibekukan, potong dadu kecil-kecil agar-agar tersebut.
3. Masak Ramuan Kedua.
4. Tapis agar-agar yang telah dimasak dan masukkan dalam acuan.
5. Setelah hilang wap panas, taburkan agar-agar santan yang telah dipotong tadi.

p/s orang dulu2 suka agar2 yang agak keras. Maklumlah dulu2 tak dak peti ais. Kalau nak lembutkan sedikit, tambahlah sedikit lagi air

Friday, January 30, 2009

PUDING JAGUNG

  • Zaman 70an, timbangan berat kira tahil dan kati. Dah tak pakai lg zaman la ni. Untuk memudahkan kawan2 membuatnya nanti, aku kena buat conversion ke gram. Nasib baik ada bantuan online conversion di Internet, memudahkan kerjaku.


Pagi Jumaat ini, orang dulu2 kata, buat kenduri pemanis mulut. So, aku bawa ke pejabat, kongsi rasa dgn kawan2. Beratus tapak juga aku melangkah hantar kat Imine supaya dia juga dapat merasa. Tak sampai 1/2 jam ini saja yang tinggal.

Alhamdulillah, I received thumbs up from them. Walaupun bahan2nya tak seperti sekarang, banyak enhancer itu ini utk bg lebih sedap, tp tetap terasa keenakannya. Pakat2 la cuba resepi mudah ini.

PUDING JAGUNG MAMA

Bahan-bahannya:-

25gm agar2
6 cawan air (size cawan arcopal warna pink dulu2)
10 sudu besar gula
5 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur ambil yang kuning saja
1 tin jagung
1 tin susu cair
sedikit garam

Peraturannya:-

Telur kuning dikacau bersama tepung kastard, kemudian ditambahkan susu cair dan jagung.
Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur dan mendidih.
Tapis ke dalam adunan jagung tadi dan kacau.
Masukkan sedikit esen vanilla, garam dan kacau di atas api hingga pekat dan masak secukupnya.