Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYURAN. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

TUMIS DARAT LABU AIR

Bahan-bahannya:-

1 biji labu air (saiz M)
20 ekor udang (saiz M)
2 sudu besar rempah kari udang & ketam
1 cawan santan pekat
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
7 biji bawang merah }
6 ulas bawang putih } dimayang halus
2 inci halia }
1 sudu besar halba campur
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air untuk merebus labu air
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Rebus labu bersama sedikit air hingga separuh empuk.
2. Masukkan rempah kari dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Masukkan santan. Biarkan mendidih seketika dan masukkan udang.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa. Apabila udang merah warnanya matikan api.
5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dimayang bersama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
6. Tuang bahan yang ditumis bersama minyak tumisan ke atas sayur yang dimasak dan terus tutup periuk untuk mengekalkan aroma bahan tumisan di dalam masakan.

p/s Mulai semalam, 1st time kami berbuka tanpa HAKIM. Rasa janggal sbb HAKIM yang selalu bacakan doa berbuka puasa.

Friday, August 28, 2009

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM

Bahan-bahannya:-

1 batang karot - dipotong bunga
1/2 biji bunga kobis sedang
1 bungkus kacang parang
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cendawan
7 ekor udang size M
8 ulas bawang putih
Garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak & goreng bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang bersama sos tiram & sos cendawan.
3. Apabila udang hampir kemerahan masukkan semua sayuran. Taburkan garam, gula, perasa secukup rasa.
4. Goreng seketika utk mengekalkan kerapuhan sayur & bolehlah dihidangkan.

Monday, August 24, 2009

REBUNG LEMAK BUNGA KUNYIT


Bahan-bahannya:-

1 jantung rebung muda - hiris nipis, rebus & buang air
RM4 udang kecil - buang kulit
RM3 santan pekat
2 gelas air
garam, gula, perasa secukup rasa

2 inci kunyit hidup }
4 ulas bawang merah } tumbuk
3 ulas bawang putih } halus
1 inci halia }

1 biji cili merah } tumbuk kasar
2 biji cili padi }

2 kuntum bunga kunyit - belah 2
(boleh digantikan dgn daun kunyit yg dikoyak2)

Cara Membuatnya:-

1. Rebung rebung yg direbus & dibuang airnya dimasak semula bersama 2 gelas air.
2. Apabila mendidih masukkan bahan yg ditumbuk. Biarkan mendidih lg.
3. Masukkan santan pekat & bunga kunyit.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam, gula & perasa secukup rasa.
5. Biarkan mendidih & bolehlah diangkat utk dihidangkan.

SAYUR CENDAWAN KETAM


Bahan-bahannya:-

5 pasang sepit ketam (boleh diganti isi ketam)
8 ulas bawang putih - ditumbuk
150gm cendawan butang segar
RM1 bunga pisang (kimcham) - direndam
RM1 cendawan hitam kecil - direndam
1 batang karot (saiz kecil) - dipotong menyerong
5 batang kacang buncis - dipotong menyerong
1cm halia muda - dihiris nipis
1/2 sudu teh lada sulah
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 gelas air
2 sudu besar minyak untuk menumis
garam, gula, perasa secukup rasa
Daun bawang & sup untuk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, halia & ketam/isi ketam.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan, lada sulah.
4. Apabila mendidih masukkan karot, kacang buncis, kimcham & semua cendawan.
5. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa.
6. Apabila sayur hampir layu bolehlah diangkat, ditabur daun bawang & daun sup.

Friday, August 21, 2009

SAYUR ACEH UDANG

Bahan-bahannya:-

15 ekor udang basah @ segenggam udang kering
Segenggam ikan bilis kecil
1 biji betik masak kekuningan (saiz kecil) - dipotong serong
3 potong buah nangka - dipotong dadu & rebus
1/2 biji ubi keledek - dipotong dadu
4-5 biji belimbing buluh - dibelah 4
2 batang bunga kantan - dibelah 4
3 batang serai - dititik
4 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih }
3 helai dauh limau perut - dikoyak
5 helai daun belinjau - dimayang halus
10 biji buah belinjau (jika ada) - dibelah 4
1 biji biji bawang besar - dibelah 6
3 biji cili merah - dibelah 2
2 cawan santan pekat
5 sudu besar kerisik
3/4 paket rempah kari udang & ketam
2 sudu minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih yang ditumbuk halus. Apabila kekuningan masukkan rempah kari dan tumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan buah nangka, betik, buah belinjau, ikan bilis bersama sedikit air (agak tenggelam bahan) dan biarkan mendidih.
3. Masukkan santan bersama serai dan bunga kantan. Biar seketika sebelum dimasukkan kerisik.
4. Setelah agak mendidih, masukkan udang hidup/kering, buah belimbing, bawang besar, cili merah, daun belinjau dan daun limau perut.
5. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa.
5. Apabila daun sudah layu, bolehlah diangkat.

Wednesday, August 5, 2009

KACANG PANJANG SUUN

Bahan-bahannya:-

300 gm kacang panjang dipotong serong
100 gm suun dicelur dengan air panas seketika
100 gm pucuk direndam dan dipotong kecil
2 keping tempe dipotong dadu
1 papan petai dibelah dua
3 ketul pedal ayam dipotong kecil
3 ketul hati ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dihiris halus
1 cawan santan pekat tambah air sedikit ikut kehendak masing2
4 biji cili merah dipotong serong nipis
sedikit cili api sekiranya suka
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, hati dan pedal ayam. Apabila naik bau, masukkan halia, kacang, petai, cili hidup dan cili api. Tutupkan kuali selama 5-8 minit. Apabila sayuran sudah separuh masak masukkan santan dan tempe. Apabila agak mendidih kuah masukkan suun dan pucuk. Pastikan suun agak basah sedikit sebelum dimasukkan kerana suun yang agak kering akan menghisap santan dan hidangan menjadi kering. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Kepekatan kuah adalah mengikut kehendak masing2 samada ingin masakan agak berkuah atau kering.

p/s Sempena kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri
saya akan mula memasukkan resepi2 lama ibu saya
samada lauk-pauk, pemanis mulut, biskut raya, kek & sebagainya
dengan tukaran sukatan dari tahil ke gram