Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label EKMAL HASIF. Show all posts
Showing posts with label EKMAL HASIF. Show all posts

Monday, March 15, 2010

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

Sabtu lepas 3 orang anak2ku mengatur langkah berbeza `bersukan untuk kesihatan'. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Alam Damai (SKAD), EKMAL, ADNIN dan AMNI mempamerkan minat masing2 dan sebagai mama, aku hadir memberi peransang.

Perbarisan masuk kontinjen... menggamit memori silam zaman persekolahanku. Aku aktif bersukan dan kokurikulum. Dalam sukan, 400m & 4x400 dan bolajring mewakili daerah, badminton masih aktif hingga sekarang sampai berjaya mewakili negeri.

Dalam kokurikulum, PBSM berpangkat sarjan, menjadi memimpin pelajar bagi daerah Baling. Pengalaman yang tidak mungkin terpadam adalah ketika meminpin kawad dan aktiviti menyelamat pendakian Gunung Baling.

Aktiviti lakonan, nyanyian dan tarian... suatu kebiasaan baik di sekolah rendah mahupun menengah.

Kini anak2ku mengikut jejak... HAKIM aktif bersukan. EKMAL bersama PBSM dan AMNI mula menunjukkan rentak seni tari cuma bakat nyanyian mereka belum terserlah.

Berlalu gagah Ketua Kontinjen Kejohanan

Diikuti PENGAKAP, kontinjen rumah LAKSAMANA dan PBSM

Rumah AMNI dan ADNIN berarak gagah ke tengah padang. Lihat tanjak ADNIN mengusung kawannya... dah selesai bagi tahu mama begini, `kecil2 pun budak tu mama, BERAT!!!!'. Macamna boleh terpadam foto Kontinjen Bendahara ni..... maafkan mama anak2ku

Pasukukan Puteri Islam.. manis dan sopan
Rumah Temenggung comel dengan maskot lebahnya
Pandu Puteri.. apasal jauh sangat pembawa bendera dan pelekat

Syahbandar garang bersama maskot buaya
Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) segak bersama uniform
kalau aunty ambilalih kawad, maunya kecut perut anak2 ni

Ikrar Kejohanan

Perasmian meriah.... Perlepasan burung2 bagiku simbolik kebebasan anak2 kecil bersukan `sayap yang kuat bisa terbang jauh'.. begitu juga mereka
KRS pemenang kawad terbaik pasukan beruniform
Rumah Bendahara kawad terbaik pasukan rumah sukan
Syok sangat ADNIN dan AMNI

dan mama tambah bangga bila mendengar pengumuman pengacara majlis begini `seterusnya persembahan kumpulan Taekwondo sekolah di bawah bimbingan ENCIK EKMAL HASIF dan ENCIK ARIVIN NAIDO'.

Siapa tak bangga bila anak kita dah diberikan amanah oleh kelabnya untuk meminpin pelajar2 kecil sekolah lain. EKMAL baru bermula di SKAD dan abangnya HAKIM telah menjadi penolong jurulatih di 5 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur/Selangor.

Habis persembahan EKMAL, AMNI pulak menyusul manis berlari ke tengah padang dalam persembahan pom-pom girls. Boleh tahan si bungsu ni....
Selesai majlis, mamapun lapar... terus pekena 2 biji telur 3/4 masak kat Restoran Marhabah. Betul2 menu orang bersukan.....

Friday, February 26, 2010

SEKETIKA DI SMKBDP

Ikutkan mama, nak terus berada di padang seperti tahun2 terdahulu tapi apakan daya, hari kerja. Cukuplah walau hanya seketika. Janji maka tunjuk muka dan yang penting dapat rakamkan aksi2 demo kumpulan Taekwondo EKMAL.

Mama paling suka lihat senyuman generasi pewaris bangsa.... tiada kedukaan tersembunyi pada saat2 sebegini, hanya kegirangan terpancar.

Semangat mama berkobar2.... seolah2 berada di dalam kumpulan kamu ketika kamu beramai2 masuk ke tengah padang.

Kamu semua segak dan anggun ketika beraksi dengan penuh disiplin diri. Adaptasikan dalam kehidupan seharianmu anakku.

Melihat kamu beraksi penuh keyakinan bersama kawan2, dalam hati terdetik ` dah anak teruna anak mama sekarang'.


Satu pembaharuan dalam Sukan Tahunan SKAD kali ini. Tahniah!!!!

p/s Maafkan mama HAKIM, tak dpt bersamamu pada hari sukan sekolahmu hari ini. Tahniah!!! walau tanpa kehadiran mama dan abah, 2 EMAS, 1 PERAK dan 1 GANGSA cukup menggembirakan kami. That's my BOY.

Buat Diamilikku, bagi tau Raja Pecut kita, kena perturunkan teknik berlari yang baik utk HAKIM. Medal milikinya adalah untuk 100m, 4x400m dan lompat jauh. 1 lagi tak ingat....

Wednesday, December 23, 2009

TERAPI TERBAIK

Badan2 semua sakit selepas penat bertarung di Penang kan! Jadi inilah tempat terbaik untuk mereka merawat diri kerana
TERAPI URUTAN PERCUMA
TERAPI MINDA PERCUMA

TERAPI USUS PERCUMA
Dadih susu lembu segar dr ladang

Bergembira sambil mengukuhkan semangat setiakawan

Umi kata tak putus doanya sepanjang perlawanan

Ayahwan kata internet 12 jam sehari

next time selimut lebih2 bro.... kg kami sejukkan

Ayahwan kata kalau kau joint radio amatur,
jenuh orang nak layan kau cakap

umi kata, tengok body kau tak percaya kuat taekwondo
dah tu putih melepak

umi kata lawa anak dara ni

umi kata kulit melayu, muka bapa kot

Umi kata rajinnya bawa budak2 berjalan
Gossip panas!!! kalau orang tak tau yang sebelah tu anak

Boleh tahan juga aunty kita ni...

Ikhwan, nampak bebenor kau ngelat dalam air

Abah lepaskan rindu pada anak2 kecilnya
sebulan mereka di kampung

GO GREEN GO NATURAL

Inilah imbuhan atas kejayaan mereka di FESKOM 2009. Walau aku terpaksa jadi jurugambar sepenuh masa, jd tukang pegang kunci kereta, handphone dan segalanya tp aku gembira mereka semuanya baik belaka, bergembira dan bersuka ria di depan mata.

Terima kasih.... suamiku, pendorong utama segalanya, Sze Tho & Sashi yg amanah menjaga anak2 SPEED POWER dengan baik

Monday, December 21, 2009

THIS IS IT

THANK YOU MASTER BALA
You select 5 We bring back 5

Live from FESKOM Penang by
TITI, ATAK, ANNE, ROY & KIDAL



Enjoyment after game

Tuesday, October 6, 2009

RESTU IBUBAPA

Esok EKMAL akan menduduki peperiksaan PMRnya. Doa mama semoga Allah berikan kesihatan yang baik, kelapangan hati & minda, ketajaman fikiran, kemudahan untuk EKMAL menjawab setiap soalan yang diberikan dgn baik dan berjaya dgn cemerlang di dalam peperiksaan.

Pada hari Khamis lepas, 1 Oktober 2009 (Khamis) pihak SEK. MEN. KEB. BANDAR DAMAI PERDANA (SMKBDP) telah berjaya melangsungkan Majlis Solat Hajat utk pelajar2 yg akan menduduki peperiksaan PMR & SPM. Utk itu abah dan mama, termasuk Pakcik Rohaizad, Cik Salina dan anaknya Nurul Izzati, kami sama2 hadir ke majlis ini dgn satu tujuan, bermunajat dan menadah tangan ke hadrat Allah, bersama ratusan ibubapa pelajar2 lain mendoakan kejayaan anak masing2.

Pendaftaran dan pemberian cenderahati mendahului majlis.
Perkiraan di saf wanita, kehadiran seramai +-240 orang

Cenderahati yang berupa senaskah Yasin, sekotak Kismis Minda
& sebungkus gula2.

Sesi ceramah `RESTU IBUBAPA' oleh Y.Bhg. Tuan Pengetua
Sek Men Keb Agama Kuala Lumpur selepas selesai
solat fardhu, solat hajat & tahlil arwah


Usapan di kepala & pelukan restu abah dpt memberi ransangan
kpd EKMAL menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat

Majlis diakhiri dgn ucapan terima kasih oleh Pengerusi PIBG

Edaran nasi ayam & air mineral sebagai alas perut selepas pulang

Terima kasih kpd pihak pengurusan dan tenaga2 pengajar SMKBDP yg mendidik EKMAL.

Sama2lah kita berdoa utk kejayaan pelajar yg menduduki peperiksaan tahun ini terutamanya kepada anakku EKMAL kerana mereka ini adalah penyambung generasi yang berakhlak dan berilmu pada masa akan datang.

EKMAL... anak mama yg bijak dan pasti akan berjaya dlm hidupnya dunia akhirat. InsyaAllah impianmu utk menjadi pegawai tinggi Tabung Haji akan dimakbulkan Allah. Amin ya rabbal alamin.