Hari ini dalam akhbar online, aku terkesima pada pandangan yang dilontarkan oleh penulisnya iaitu Kakak Tua. Satu pandangan ikhlas yang didalamnya menyimpan realiti kehidupan sejagat..... sememangnya kebenaran itu sukar untuk dirungkaikan. Tintanya seperti berikut,
..... terdetik di hati tua ini siapakah di antara mereka yang berkata benar dan apakah cerita di sebalik cerita.
Namun bukan hak kita untuk menghukum mereka. Yang penting semua peristiwa di depan mata cukup untuk memberi pengajaran bagi kita.
Bila usia semakin meningkat, nilai berita yang dituntut lebih dari yang dapat dibaca oleh mata kasar. Jika dapat, sub teks dan hikmah kenapa dan mengapa ingin terus dicari.
Terlintas juga.... agak-agaknya berapa banyak ketepatan fakta yang tertera di dalam artikel yang dihidangkan. Dan Kakak Tua percaya, seberani mana pun pihak media, masih ada lagi sifat keperimanusiaan untuk tidak terus mendedahkan keburukan secara keseluruhan.
Namun, lidah manusia itu senantiasa tidak bertulang justeru akan ada suara sumbang yang akan terus mempersalahkan media dan akan dilabel 'jahat' bila artikel yang dikeluarkan tidak senada dengan apa yang mereka inginkan.
Walaupun sekadar menulis untuk memberi iktibar dan pengajaran, bukan semua yang dapat menerima.
Ada saja hati yang tidak sedap mula persoalkan motif. Mencelah pula pihak bijak pandai lagi bistari, seolah dapat menyelam hati manusia dan terus membuat tafsiran nawaitu artikel tersiar. "Tentu saja tersirat niat ..." kata mereka.
Tapi Kakak Tua percaya kebenaran akan pasti datang seperti pantulan cermin dan semua prasangka dan persepsi buruk pihak-pihak tertentu ini akan dipandang sepi.
Sememangnya sensitiviti itu amat sukar diukur. Apa yang dianggap sensitif oleh satu pihak, tidak pula dianggap sedemikian oleh pihak lain. Kehidupan 'bermasyarakat' menuntut kita bersabar, bertoleransi dan berkompromi.
Walaupun begitu, seandai kita ni jenis yang mudah terasa dan mudah sensitif sekalipun, salah laku dan kemungkaran tidak boleh dianggap mudah.
Dan menuduh orang yang tidak sealiran dengan puak yang berjiwa sensitif sebagai kolot dan ketinggalan zaman adalah tidak tepat.
Manusia bisa terkhilaf, kalau tidak masakan 'buah amra disangka kedondong' dan sukar sekali menyatukan orang yang berbeza pendapat tidak ubah seperti hendak kepal pasir kering sampai bila pun tidak mungkin.
Kakak Tua rasa kagum bila membaca sepotong mesej "Induk semang" di laman Twitter"Lets move on..." (maksudnya kurang lebih lupakan saja dan teruskan kehidupan). Pesanan itu ditulis oleh seorang penulis tersohor berbangsa Cina dan beragama Kristian yang terpanggil untuk mengulas tentang perselisihan pendapat tentang satu isu akhir-akhir ini.
Banyak kebenaran yang tersemat dalam pesanan itu. Walaupun datang dari orang yang bukan seagama, kemuliaan pesanan itu cukup besar ertinya bagi mereka yang mahu mendengar.
Mudahnya kita memulakan sengketa sedangkan hidup ini begitu singkat sekali. Dan bila terfikir, nyawa ini sekilas 'kelipan mata' mengapa masih mahu bersengketa dan menyemat kebencian. Tidak ada siapa yang sempurna dan tiada jiwa yang kekal.
Siapa yang benar dan siapa yang salah bukan kita yang layak menghukumnya. Dan dalam keghairahan menegakkan prinsip dan 'kebenaran' kita menghina pula pihak yang satu lagi.
'One man's meat is another man's poison'....jadi tidak perlulah sampai bermasam-masam muka, hina menghina dan saling menjatuhkan hanya sekadar satu perbezaan pendapat. Sebenarnya, perbezaan pendapat itu adalah satu hikmah. Telinga saja pura-pura mendengar tapi hati tertutup tidak guna juga.
Sikap yang ditonjolkan pula adalah cermin peribadi kita. Kalau asyik bertelingkah saja, sampai bila pun jiwa kita tidak akan aman.
KAKAK TUA: Selalunya bila bahaya datang, sengketa pun habis!
5 comments:
komen pun kena tgk gak..kita tak bermaksud begitu tapi yg baca bermaksud lain..diam itu lebih baik :)
masuk jadi silent reader ..bole gitu :D
kadang2 terkeliru dengan yang palsu dan realiti..namun kita hanya mampu membaca, mendengar dan melihat.
p/s terimakasih sering singgah dan beri kata2 semangat pada idalara.
sis,
so long i haven't been blogging or blogwalking.
Seems lost about above write up. Any problem sis?
Happy weekend to you & yours : D
Actually tak dak idea nak buat entri, bila terbaca sesuatu yg rasa menarik... `copy paste je la'. hahaha
Salam
"Bercakap Banyak" nilainya adalah PERAK!
"Duduk Diam" nilainya adalah EMAS
Gua sedang mencarik dan menyelami maksud yg tersirat diatas...
ENTRY yang Walaweiiiii.....
Tq arrrrrrr Sis!!
Post a Comment