Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label SAIFUL NAZIM. Show all posts
Showing posts with label SAIFUL NAZIM. Show all posts

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT ANAK WATAN JELAPANG PADI

2 hari sebelum Piala FA, DJ Epoi call `Kak, Kedah masuk final FA. Jom niaga'. Belum dapat persetujuan en. suami, dah pandai cakap OK. Malam hari, mula ayat en.suami `Abang, nak niaga kat Bukit Jalil boleh! Kedah masuk final ni'. Lega... bila en. suami selamba jawab `OK, bawa HAKIM, EKMAL, ADNIN sekali. Abang duty kat sana'. Pucuk di cita ulam mendatang la....
Pagi Sabtu lepas urus semua hal tuisyen anak dan kerja2 dapur, aku siapkan WIRA. Basuh pakaiannya dulu. WIRA mesti di bawa ke tapak niaga kerana dia ada daya tarikan dan pelaris pelanggan ke gerai kami.

Inilah WIRA kesayangan kami. Sampai tapak niaga, WIRA dapat rambut baru... hijau kuning lagi. Maklumlah dia juga penyokong kuat Kelab Kenari. Siap tabik lagi kat penyokong2 kuat Kedah. Letak saja WIRA ditempatnya, pengunjung mula rapat ke gerai kami untuk posing dengan WIRA. Kamipun apa lagi.... bila orang dah rapat dengan gerai kita, kita pun ayatlah mereka untuk beli produk2 gerai kita. Alhamdulillah....

Dj Epoi adalah taiko projek ini dan aku sebagai kakak sentiasa beri dorongan semangat pada semua adik2 yang turun tangan untuk menjayakannya. EKMAL, HAKIM dan ADNIN sekurang2nya tahu dan lihat, bukan senang ibunya cari duit untuk beri kemudahan hidup pada mereka. Mereka juga kulatih untuk tebal muka dalam dunia niaga. Kerja ikhlas, apa pulak nak malu.

Adikku sikembar NAIM dan NAZIM saling bekerjasana. NAZIM promosi produk, NAIM jaga PA sistem sambil buat hebahan kepada pengunjung untuk masuk ke gerai kami.

Beginilah keadaan gerai kami bila diserbu pengunjung

Adikku AMAR anggota MALBAT yang tak berapa hari lagi nak terbang ke Lebanon juga turun. Banyak tu tiket yang dia beli untuk kumpulan kami. Sepupuku HASROL DAN BOB juga turun berniaga

Ragam penyokong kuat Kelab Kenari

lebih gembira bila suami yang `on duty' sempat turun ke gerai beri sokongan walau seketika. Terima kasih Abang. Adik iparku Noor dan si cilik Adel juga tak mau lepas peluang ni. Tahniah kerana semua bersemangat sebagai anak watan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman.

Bila tiba waktu perlawanan, inilah tugas hakikiku... menjaga gerai sambil menjaja air minuman. Hanya walkie talkie menjadi penyambung dunia luar dan dalam stadium. Time tak ramai pembeli, aku buat kerja baru. Hahaha... kutip tin aluminium. $$$$$ free. Penat toksah cakap la, 3 pg baru sampai rumah... tp aku gembira kerana punya `masa emas' bersama adik2 dan anak2.

Buat pemain bola sepak negeriku, dengarlah luahan hatiku `HELMI.... HELMI.... aku kuciwa' tapi pasrah dengan qada dan qadar, bila dah termaktub ketentuan, ini bukan rezeki pasukan kita.

Friday, February 19, 2010

KISAH NAZIM

2 hari sebelum kami mendaki puncak bukit, adikku ini terlibat dalam kemalangan jalanraya. Nak kata teruk, tak la teruk sangat. Nak kata tak teruk, teruk juga. Mana taknya, lengan dua2 belah berbalut, lutut pun dua2 berbalut. Hari kemalangan, semalaman tak dpt tidur, badan sakit2 lepas terhempas dan terseret. Pagi time nak bertolak tu pi dressing lg.

Ikutkan mama tak bg abang Nazim ikut sbb takut badan tambah sakit jalan jauh. Tp tak gamak la, adik-beradik yang lain dok berseronok kat puncak, dia kat rumah mengerang sorang2. So kami angkut juga. Atas kereta, dok suruh anakku urut tangannya yang bengkak.

Pi mana2 tetap bawa dia sama, sakit2 pun posing macho juga


dan yang paling best bila bawa abang Nazim pi tempat ni
Cayalah!!! sponsor semua tiket naik bot lagi. Jimat poket2 kami

dan beginilah keriangan kami ...

PAKCIK & ANAS... bot senget sebelah ooo!!!!


KAK AISYAH & AMNI
... sana sini mesti nak berdua

ADNIN & ABAH
... awal2 dia dah booked abah jd partner kayuh slow2

ADAM & MAK CHAQ
... asyik terpereluih kasut anak buahku ni dok kayuh pedal
adam kayuh laju, penat mak menakan ni

SYAMIL & ABANG HAKIM
kayuh tak ingat, sampai kena keloi panggil balik

EKMAL & PAKSU NAIM
... Mentang2 pakai baju hijau-kuning, tak mau naik dgn orang lain

AINA & HAKIM
... untung Hakim dpt naik 2x, aina punya pasal penat kayuh tak pa

dan ibu2 dan mak buyung setia menanti di pelantar

Bunga2 yang sempat disnap di Allan's Water... CANTIK

Monday, March 16, 2009

BERENTAP SENTAP BERENTAK SORAK

Budak BRAINSCAM ni kawan sekolah HAKIM
Inilah gaya RENTAP SENTAP
Bapa `COACH' terbaik anak2
Bro Dj Tetap JUARA Yang tewas merawat lara berentak sorak
Hoorey! Horey! Horey! Pakcik dah gaji. Terima kasih NAZIM sebab sponsor semua.

Wednesday, December 10, 2008

SAIFUL NAZIM

  • SAIFUL NAZIM HAJI ABDUL RANI. NAZIM bermaksud `Penyajak'. Membahasakan diri sebagai ABANG di dalam keluarga. Saudara kembar SAIFUL NAIM digelar Pakcik oleh anak2 buahnya. Dilahirkan pada 8 Disember 1986 (Isnin, 5 Rabiul Akhir 1407) di Hospital Baling. Sejak kecil hingga sekarang NAZIM lebih montel dari adiknya NAIM.

    Kalau NAIM dijaga oleh Mak Ma dan Ayah Hassan, NAZIM pula dijaga oleh adik kandung ayah iaitu Makngah Halimah dan Pakngah Ghaffar setiap kali ayah dan mama menunaikan ibadah haji.

    Persekolahan NAZIM juga sama seperti NAIM, cuma bezanya di awal persekolahan menengah, NAZIM dihantar ke sekolah agama. Namun, NAZIM cuma mampu bertahan di sekolah agama selama 2 tahun sahaja, kemudiannya bersekolah di tempat yang sama dengan kembarnya sehingga tamat SPM.

    Kalau dah montel sejak kecil, dewasanya juga sama, pantang ada durian runtuh, makan besar kami terutama anak2 buahnya. Anything `abang beli ayam'. Ha ha ha....

    NAZIM berjiwa besar, berani mencuba segala kerja.

  • Mat kilang

  • Mat bisnis (meniaga burger, roti john, air buah ....... untungnya!)

  • Mat pomen (pelajar terbaik kemahiran automasi motor & kereta ni..... darurat jadi penyelamat)
  • Mat rempit (dah badan besar, minat motor besar la....... cuma income belum besar) Usaha, usaha dan teruskan usaha......


  • Mat pancing (pancing di kolam tak berbaloi, memang mamat sungai. Ikan sebesar budak 2 tahun pun mampu dibawa naik...... Untungnya kawan2 dan jiran2 kita, dapat rezeki percuma. Banyak pahala)
Entah mana satu pengakhir kerjaya..... dah namapun si kembar, buat masa sekarang, kalau adik kerjanya POLIS, abang jadi PENGAWAL KESELAMATAN di Selangor Darul Ehsan.

Sebut tentang makwe, ADA....... tp entahkan jadi entahkan tidak. Kita tunggu saja................