Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label AMNI WAFA. Show all posts
Showing posts with label AMNI WAFA. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

KEZUTAN!!!!! SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU

Malam ini ada sesi terjah-menerjah rumah tapi bukanlah untuk slot panas Melodi. Rumah siapa yang kami terjah? Apa yang boleh kami dikatakan, ada yang terkejut, ada yang gembira, ada yang tersentuh hati.

RUMAH PERTAMA

RUMAH KEDUA

RUMAH KETIGA

RUMAH KEEMPAT, Guru tuisyen Matematik
namapun buat kejutan, nasib la kalau cikgu tak ada di rumah

Cikgu yang paling awal terima sebab hari ini
ada tuisyen Bahasa Inggeris

Penghantaran tangan esok oleh Amni
sebab cikgu 4 Delima jauh rumahnya

Apa2 pun, aku bangga dgn cikgu segera ini. Tanpa mengikuti apa2 kelas kek cawan, tetap mampu lakukan yang terbaik mengikut kehendakku (1 kotak 3 perasa, setiap kotak berlainan rekabentuk). Inilah yang dikatakan berani mencuba dengan kelebihan bakat yang ada.

Tahniah dan terima kasih adikku LIZA, lebih2 di atas kesanggupan buat penghantaran jam 12.30 tengahmalam ini untuk last minit tempahan. Nak buat camna dik, si abang2 baru bg tau tadi yang sekolah depa buat Hari Guru esok. Depa pun nak benda yang sama.

Semua ini kulakukan demi anak2ku supaya mereka dari kecil belajar menghargai jasabaik guru. Buat guru kesayanganku Y.BHG. DATO' ISMAIL ABU BAKAR, `Min tak lupa cikgu.... Tunggu!!!!!'

MERENUNG SAYU DI LUAR PAGAR
MELIHAT TUNAS SEMAIAN BARU
CURAHKAN ILMU TERUS MENGAJAR
AMALAM MULIA SEORANG GURU

TUNAS SEMAIAN BERBUNGA KINI
MENUNGGU MASA UNTUK DITUAI
GURU BAGAI LILIN MEMBAKAR DIRI
MENDIDIK BANGSA MENJADI PANDAI

HASIL TUAIAN MELIMPAH RUAH
REZEKI DIKONGSI BERSAMA KELUARGA
KHIDMAT BAKTI GURU TAK PERNAH BERUBAH
BERKATNYA DIBAWA HINGGA KE SYURGA

TERIMA KASIH CIKGU

HADIAH BUAT GURU 4 DELIMA

Belumpun tamat Kem Ibadah untuk Adnin, mama sibuk pula dengan Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan. Si bungsu awal pagi dah bersedia dan mama sebelum bergerak ke sekolah, call Guru Kelas dulu. Sedih Amni bila dapat tahu Guru Kelasnya tidak dapat turut serta. Bila mama explain cikgu tak dapat datang sbb bawa ibunya yang sakit tenat ke hospital, baru Amni dapat terima. Tapi dia tetap mahu ke sekolah untuk jayakan aktiviti ini.

Program ini bukan seperti gotong-royong biasa, ianya lebih ke arah aktiviti keceriaan kelas. Ibubapa, guru dan pelajar2 bekerjasama mengindahkan kelas bagi tujuan keselesaan pelajar mengikuti pelajaran di dalam kelas mereka. Jadual asal program tamat jam 10.00 pagi, tapi kami selesai segalanya jam 4.30 petang. Mengapa?

Antara guru2, pelajar2 dan ibubapa yang menjayakan program ini

Memandangkan Cikgu Hanu tiada, Cikgu Firdaus diamanahkan untuk mengemudi perjalanan program di kelas Amni. Tak mahu menghampakan anak, mama dan abah turun tangan. Dah tengok kelas , kami decide buat makeover kelas 4 DELIMA. Terus balik rumah, ambil segala baki2 cat dan wall paper yang ada. Gembira sungguh AMNI WAFA, FATIN ADLINA, YUSATIKAH, ADLIN DIANA, KENCANA LIANA, AMENSYAH dan RUZAIREEN bila nampak uncle bawa cat. Bersemangat mereka nak cantikkan kelas. Apa yang disuruh semua mereka buat. Bermulalah kerja2 transformasi kelas seperti di bawah:-

Buat hati2, jgn bagi koyak.
Kumpulkan setempat sebab nanti nak tampal balik.

Comotnya dinding.......
Alas surat khabar supaya lantai tak kotor dgn cat.

Buat cermat2, jangan bagi koyak kertas dinding

Mama hanya tunjuk contoh 2 kali saja. Selebihnya mereka yang buat sendiri. Sambil mengajar terapkan konsep semangat kerja berkumpulan dan sifat tolong-menolong, mengapa agihan tugas penting, fokus dalam kerja, teliti dan cermat untuk hasilkan yang terbaik. Syukur, mereka berjaya laksanakannya.

Memandangkan mereka begitu bersungguh nak cantikkan kelas, semua tak sebut nak balik cepat. Untuk itu, sebagai imbuhan kepada pelajar2 yang 120% tunjukkan komitmen, makan tengahari adalah atas pilihan mereka. Sajian tengahari kami, KFC. Bestnya!!!! Suka, suka, suka. Amenshah mengetuai bacaan doa diikuti semua. Bergema 4 DELIMA, lari iblis yang ada sekeliling kelas.

Ni baru betul2 kerja. Lihat saja pakaian mereka.
Maafkan saya ibu2

Inilah orang2 kuat yang bekerja keras

Terima kasih CIKGU FIRDAUS, guru gantian yang diamanahkan mengemudi kelas. Terima kasih SU (ibu Kencana) dan YATI (ibu Yusa) yang turun tangan sebelah petang. Niat datang sebab risaukan anak mengapa tak sampai2 rumah sbb bg tau mereka habis jam 10.00 pagi. Bila sampai kelas, mereka juga sangkut dan terus membantu.
Proses akhir, lantai pun kena bersih

Ibu2 buat final touch-up

Wajah baru kelas. Kami namakan TAMAN ILMU 4 DELIMA. Tertera nama pelajar2 yang menjayakan program ini sebagai penghargaan kepada mereka.

P/S Cikgu Hanu,
Tuai Padi Antara Nampak
Esok Jangan Layu2an
Belailah Ibu Antara Nampak
Esok Jangan Sesal2an

Keputusan yang cikgu ambil itu tepat. Saya hormati dan tahniah!!! Sememangnya anda layak menerima hadiah ini dari anak2 muridmu. Harapan kami sebagai ibubapa, didik anak bangsa terutamanya anak2 kami menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pegang amanah ini.

Saturday, March 20, 2010

AMNI DAN MASALAH TELINGANYA


Kebelakangan ini aku jarang update blog. Ada sebabnya.....

Hari ini aku bercerita panjang, lebih dari selalu kerana ingin BERKONGSI CERITA dan pengalaman yang dirasakan wajar untuk pengetahuan kawan2ku. Semuanya dengan izin Allah, sebagai ibu kita berusaha.

Selama ini kegiranganku mengaburi mata ramai, melindungi kerisauanku terhadap masalah kesihatan yang dialami puteri tunggalku AMNI WAFA. Sebelum cuti sekolah tahun lepas, penggal akhir persekolahan, Amni sering mengadu pening, sekejap deman, sekejap batuk dan selsema yang berpanjangan.

Seperti biasa, bila ke klinik.. ubat batuk, deman, selsema dan antibiotik... dan Amni nampak pulih seperti sediakala. Balik dari bercuti di kg bulan Disember, perkara yang sama berulang, demam, batuk dan selsemanya makin lama. Kali pertama jumpa doktor seperti biasa rawatan 3 serangkai di atas la. 2-3 hari lepas lega demam, baru mula sekolah, Amni mengadu `mama, telinga Amni tak berapa dengar sebelah, sebelah kuat sebelah perlahan'.

Jumpa doktor kali ke-2, doktor kata gegendang telinga kiri Amni berlubang, telinga kanan bersih. Again makan ubat untuk 2 minggu. Selsema, batuk dan pendengaran Ami tetap sama dan berlanjutan. Habis ubat jumpa doktor lagi dan untuk rawatan ke-3, Dr bg ubat dan antibiotik yang lebih kuat untuk seminggu, mengakibatkan Amni mengadu sakit perut selalu. MC pun selalu.

Tiap2 hari aku bertanya keadaan pendengaran Amni. Sekejap dia kata dengar kuat, sekejap dia kata ada benda bising dalam telinga. Sekejap gatal dalam telinga. Sekejap dia kata dengar terlalu kuat dan kalau dengar terlalu kuat, Amni kata dia pening. Risau, risau.....

Ini bukan bertujuan untuk mempromosikan MLM. Dah lebih setahun aku mengamalkan minum ALPHA LIPID sejak mama menyuruh aku mencubanya bagi tujuan menjaga kesihatan. Tapi semenjak aku bertemu ZAH kawan lamaku masa belajar di ITM dulu, barulah pengetahuanku berhubung produk ini meluas. Kali ini aku nekad berikan Amni minum ALPHA LIPID selang sehari.

Bila ubat habis, aku jumpa doktor lagi untuk kali ke-3 dan kali ini dimaklumkan telinga Amni tidak lagi berlubang. Tapi jangkitan tetap ada, gegendang telinga masih merah dan menggelembung dan ada tanda2 merebak ke telinga kanan. Aku terus minta doktor panel refer ke doktor pakar ENT.

Pertama kali jumpa pakar, aku dimaklumkan telinga kiri Amni agak kritikal. Kata doktor, perkara pertama yg mesti dirawat adalah batuk dan selsemanya. Selagi batuk dan selsema tak sembuh, agak sukar untuk mengawal jangkitan telinga. So doktor beri ubat untuk hilangkan batuk dan selsema dulu. Antibiotik tidak lagi dibekalkan kerana Ami dah ambil lebih dari 3 minggu. Next follow-up seminggu lagi.

Rawatan ke-2, aku beritahu doktor Amni dah tak lagi demam, batuk dan selsema tapi suka bersin. Periksa telinga kiri, gegendang telinga masih merah dan menggelembung, tp telinga kanan bersih. Doktor mula bekalkan Amni dengan spray hidung untuk dipakai tiap2 malam dan ubat alahan dimakan untuk seminggu. Kata doktor next follow up lagi 2 minggu. Kata doktor kontrol makan makanan seafood. Kalau tak lega juga, dia perlu tebuk gegendang telinga Amni, takut air dah terkumpul di bahagian telinga tengah dan menjadi pekat.

Ibu mana tak risau bila dengar operate2 ni walaupun hanya minor surgeri. Niatku untuk bertamu ke Vietnam bulan depan terus aku batalkan. Bila dapat pamplet testimoni dari Zah, aku nekad speed up bagi Amni minum ALPHA LIPID setiap pagi. 3 orang abang2nya juga aku suruh minum setiap pagi.

Rawatan ketiga, aku bertahu doktor, demam, batuk dan selsema dah tak ada lagi. Tidur pun nyenyak. Doktor kata telinga kiri Amni nampak pemulihan. So Amni dihantar ke Hearing Centre untuk ujian bunyi. Laporan dapat disimpulkan 2 keadaan:-

1. Berkemungkinan dalam proses pemulihan
2. berkemungkinan dalam proses pengumpulan air di belakang gegendang (telinga tengah)

Bacaan graf menunjukkan puncak bunyi hampir dengan garisan mendatar (kalau mendatar maknanya tak dengar la) dan hampir dengan garisan menegak di sebelah kiri. Keputusan doktor, memandangkan ada progres, jumpa dia dalam masa 1 bulan. Tiada bekalan ubat, hanya teruskan spray hidung tiap malam,

So menunggu sebulan, tiap2 hari, aku monitor perkembangan pendengaran Amni sampai dia kata `mama ni kejap2 tanya, kejap2 tanya'. Aku suka bila lately dengar dia kata `Mama, telinga Amni dah dengar sama, bunyi kuat tu sekali2 saja'. Tanya Amni macamana dia tau telinga dia dah dengar sama, jawab Amni `Amni pakai handphone la mama. Letak kat dua2 telinga'. Berakal juga puteriku ini...

Hari ini aku bawa Amni jumpa doktor lagi. Sejak masuk wad kena denggi tahun lepas, memang Amni fobia pi klinik dan jumpa doktor. Pertanyaan dia `nak kena cucuk ka mama, kena ambil darah lagi dak mama'. Bila aku menidak, baru la muka tak tension sangat.

This time aku bagi tau doktor, fizikal Amni in good order. So again Amni ke Hearing Centre untuk ujian gegendang telinga. Alhamdulillah, ujian kali ini memberikan sedikit ruang kegembiraan buat diriku dengan keputusan yang begitu memberansangkan. Puncak bunyi tinggi lebih separuh, bacaan graf dah hampir masuk kotak normal. Aku bagi tahu doktor, selama ini dok bagi Amni minum susu kolestrum dan doktor kata teruskan. Jumpa dia dalam tempoh 2 bulan lagi.

Alhamdulillah syukur, segalanya dengan izin Allah dan keserasian. Takpa la Amni, mama akan terus bagi Amni minum ALPHA LIPID walau kena spend duit poket lebih. Makanya banyak la urusan untuk memanjakan diriku ditolak tepi.

IBU MANA TAK SAYANG ANAK2....... dan En. Suami, yang juga mula menjinakkan diri dgn minum susu setiap pagi.

p/s Kini aku sedang mengumpulkan lebih banyak testimoni dari keluarga dan rakan terdekatkan berhubung produk newimage ini..... ALPHA LIPID & SD II

Monday, March 15, 2010

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

Sabtu lepas 3 orang anak2ku mengatur langkah berbeza `bersukan untuk kesihatan'. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Alam Damai (SKAD), EKMAL, ADNIN dan AMNI mempamerkan minat masing2 dan sebagai mama, aku hadir memberi peransang.

Perbarisan masuk kontinjen... menggamit memori silam zaman persekolahanku. Aku aktif bersukan dan kokurikulum. Dalam sukan, 400m & 4x400 dan bolajring mewakili daerah, badminton masih aktif hingga sekarang sampai berjaya mewakili negeri.

Dalam kokurikulum, PBSM berpangkat sarjan, menjadi memimpin pelajar bagi daerah Baling. Pengalaman yang tidak mungkin terpadam adalah ketika meminpin kawad dan aktiviti menyelamat pendakian Gunung Baling.

Aktiviti lakonan, nyanyian dan tarian... suatu kebiasaan baik di sekolah rendah mahupun menengah.

Kini anak2ku mengikut jejak... HAKIM aktif bersukan. EKMAL bersama PBSM dan AMNI mula menunjukkan rentak seni tari cuma bakat nyanyian mereka belum terserlah.

Berlalu gagah Ketua Kontinjen Kejohanan

Diikuti PENGAKAP, kontinjen rumah LAKSAMANA dan PBSM

Rumah AMNI dan ADNIN berarak gagah ke tengah padang. Lihat tanjak ADNIN mengusung kawannya... dah selesai bagi tahu mama begini, `kecil2 pun budak tu mama, BERAT!!!!'. Macamna boleh terpadam foto Kontinjen Bendahara ni..... maafkan mama anak2ku

Pasukukan Puteri Islam.. manis dan sopan
Rumah Temenggung comel dengan maskot lebahnya
Pandu Puteri.. apasal jauh sangat pembawa bendera dan pelekat

Syahbandar garang bersama maskot buaya
Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) segak bersama uniform
kalau aunty ambilalih kawad, maunya kecut perut anak2 ni

Ikrar Kejohanan

Perasmian meriah.... Perlepasan burung2 bagiku simbolik kebebasan anak2 kecil bersukan `sayap yang kuat bisa terbang jauh'.. begitu juga mereka
KRS pemenang kawad terbaik pasukan beruniform
Rumah Bendahara kawad terbaik pasukan rumah sukan
Syok sangat ADNIN dan AMNI

dan mama tambah bangga bila mendengar pengumuman pengacara majlis begini `seterusnya persembahan kumpulan Taekwondo sekolah di bawah bimbingan ENCIK EKMAL HASIF dan ENCIK ARIVIN NAIDO'.

Siapa tak bangga bila anak kita dah diberikan amanah oleh kelabnya untuk meminpin pelajar2 kecil sekolah lain. EKMAL baru bermula di SKAD dan abangnya HAKIM telah menjadi penolong jurulatih di 5 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur/Selangor.

Habis persembahan EKMAL, AMNI pulak menyusul manis berlari ke tengah padang dalam persembahan pom-pom girls. Boleh tahan si bungsu ni....
Selesai majlis, mamapun lapar... terus pekena 2 biji telur 3/4 masak kat Restoran Marhabah. Betul2 menu orang bersukan.....

Sunday, March 7, 2010

SUSAH DULU SENANG KEMUDIAN

Awal sekolah AMNI bg tau mama camni `mama AMNI masuk kelab tarian'. Dalam hati berbisik `dia dah ikut jejak aku'. Last week dia kata `mama boleh dak ajar AMNI buat pom-pom. Kawan AMNI mak dia beli kat Mid Valley'. Rupanya dia dah awal2 bg tau abah suruh beli tali rafia warna apa. Mau tak mama kena ajar la.... dr A-Z

Masam muka kena sound sebab potong tali tak sama panjang
masam2 pun dia tekun buat sampai habis
2 hari buat tu... mana taknya 6 gelung tali rafia
alat buang sisik ikan pun jd bahan buat pom-pom ni
Pagi semalam senyum lebar la dgn pom-pom yang dibuat. Awal pagi dah gerak mama minta makeup dgn katanya begini `mama jgn makeup tebal2 tau, amni tak mau jadi badut'. Fuyoooo... kecil2 dah demand nak cantik.
Selesai makeup tengok cermin, terus dia mogok. Terbaring atas lantai katanya mama makeup tebal. Pujuk punya pujak.. barulah dia mau bangun dan keluar bilik.
Bila sampai sekolah... jumpa kawan2 kata, si bungsu ni girang kembali. Kawan2 dia puji camni, `AMNI makeup kamu cantik la... AMNI nampak macam BARBIE DOLL. Lega mama.....
Muka BARBIE DOLL kulit tan.. hahaha

tp ada ka sebelum nak masuk padang AMNI pesan camni kat mama... `mama jgn la tengok AMNI menari ya, AMNI malu.....' ooiitttt! orang lain tengok tak rasa malu, apahal kalau mama tengok malu la pulak.... macam2 betul. Mai kita tengok sebahagian aksi AMNI


Boleh tahan anak mama ni... siap enjoy menyanyi lagi masa beraksi. Malu ka kalau camtu... dan sebagai penasihat buat pom-pom dan jurusolek, mama pun kena la juga interframe kan....