Tuesday, September 1, 2009

KETAYAP SOSEJ-CHEESE GORENG

Menu ini adalah bg memenuhi permintaan puteri kami, AMNI. 2 hari asyik sebut nak makan sosej.
Bahan-bahannya:-

5 sudu tepung gandum
1/2 cawan air
5 sudu besar susu cair
1 sudu margerin
Sedikit minyak utk griskan kuali
Beberapa keping sosej cendawan AYAMAS - dipotong & dibelah 2
Beberapa keping cheese - dibelah 2
2 helai daun pandan
sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Bancuh tepung dgn air & marjerin. Kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
2. Masukkan susu cair. Ketepikan.
3. Panaskan kuali leper. Gris kuali dgn minyak & daun pandan.
4. Ambil sesenduk kecil adunan & dadarkan di atas kuali.
5. Apabila masak tebarkan ketayap di piring.
6. Taburkan sedikit lada sulah ke atas ketayap & gulung bersama sosej & cheese. Ketepikan.
7. Panaskan kuali bersama sedikit minyak & goreng ketayap hingga kekuningan.
8. Ketayap ini sedap dimkn begitu sj atau dicicah bersama sos cili.

5 comments:

MaMaQaYPo FaMiLy said...

MengGODA Selera..........

Diamilikku said...

wahh kena try nih...nampak sangat menyelerakan...thanx kak..nampak mcm simple....

SYAbAR said...

Sama2 adik2ku

echah_syed said...

ketayap tu digoreng semula ekk.anak2 combi mesti suke sbb ade cheese.nnt combi try yer :)

SYAbAR said...

Try jgn tak try Combi