Wednesday, September 9, 2009

TAUHU SUMBAT GORENG

Gambar sblm digoreng. Slps digoreng tak sempat ambil
sbb terlalu laris bagai goreng pisang panassssss...

Bahan-bahannya:-

10 biji tauhu masin - kunyitkan & goreng separuh masak
1 cawan isi udang } dipotong kecil
1 cawan isi ikan salmon }
2 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cendawan
sedikit sos ikan
2 biji cili merah - buang biji potong dadu
beberapa helai daun bawang - hiris halus
Garam, gula, perasa secukup rasa
telur & minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Keluarkan isi tauhu yg digoreng sehingga tinggal sarungnya
2. Lenyek isi tauhu sehingga halus & campurkan bersama bahan2 lain.
3. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa. Gaul ramuan hingga sebati.
4. Sumbatkan ramuan yg dicampurkan td di dlm sarung tauhu.
5. Pukul telur, celupkan tauhu di dalamnya dan goreng dgn api yg sederhana.

p/s
Sangat enak sebagai hidangan minum petang
Boleh dimakan terus atau dicicah bersama sos cili
Boleh juga dijadikan inti popia goreng dgn ditambah sengkuang/tauge/karot di dlmnya.

3 comments:

Mrs Zamzuri said...

terliur!!!!!!!!!!!!!!!!!!

puan.farah. said...

hai..first time jenguk dah nampak benda menarik. suka tauhu sumbat~!

i link ye~

unlisted_one said...

Salam kak,...

Sedap tu,..