Monday, September 14, 2009

BISKUT MAZOLA

Tahun ini beberapa orang ibu mintakan Kak SYAbAR mengajar mereka membuat kuih2 raya yang simple tetapi sedap. Tak mahu hampakan harapan mereka, mlm Sabtu lepas kami mulakan aktiviti gotong-royong di pondok riadah. Dugaan betul mlm tu, maklumlah bekalan elektrik yang disambungkan ke pondok tidak cukup utk menampung oven2 pembakar. Last2 Kak SYAbAR keluarkan juga oven antik dapur gas.

Semua resepi2 biskut adalah yg diajar mama dulu. Teringat Kak SYAbAR, pertama kali berani buat kuih sendiri ketika mama dihospital bersalinkan adikku AMAR. Jiran tetangga memuji mama kerana punya anak serajin Kak SYAbAR yang pd ketika itu masih lg disekolah rendah.

Operasi bemula jam 9.00 mlm dan selesai jam 1.00 pg. Inilah hasil pertama kami pada malam itu....
biskut ni sgt gebu.... mcm tuannya jg

Bahan-bahannya:-

1 1/2 cawan minyak mazola/jagung - dimasak panas
1 cawan gula halus
5 cawan tepung gandum (paras) - diayak
1 1/2 cawan kacang tanah- digoreng & ditumbuk/kisar
1 sudu teh garam halus
1 biji telur kuning bersama sedikit pewarna kuning telur
sedikit kacang goreng yang dibelah 2 utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Satukan tepung, gula, garam & kacang yg ditumbuk/kisar & sebatikan adunan.
2. Tuangkan minyak panas ke atas adunan.
3. Gaulkan dgn sudu ketika minyak masih panas kemudian uli hingga sebati.
4. Canai adunan & terap mengikut acuan kesukaan.
5. Aturkan beberapa biji kacang goreng & sapukan telur kuning diatasnya.
6. Bakar hingga kekuningan (120C)

2 comments:

hazlin said...

salam..
kita suka biskut ni. nak copy resepi..
tq.. :)

SYAbAR said...

Cikgu Lin, dipersilakan...