Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 15, 2009

BISKUT RINTA

Projek gotong-royong buat kuih raya bersambung pg Sabtu dengan membuat biskut ini.

Bahan-bahannya:-

1 cawan gula halus
1/2 tin kecil mentega
1 cawan tepung gandum/rose
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu
1 cawan kepala kering panggang/goreng
1 biji merah telur
1/4 sudu teh baking powder
sedikit esen vanilla
sedikit kuaci hijau utk hiasan
1 biji putih telur utk sapuan

Cara Membuatnya:-

1. Pukul gula & mentega hingga kembang.
2. Masukkan merah telur dan esen vanilla.
3. Gaulkan semua tepung bersama kelapa & baking baking powder.
4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran gula & mentega yg dipukul td ke dlm adunan tepung & uli sebati.
5. Tekan dgn acuan kegemaran & hiaskan dgn kuaci. Sapukan telur putih di atasnya.
6. Bakar hingga biskut kekuningan.

2 comments:

Mag said...

macam menarik..
hehe..mana nak cari kepala kering tu?
=P

SYAbAR said...

Dear adik Farah,
Biskut ini amat ranggup dan rasanya seperti sagun.

Kelapa kering panggang boleh didpti di kedai2 pembekal bahan bakeri. Kalau tak jumpa, adik boleh beli kelapa parut (putih sahaja) & goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Rasanya tetap sama