Wednesday, September 2, 2009

SARDIN KACANG PANGGANG

Bahan-bahannya:-

1 tin besar sardin /makarel - asingkan ikan & sos
1 tin kecil kacang panggang
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih }
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili hijau -dibelah 2 tidak putus
Garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak & tumis bawang yg dimayang hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar bersama separuh sos sardin & masak sehingga agak kering.
3. Masukkan kacang panggang bersama ikan sardin. Boleh dimasak berkuah atau kering.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa bersama bawang besar & cili hijau.

p/s Anak2 saya suka masakan ini dibuat sandwich dan caranya:-

sardin/makarel dihancurkan sedikit. Kacang panggang biarkan sebiji2
bawang besar mentah - dimayang halus (tidak dimasukkan dlm masakan)
salad - diambil kepingan daun
timun - dibuang biji & dimayang memanjang
tomato - dihiris nipis
cheese - diparut
roti - 1 keping disapu mayonis, 1 keping disapu margerin
lada sulah - ditabur sedikit

Sedap juga dimakan bersama capati & roti canai.

3 comments:

MamaDamia a.k.a Haiza said...

wah kak...untungnya saya tak payah nak beli buku resipi....tengok kat blog akak jek dah cukup tuk saya cuba resipi2 baru...thanks ye kak :)

echah_syed said...

ada bonus ekk.alhamdulilah :)

sardin mackerel tu mmg sedap kalau masak apa pun kan.

SYAbAR said...

Haiza,
Rajin2lah mencuba resepinya. Tkasih.

Combi,
Yup... I prefer mackerel dr sardin. Kalau jumpa kat pasar, sure ingat nak buat kuah laksa