Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 8, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA FLAT DBC

Alhamdulillah, Sabtu lepas majlis gotong-royong memasak utk berbuka puasa, solat maghrib berjamaah & tahlil arwah berjaya diadakan walaupun pd awalnya menghadapi sedikit dugaan. Selesai majlis, aku & suami terus menerima mesej dari AJK flat yg berbunyi seperti berikut:-

"Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan dlm menjayakan majlis berbuka puasa tadi. Bermula dr meeting, derma, tenaga gotong-royong, mengemas, melapah, memasak, doa selamat & tahlil, sembahyang berjemaah, pinjamkan perkakasan, sumbangan kuih & makanan serta lain2. Moga Allah memberkati kita semua, insyaAllah. Dari Sayuti & semua AJK"

Suamiku tukang bancuh rempah

Pertama kali aku belajar cara memproses umbut &
& membuang getah pisang. Leceh rupanya....
Mujur suami pakar memberi tunjuk ajar

Hasilnya memang lazat, kena pulak dgn nasi kawah, sambal
belacan & ulaman tanaman sendiri (pucuk ubi, ulam raja)

Sembahyang berjamaah & tahlil arwah yg diketuai
oleh Al Fadhil Ustaz Yusmadi dari Kampung Baru

2 comments:

Diamilikku said...

baguskan..walaupun takde bangunan surau yang betul2, tapi warga kediaman akak tetap berusaha mengimarahkan kediaman dengan aktiviti keagamaan..syabas to all of you

EIPUL said...

wah, banyak nye lauk!

mesti kenyang kan? haha