Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

WACKO JACKO & AMNI

Wacko Jacko was born in August 29, 1958 at Gary, Indiana, USA. 10 years later, I was born. 42 years later, my princess was born. On June 25, 2009, two days after her 9th birthday, she was shocked by the world story of the day..... the King of Pop is dead.

When THRILLER album hit the counter all over the world, I was in Form 3 and `BEAT IT' really beat me with fondest memories in my life as teenager. I enjoy his songs very much over the years, as time goes by, album by album.

Wacko Jacko at his age like AMNI

But for AMNI? I never know that my princess was a fan of Wacko Jacko. Last weekend, CNN & BBC channel is a must for her. She control the ASTRO remote, from morning till night.... just for the purpose of updating her with the latest stories of the late Wacko Jacko. It was like a tornado for me, for the 1st time ever, I heard AMNI sang a thriller song while helping me cooking.

This is our conversation...

`Amni, do you like Michael Jackson?' and she replied`yes mama'

`When did you start admiring Michael Jackson?'
The answer was
`I really like Michael Jackson when I fisrt saw his Thriller video clip.
He reallly likes a monster mama'


Straight in my mind at that time, `What a man he was!! Acting and singing like a monster can give a big impact to a child. Yes, Michael Jackson is really a monster... a monster in music entertainment. 42 years of age gaps has no different..... music makes them together as one.

Tears drop, remembering Michael Jackson hearted voice in this lyrics....

We are the world
We are the children
We are the one who make a brighter day so let start giving.....

I'm out of voice when AMNI said, `Mama, Michael Jackson Islam kan! His muslim name now is Mikael kan mama. Why are they still keep him? Why they delay his funeral? Why they still want to investigate his body? Pity Mikael kan mama'.

Look!!!!!.... a small fan of him can still think about the soul of Mikael. She wanted Mikael to rest in peace at the best place....

We are telling our children ABOUT WORLD
but sometimes
children is telling us what is WORLD ABOUT

Mums thought....... If Lady Diana builds loves in children heart through her contribution in charity activities, Michael Jackson will forever young, put loves in children lives with his songs and music...... same goes to the one and only, our P.Ramlee.

Al Fatihah.

Wednesday, June 24, 2009

MARI BERPUASA

Salam kawan2. Hari ini dah 1 Rejab. Mari kita sama-sama berpuasa sunat kerana Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah. Maka barang siapa yang berpuasa dengan ikhlas di dalam bulan ini selama;

1. 1 hari, maka ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah swt

2. 2 hari, maka ia mendapat kemuliaan di sisi Allah swt

3. 3 hari, iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka Allah swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

4. 5 hari, maka permintaannya akan dimakbulkan Allah swt.. InsyaAllah

5. 7 hari, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam

6. 8 hari, maka akan dibukakan 8 pintu syurga

6. 15 hari, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya

7. pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibrail as "Wahai Jibrail untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrail as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu Rasulullah bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka. Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa 1 hari dan beribadah 1 malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur"

Tsauban bertanya"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Rasulullah saw bersabda lagi "Wahai Tsauban, demi Allah Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa 1 hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena Allah swt, kecuali Allah swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Marilah kita sama2 memanfaatkannya ketika kita masih diberikan kesihatan dan kudrat yang baik untuk melaksanakannya. Kita dan saya sendiri telah banyak alpa, elok rasanya beramal sedikit untuk mencari keberkatan hidup.

Ramadhan dah dekat kan kawan2. Yang belum membayar hutang puasa tahun lepas, bolehlah mengqadakannya kerana kawan2 kita ada yang berpuasa Rejab. Ada geng berpuasa tak terasa sangat kan!!!!

UCAPAN ANAK2

AMNI hari ini genap 9 tahun. Kukucup dahinya dipagi hari. Tersenyum girang dia. ABAH plan nak pesta durian kami anak-beranak malam ni. MAMA ikut saja, sebab urusan MAMA dah selesai malam minggu lepas.

Semalam ABAH bagi kad2 di bawah untuk MAMA simpan baik2 dlm beg khazanah. Bila baca balik, macam2 perasaan timbul.... gembira dan sedih. Mai kita lihat apa ucapan anak2 kepada ABAHnya sempena Hari Bapa 2009.


KAD UCAPAN SANG PUTERA

Muka depan kad hasil kerja Adnin.
Pandai dia cari gambar lama Abah masa cun lg...
Banyak betul pengaruh kartun dlm diri mereka... depan blkg kad penuh kartun


Afdzal Hakim (anak sulung yang tinggi jiwa sentimental)

No one can replace you dad. We love dad.

Ayah, satu kurniaan Allah SWT kepada kita. Pada hari ini kita perlu mengucapkan sesuatu kepada ayah supaya dapat menggembirakannya. So, apa lagi, ucapkanlah SELAMAT HARI BAPA.

HAKIM, EKMAL, ADNIN & AMNI, kami ingin berdoa kepada MOHD. NOOR BIN BAHARI (ayah yang penyayang).

AlFatihah. Ya Allah, ampunilah dosa Abah kami, panjangkanlah umur Abah kami, berikanlah kesihatan kepada Abah kami, murahkanlah rezekinya, permudahkan kerja2nya, bahagiakanlah Abah bersama anak2 dan isterinya. Amin.

Sayang Abah. Jasamu akan kubalas. Hanya Allah yang menentukan.


Ekmal Hasif (anak ke-2 yang ceria dengan gurau-senda)

Pengorbanan Abah takkan kami lupakan hingga akhir hayat. Tak terbalas penat-lelah Abah membesarkan kami adik-beradik. Pantun untuk Abah...

Burung enggang di dalam hutan
Cari makan sampai tak dapat
Tali pinggang menjadi rotan
Buat kenangan sepanjang hayat

Tengok tu! Sempat lagi menyakat Abahnya.


Adnin Hazri (anak ke-3 yang paling fleksibel)

Ayah, jasamu sangat dikenang. Kamu membuatkan ku gembira. Kamu bekerja untuk keluarga. Kamu sentiasa marahi saya tapi saya tidak akan benci terhadap ayah. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA.


KAD UCAPAN SANG PUTERI

Kad mmg nampak girlish tp apasal mata love jd mata ultraman...
Penangan joint abang2 dok tengok ultraman / power rangers la ni


Amni Wafa (anak ke-4 yang prihatin dan straight forward)

Selamat Hari Bapa ayah. Terima kasih kerana mendidik AMNI dan keluarga. Kalau AMNI ada buat salah, AMNI minta maaf.

Monday, June 22, 2009

KEMERIAHAN BERGANDA

SAMBUTAN HARI BAPA 2009

Pagi Khamis
Suked:
KMin apa plan utk Hari Bapa?
Sue ingat nak buat small celebration utk Bapa2 kita

KMin:
OK, on saja kat luar pun boleh kat rmh KMin pun boleh
Elok juga tu dapat KMin buat Bday AMNI sekali
Bday Noor pun sama tarikh dengan AMNI

Pagi Jumaat
KMin:
Mama esok Min nak buat mkn2 sikit kat rumah
Pakat dgn menantu2 mama nak buat sambutan Hari Bapa
Pastu nak sambut bday AMNI sekali

Petang Jumaat
Ayah:
Min esok nak buat makan2 pukul berapa?
OK2, malam ni kami gerak turun.....
Mak Kiah & Mak Bedah nak pi sama

Maka terjadilah sebegini

Kad ucapan dari anak2 lelaki kami

Kad Ucapan dari puteri tunggal kami

Selamat Hari Bapa DARL / ABAH

Selamat Hari Bapa AYAHku sayang
Terima kasih MAMA kerana menjaga kebajikan AYAH

Cenderahati dari anak, menantu dan cucu

Dulu bujang kini pak budak. Selamat Hari Bapa ADIK2ku

Pulut Kuning ini digubah oleh Mak Bedah & Mak Kiah
buat jiran mereka `AYAHMAMA' untuk memeriah sambutan

Keceriaan AYAHMAMA dan suapan
kasih seorang isteri kepada suami tercinta

Selamat Hari Bapa dari kami sekeluarga


SELAMAT ULANGTAHUN KE-9 AMNI WAFA

Berkongsi Ulangtahun AMNI & NOOR

Selamat Ulangtahun AMNI WAFA
Moga jadi anak yang solehah, cemerlang hidup dunia & akhirat
Doa abah dan mama sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu

Anak manja abah di ribaan

Hadiah2 untuk `Birthday Girl'
Hajat AMNI untuk punya `camera phone' termakbul

`Birthday Mum' juga dapat hadiah

Pot Luck Menu
AyahMama - Rambutan Kebun Sireh
KMin & Bang Chaq - Kek, Pulut Kuning Raja & Dadih
Sue & Ayah An - Kari Daging Power & Nuget
Suraya & Paksu Naim - Bihun Goreng Langkawi & Manggis
Noor & Pak Andak Amar - Agar2 & Puding Tasik
Pakcik Nazim - Air Kordial Segalanya

dan inilah menu `RAHSIA' yang paling laris malam tu
Milo Chocolate Rice Blended
dari Cafe Azrina & Pak Ngah Nizar
Sodap & Slurppp....... tak cukup 1. Kena beratur!!!!

Doa selamat mendahului majlis

Siapa yang sambut ulangtahun ni
Keriangan adik2ku `bapa2 dah jadi budak2'

Keriangan kami bersama si kecil

Semuanya sukses
Terima kasih semua dari Tuan Tanah Kedaun

Alhamdulillah.......
Maka selesailah majlis Kemeriahan Berganda

Sunday, June 21, 2009

A SMILE OF SYAbAR

Click to play this Smilebox photobook: A SMILE OF SYAbAR

This entry is Specially Dedicated to THE ONE AND ONLY, my adorable HUSBAND with a special wish

HAPPY FATHER'S DAY, DARLING

You have light up my life with lots of precious moments throughout our marriage

Thank You So Much

Forever Young With Loves,

Tuesday, June 16, 2009

2 MY FOLLOWERS


THANK YOU 4 BEING
MY GREAT BLOGGERS

Friendship Never End,

ADUIIIIIIII.....

Senaraikan 8 orang untuk di tag?
1. Kak SYABAR
(dok atas sekali pulak nama aku ni......)

SiDiaMilikku ni tak habis2 kenakan tag. Dah reserve title `bakal besan' adikku, so kena layan juga la...

1. Apakah perasaan anda sekarang?
Teramatla letihnya sampai tertido lunch time tadi

2. Saya nak makan?
Cucur Kodok panas

3. Saya tak suka?
Orang yg suka dok buruk2kan kawan dan org yg terima cerita, percaya apa yg didengar tanpa belajar mengenali individu itu sendiri. Bagiku `dia mungkin musuh pada sesetengah orang, tp dia mungkin boleh jadi sahabat baik pada sesetengah orang'. Jangan senang2 memutuskan silaturrahim. Tuhan benci

4. Impian saya?
Boleh ka aku jadi pelakon layar perak?

5. haiwan yg saya tak suka?
Ulaq... eeee geli

6. Saya harapkan?
Dapat rezeki tergolek. Nak pi Mekah dgn suami, ayahmama, anak2 & adik2

7. Jika boleh putarkan masa?
Nak masuk Darjah 1 balik

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Jadi peniaganita kot. Amin....

9. Handphone saya adalah sebuah?
Handphone syarikat. Model lama pun pakai je lah

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Kalau kira dari time cinta monyet, susah nak ingat la...

11. Kawan-kawan saya?
Ikhlas berkawan pun ada, duri dlm daging pun ada

12. Pernah dikhianati?
Pernah, jgn ingat aku tak tahu siapa talam 2 muka yang berpura2 dihadapanku

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Alhamdulillah, Tuhan Maha Kaya. Sendiri mau ingat la kalau `respect' dah hilang

Sunday, June 14, 2009

BIAR GAMBAR MENTAFSIR SEGALANYA

Paling sayu saat ini. Waktu aku rapatkan muka kepada tok, tok membelai2 mukaku, menyentuh bibirku, meraba dada dan bahuku dan sekali lagi menyentuh seluruh mukaku. Kemudian tok berkata,

MIN CANTIK. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH

Aku terkedu dan berkata,

TOK, MIN AKAN SENTIASA CANTIK UNTUK TOK
MIN AKAN SENTIASA CANTIK MACAM TOK JUGA

Aku bertanya lagi pada tok seperti ini

TOK, NI YASMIN CUCU SULUNG TOK
YASMIN NI ANAK SIAPA TOK
ANAK ANI KA, HALIMAH KA ATAU ANAK SHARIF KA

Syukur alhamdulillah, to menjawab

YASMIN ANAK ANI
(Ani adalah panggilan manja tok pada ayahku ABDUL RANI)

Akhir sekali aku memegang tangannya dan berkata

TOK, MIN NAK BALIK KL NI
MIN SAYANG TOK TP MIN KENA BALIK KL
ANAK2 NAK SEKOLAH, MIN NAK SAMBUT AYAHMAMA BALIK MEKAH
NANTI AYAHMAMA MAI TENGOK TOK TAU, TOK TUNGGU
TOK JGN LUPA WIRID SELALU TAU

dan balasan dari tok,

TAKPA, PI LAH BALIK
JANGAN BIMBANG
ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALHAMDULILLAH

p/s
Andai kata ini peluang terakhir aku bertemu dgn Tok, aku redha kerana telah diizinkan bermanja dengan tok, membelainya seperti dia membelaiku dulu, berbakti dihujung usianya. Aku juga syukur kerana berkesempatan memohon ampun darinya dan minta dihalalkan segala pemberiannya kepadaku sejak aku bayi hingga seusia sekarang.

Terima kasih Makngah, Pakngah, Basir & Hana. Tiada siapa berhak mempertikaikan bagaimana kamu menjaga kebajikan tok, kerana semuanya telah terpamer di depan mata seorang CUCU SULUNG.