Terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk membesarkan anak2, tidak kira kita sebagai ibubapa, pengasuh, penjaga, pendidik, guru2, pemimpin ataupun masyarakat umum.
Anak2ku, maafkan mama. Kamu sering mama suruh belajar, sedangkan mama juga harus belajar melengkapkan yang hak ke atas kamu semua.
Apabila membaca rangkap nasihat ini, betapa terasa kerdilnya mama dalam membimbing kamu semua. Mari kita sama2 belajar.
Rangkap2 nasihat ini betul2 berkait-rapat dengan kita sebagai ibubapa. Marilah kita mengkaji, menghayati, amalkan yang elok dan elakkan yang tidak elok. Satu anjakan paradigma, perubahan ke arah terbaik.
Jika anak,
hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar
hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi
hidup dalam pujian, dia belajar menghargai
hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin
hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri
hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup
hidup dengan ilmu, dia belajar memahami persekitarannya
hidup dengan kamahiran, dia belajar berdikari
hidup denga kata2 yang baik, dia belajar berfikir yang baik
hidup dengan adab, dia belajar bersopan-santun
hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah dirinya
hidup dengan kesihatan, dia belajar membina jati dirinya
hidup dengan kebersihan, dia belajar peka dengan bahaya penyakit
hidup dengan Al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan
hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya
hidup dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran
hidup dengan keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain
hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat memberangsangkan
faham Al-Quran dan doa, dia faham apa itu akhirat
TETAPI
Jika anak,
hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain
hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan
hidup dalam kata2 sumpahan, dia belajar jadi pengecut
hidup dalam irihati, dia akan belajar salahkan orang lain
hidup dalam menderita, dia akan belajar senang putus asa
hidup dengan hukuman, dia akan belajar rasa benci dan dendam
hidup dengan penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah
hidup dengan sumpahan, dia akan mengikut sumpahan itu
hidup dengan airmata, dia akan belajar menyiksa orang lain
OLEH ITU IBUBAPA
mulakan hari dengan senyuman, akhiri hari dengan senyuman
mulakan hari dengan solat, akhiri hari dengan solat
mulakan hari dengan doa, akhiri hari dengan doa
fahamilah 4 pekara yang boleh kita lakukan apabila membuka mulut, iaitu:-
lafazkan rasa kasih-sayang
tingkatkan silaturrahim
sampaikan ilmu baru
lafazkan kesyukuran
`Berilah peluang anugerah Allah ini untuk membesar dalan suasana terbaik dan supaya khalifah yang dianugerahkan itu menjadi CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG'
Hati kini bertanya
`Siapa AKU?' `Siapakah MAMA?'.....
1 comment:
Sis,
This is really a great stuff i need to know as if it's "MOM 101" 'paper' for me.
Thanks sis for sharing this.
Post a Comment