Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 2, 2009

DEMI KESIHATAN

2 hari lepas, dia mengadu padaku begini...
  • * ukuran pinggang kena kurangkan 1 inci
  • * lemak dalam badan lebih 8%
  • * kurangkan makan nasi malam (tahu pun... tp sendiri buat2 tak tahu)
  • * kena byk minum air masak

Aduan ini kuterima selepas dia menjalani pemeriksaan kesihatan oleh HKL. So, akupun cuba membantu untuk sahut CABARAN 48 JAM. Bukan niat nak mengata, tp dah memang jelas ketara. Bangsa asing pandai menggunapakai kemudahan percuma di depan mata, tak kira masa dan ketika. Bukan seperti Melayu yang hanya pandai berkata, memerhati tapi terperap juga. Aku sejak minggu lepas dah turut serta dan kini masa sesuai untuk suamiku terima pelawaan YAP berTAI-CHI bersama. Tolak ketepi perasaan malu walau Melayu 2 kepala.

Bayangkan, sifu yang mengajar kami (baju merah) usianya lewat 60an. Pembantu Sifu yang berbaju putih di depan sudah 70an. Malunya aku..... yang tua masih kekal stamina walau dinihari, kita yang muda ni cukup selesa peluk bantal dan tubuh.

Bukan mudah berTai-Chi rupanya. Nampak saja lembut pergerakannya.
Konsentrasi minda dan percaturan pernafasan yang utama (Si...... Fu......)

Lokasi cukup sesuai, taman rekreasi belakang rumah saja. Nak kata curi masa untuk anak2 pun tidak juga sebab waktunya antara masa anak2 di kelas tuisyen. Bebaloi la.... Track ON, lampu ON.... lepas Tai-Chi 1 jam, ON sama2 la kawad padang 3/4 round. Buat apa2 bersama, cantik apa!!!!

4 comments:

Diamilikku said...

ya memang cantik...
bila buat apa2 pun bersama..takdelah anasir2 jahat nak menghasut kan...bestnya kakmin...tapi masalahnya su takleh nak ikut mizan jog or exercise..sebab dia joging mcm kita lari 100 meter..hayyaaa...setakat main badminton je lah yang boleh dilayan pun

SYAbAR said...

ok la 2, janji BUAT BERSAMA KEKANDA

MariaFaizal said...

Ah....sis,terasa mandom nya saya!
I have to change my lifestyle immediately, right NOW!

Thanks sis for this inspiring idea.

SYAbAR said...

Maria, LOL. Do I did that.....