Malam ini ada sesi terjah-menerjah rumah tapi bukanlah untuk slot panas Melodi. Rumah siapa yang kami terjah? Apa yang boleh kami dikatakan, ada yang terkejut, ada yang gembira, ada yang tersentuh hati.
RUMAH PERTAMA
Apa2 pun, aku bangga dgn cikgu segera ini. Tanpa mengikuti apa2 kelas kek cawan, tetap mampu lakukan yang terbaik mengikut kehendakku (1 kotak 3 perasa, setiap kotak berlainan rekabentuk). Inilah yang dikatakan berani mencuba dengan kelebihan bakat yang ada.
Tahniah dan terima kasih adikku LIZA, lebih2 di atas kesanggupan buat penghantaran jam 12.30 tengahmalam ini untuk last minit tempahan. Nak buat camna dik, si abang2 baru bg tau tadi yang sekolah depa buat Hari Guru esok. Depa pun nak benda yang sama.
Semua ini kulakukan demi anak2ku supaya mereka dari kecil belajar menghargai jasabaik guru. Buat guru kesayanganku Y.BHG. DATO' ISMAIL ABU BAKAR, `Min tak lupa cikgu.... Tunggu!!!!!'
MERENUNG SAYU DI LUAR PAGAR
MELIHAT TUNAS SEMAIAN BARU
CURAHKAN ILMU TERUS MENGAJAR
AMALAM MULIA SEORANG GURU
TUNAS SEMAIAN BERBUNGA KINI
MENUNGGU MASA UNTUK DITUAI
GURU BAGAI LILIN MEMBAKAR DIRI
MENDIDIK BANGSA MENJADI PANDAI
HASIL TUAIAN MELIMPAH RUAH
REZEKI DIKONGSI BERSAMA KELUARGA
KHIDMAT BAKTI GURU TAK PERNAH BERUBAH
BERKATNYA DIBAWA HINGGA KE SYURGA
TERIMA KASIH CIKGU
6 comments:
wow..speechless combi :)
wah! beruntung cikgu2 itu mendapat cuppies yg cute miut. syabas kak!
so sweet...rasa terharu kalau acu jd cikgu diaorang...
Walaweiiiiiiiiiiiiii.....
Bangga jugak kalau Gua jadik Cikgu diaorang...
Amni nangis lagi ka? heheheheh
Order lagi arrrrrrrr.....
Ngehx3
Salam Aunty , saya nih Eyra Saha . Yang aunty tanya Puan Ropidah tu org mana . Sorry sbb saya dah mmg lama tak bukak blog tuu sbb saya dah tukar blog ( ceritakeyboard.blogspot.com )
Em , saya pon tak pasti lah cg Ropidah org mana . By then , her full name is pn Ropidah Che Pa
Salam..
Cup cake gitu...Anak2 murid skrg lebih banyak pilihan berbanding masa saya jadi murid dulu...
Post a Comment