Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 27, 2010

....... I LIKE

Rezeki manusia datang dalam pelbagai bentuk. Kalau bukan makanan, dalam imbuhan yang lain. Alhamdulillah, rezeki masuk lagi. Sepatutnya pada 21 April yang lepas, aku bersama rakan2 sejawatan yang lain berhimpun di dalam majlis yang khusus dibuat untuk menghargai setiausaha. Nak buat macamana bila dah ada komitmen lain.

Walaupun tidak dapat hadir, aku tetap bagi komitmen dengan berikan tandamata berupa non wooven bag dan pocket memo with pen untuk mereka yang lain. Timbalbaliknya, inilah yang aku terima pagi ini.....


Macam2 ada and I really2 love this one. So meaningful.... after 21 years of service as SECRETARY. Patutlah organizer beria2 minta gambar yang paling cun, rupanya ada sebab.

Thank you Rozi & Ros

Sunday, April 25, 2010

SEPATU ~ DIAMILIKKU

DiaMilikku siap hantar reminder lagi..... maklumlah dulu Kak SYAbAR terlepas pandang tag kau. Kali ini, kalau tak buat juga, memang la akak dianggap confirm dah tuo. Mau tak mau mesti kena buat untuk tidak menghampakan harapan seorang adik yang jauh nun di utara.

Foto kasut2 tu, apa yang ada dalam kabinet. Belum lagi yang ditempatkan kat rak luar dan yang ada di bawah meja pejabat. Akak beli kasut berdasarkan yang melekat di hati... mahal ka murah soal no.2 sbb bg akak kaki ni la yang he hulu ke hilir mencari bersuap2 nasi. Sesekali nak juga dia dibajukan tip-top seperti juga badan, termasuk mendapat belaian pedicurure dan refleksiologi.

Kasut tu semua kegunaan harian ke pejabat. Ketinggian antara 1/2 - 3 inci. Dipakai mengikut kesesuaian dengan pakaian. Cukup kot DiaMilikku no...., harap2 tak merajuk dgn akak lagi.....

Friday, April 23, 2010

MINGGU SETIAUSAHA 2010

Seperti kebiasaan, setiap tahun aku memang menantikan bulan April. Maklumlah pelbagai program disediakan untuk menghargai mereka yang berprofesion sepertiku. Terima kasih Dr. bagi peluang lagi pd diriku untuk meraikannya bersama mereka yang lain.

Pagi2 dalam kepala dok fikir laluan mana nak ambil. Maklumlah lokasi hotel dalam kawasan Segitiga Emas, jam toksah cakapla. Pusing sana, pusing sini, janji sampai ke destinasi.


Hari pertama bersama En. Ludinata dari Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, pakar dalam protokol dan etiket majlis2 rasmi kerajaan.

Hari ke-2 bersama Dr. Kamarulzzaman Ahmad. Seronoknya hari ni kerana dapat belajar mengenali identiti mereka yang di sekeliling kita berdasarkan tarikh lahir. Dah tahu, dah tahu... siapa nak tahu dia punya bayar pengkeras 50 sen. Hahaha...

Paling seronok hari ini adalah hari dapat banyak hadiah. Selain cenderahati penyertaan, semua dapat merasa hadiah cabutan bertuah.

Muka2 baru

Muka2 lama, dapat ekstra hadiah lg. Syoknya!!!!!
Sarimah & Zaleha, ni link ke Minggu Setiausaha kita tahun lepas http://warisanayahbonda.blogspot.com/2009/04/minggu-setiausaha.html. Layan....


Inilah habuanku

Tuesday, April 20, 2010

PROUD TO BE A SECRETARY

April is a month for people like me to celebrate. Again for this year, I'll be joining this special week with my new friends. Networking is important, so let have fun.

Setiausaha perlu profesional


Setiausaha yang baik memiliki pelbagai kriteria yang diperlukan ketuanya.- Gambar hiasan

BERCAKAP mengenai setiausaha sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain 'berdampingan' dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam sesebuah syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.

Selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos.

Apa tidaknya semua urusan syarikat yang cukup sulit serta 'rahsia' syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.

Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.

Walaupun begitu, hari ini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi.

Menurut Perunding Imej Adamaya, Imej Consultancy, Sharifah Shawati Syed Mohd., untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dan cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti unggul di tempat kerja.

''Setiausaha yang baik adalah yang tahu peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai.

''Pada masa yang sama, setiausaha juga perlu 'bercakap' bahasa yang sama dengan bos untuk memudahkan urusan kerja.

''Mereka juga harus memahami bos masing-masing agar matlamat kerja tercapai,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, jika dahulu mungkin masyarakat beranggapan bahawa kerjaya sebagai seorang setiausaha tidak ubah seperti 'orang gaji' di mana perlu menyiapkan minuman bos setiap pagi, membersihkan pejabat, menguruskan segala urusan pejabat seperti mesyuarat dan sebagainya tapi hari ini pandangan tersebut tidak lagi boleh diterima pakai.

Hari ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang 'berkuasa' dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat.

Seorang setiausaha juga berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.

Selain menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua.

Ciri-ciri setiausaha yang baik

Jelas beliau, seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang bijak dan mampu mengawal keadaan.

Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereka bekerja.

Katanya lagi, setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai 'hero' di pejabatnya.

Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh setiausaha bukan sahaja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat atau organisasi yang diwakili cukup disegani.

''Mereka (setiausaha) perlu bekerja dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan,'' tambahnya.

Justeru katanya, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri.

Bercakap mengenai penampilan, jelas Sharifah Shawati, sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.

Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak luar selain pengantara jabatan.

''Tidak salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili.

''Bagaimanapun seorang setiausaha tidak harus over shadow ketua masing-masing malah aksesori yang digayakan juga tidak perlulah terlalu banyak, cukup sekadar menggayakan aksesori yang seminimum mungkin.

''Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya, barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini,'' katanya.

Sebab itu, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.

from a desk of a SECRETARY... I'm Out Of Office

Friday, April 16, 2010

KOMEN BEN ASHAARI

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang berkat, BEN ASHAARI menjelajah blog SEPUTIH SEHARUM MELUR ini. Waduh! Waduh! BEN! BEN! mengaku dia Putih dan Harum gitu..... hahaha (dalam foto memang nampak putih pun, Wangi! Hanya orang rumah sendiri yang punya jawapan kan BEN!) Akak suka pengakuan itu, biar nilai positif sentiasa ada dalam diri kita.

Cayalah BEN.... `Gimme Pai' seperti yang dibuat anak buahku Afiq Safwan. Terima kasih daun keladi, ada masa jelajahlah lagi blog ini. Semoga semangat ukhwah yang terbina berterusan di dalam keharmonian.

Inilah pandangan jejaka ini....
Perghhhhhhhhhhhhhh ... sat nak baca sekali lagi ... SEPUTIH ( cam aku ) SEHARUM ( cam aku gak ) MELUR ( ni tak ..aku cam bunga kasturi ..hahaha ) ... mmg best ... mesti jiwang jiwang neehh ... sat nak p tengok ..

Perghh .. English style ... kalah blog aku .. blog aku Red Indian style woo ...

" Blog ini tercetus apabila anak2ku dan anak2 buahku mula bertanya akan anggota2 keluarga kami, `siapa mereka? bila lahir? lahir kat mana? dan sebagainya. Maka pada 2 Disember 2008, segmen penceritaan di dalam blog ini didahului dan didedikasikan untuk kedua ibubapaku di bawah entri SALASILAH -Tanpa Mereka Tidalah Aku disusuli entri2 seterusnya, pengenalan adik2ku dan ahli keluarganya dari kacamata seorang kakak. Harapanku, masa mendatang, mudahlah nanti si kecil generasi kami mengenali mereka yang di atas. "

Emm.. panjang lagi ceritanya .. g masuk n jelajah sendiri ek .. berbaloi baloi gitu .. Jom JELAJAH BLOG IBU : SEPUTIH SEHARUM MELUR

Thursday, April 15, 2010

AWARD

Nak ciluk ayat pengirim award ni ...

Uh uh..Lama dah tak dpt award.. Tup tup...

  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
  4. State 7 things about yourself.

Maceh ALONG (http://iamqimie.blogspot.com/)
termasuk juga DIAMILIKKU (http://diamilikku.blogspot.com/)... maaf akak terlepas pandang award yang sama kau kirimkan sebelum ini. Jangan merajuk ha!!!!

Now, nak kasik award ni dekat adik2 bloggers yang selalu letak komen setiap kali ku buat entri...
1. DIAMILIKKU
2. ECHAH SYED
3. @CU SAYANG
4. IYTAFAKYRA
5. NANAE
7 things about me.... yang dalam kepala sekarang ni
  • nak kurus
  • nak jd anak & wanita solehah
  • nak anak2 berjaya dalam hidup
  • nak sihat selalu
  • nak duit banyak & berkat
  • nak tukar kereta
  • nak jalan2 makan angin

Wednesday, April 14, 2010

TERBAIK & BIJAKSANA

Begitulah maksud nama putera sulung kami. Alhamdulillah, hari ini usianya dah menginjak 17 tahun. Pejam celik pejam celik, HAKIM semakin dewasa.. dah berkumis dan sama tinggi dengan abahnya. Mama juga yang kemetot. Nak buat macamana, mama ambil jenetik Nenek Bedah kamu.

Tahun ini tahun getir penentuan masa depan kamu di dalam karier. HAKIM sendiri nampak bagaimana abah terlalu sayangkan kamu selaku anak sulungnya. Kemahuan dan kehendakmu sentiasa abah penuhi. Jangan hampakan harapan abah....

9 bulan kamu di dalam perut mama dan pertama kali juga mama merasai bagaimana keperitan melalui saat2 melahirkan anak sulung, tanpa pengetahuan tanpa pengalaman. Dengan izin Allah, semuanya mama harunginya berbekalkan kekuatan semangat abah dan kamu sendiri.

Selaku pewaris pertama, kini harapan seperti saat melahirkan kamu, perlu kamu galas untuk memartabatkan keluarga kita. Mama inginkan anak mama menjadi insan terbilang dan berguna, baik pada Penciptanya, pada diri kamu sendiri, pada keluarga, pada negara dalam kelebihan anugerah Allah yang ada pada diri kamu. Gunakanlah sepenuhnya untuk mencapai apa yang kamu inginkan.

Mama sentiasa bersamamu dengan iringan doa dan kehangatan kasih-sayang hingga hujung nyawa.

Ingat HAKIM! Kamu adalah contoh terbaik kepada adik2 kamu. Sayangilah mereka sepertimana mama tunjukkan pada kamu dengan menyayangi sepenuhnya ANGAH, AYAH AN, PAK ANDAK, PAKCIK dan PAKSU. Jangan abaikan mereka kerana walau apa pun yang terjadi `Air Dicincang Tak Akan Putus'. Mengalah tidak bererti kita kalah. Pabila di atas, sering jenguk ke bawah kerana di situlah tersimpan banyak khazanah kehidupan yang membantu kamu mengenal asam-garam dunia.

SELAMAT ULANGTAHUN ANAKKU
AFDZAL HAKIM MOHD NOOR

Tuesday, April 13, 2010

SIRI `JELAJAH BLOG IBU' OLEH BEN ASHAARI


Hari ini aku terpanggil untuk melayari laman web anak muda (sebab nampak muda bro) yang kacak dan bersih penampilannya di layar siber. Seorang jejaka bernama BEN ASHAARI berjaya menarik perhatianku di dalam penulisannya seperti di bawah:-

`Skang aku nak buat satu lagi segmen khas ... khas buat ibu ibu yang ada blog .. Kenapa ? aku dah jelajah beberapa blog ibu ni .. ermmm... ada rasa terharu .. kesian dan gembira ... jadi aku nak buat segmen jelajah blog ini khas buat mereka ... JELAJAH BLOG IBU'

Sebelum kehidupanku bermula sebagai seorang ibu kepada 4 orang cahayamata, aku adalah seorang anak sulung perempuan tunggal dalam keluarga, satu-satunya kakak kepada adik2ku yang berlima. Aku sentiasa ingat pesan mama `ambil berat hal adik2' dan amanah itu aku pikul walaupun setelah bergelar isteri.

Blog ini tercetus apabila anak2ku dan anak2 buahku mula bertanya akan anggota2 keluarga kami, `siapa mereka? bila lahir? lahir kat mana? dan sebagainya. Maka pada 2 Disember 2008, segmen penceritaan di dalam blog ini didahului dan didedikasikan untuk kedua ibubapaku di bawah entri SALASILAH -Tanpa Mereka Tidalah Aku disusuli entri2 seterusnya, pengenalan adik2ku dan ahli keluarganya dari kacamata seorang kakak. Harapanku, masa mendatang, mudahlah nanti si kecil generasi kami mengenali mereka yang di atas.

Semakin hari, aku melebarkan penulisan kehidupanku bersama kenangan silam, aktiviti ibu berkerjaya, aktiviti pewarisku, semangat kekeluargaan, rakan-taulan dan kemasyarakatan, perkongsian khazanah kesihatan dan masakan mama, tidak dilupakan saling ingat-mengingati sebagai seorang muslim. Semua yang terhasil adalah dengan sentuhan kasih-sayangku buat semua. Blog ini bukan meraih glamor dan populariti. Cukup sekadar mereka `kenal' siapa aku.

Aku percaya, yang dahulu makan garam tidak semestinya arif dan boleh terimapakai dalam semua hal. Perkongsian idea itu adalah sesuatu yang baik dan apa salahnya hari ini aku mendengar pandangan insan bernama BEN ASHAARI berhubung kandungan blog ini.

`KITA BOLEH BERKONGSI CERITA
PELAKSANAANNYA HAK INDIVIDU
MENGIKUT APA YANG DIFIKIRKAN TERBAIK
TERIMA KASIH BEN ASHAARI'

Credit to Blog Baby Intan. Jika ingin blog anda dilawati pria ini, dapatkan informasinya di laman http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-jelajah-blog-ibu.html.

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT ANAK WATAN JELAPANG PADI

2 hari sebelum Piala FA, DJ Epoi call `Kak, Kedah masuk final FA. Jom niaga'. Belum dapat persetujuan en. suami, dah pandai cakap OK. Malam hari, mula ayat en.suami `Abang, nak niaga kat Bukit Jalil boleh! Kedah masuk final ni'. Lega... bila en. suami selamba jawab `OK, bawa HAKIM, EKMAL, ADNIN sekali. Abang duty kat sana'. Pucuk di cita ulam mendatang la....
Pagi Sabtu lepas urus semua hal tuisyen anak dan kerja2 dapur, aku siapkan WIRA. Basuh pakaiannya dulu. WIRA mesti di bawa ke tapak niaga kerana dia ada daya tarikan dan pelaris pelanggan ke gerai kami.

Inilah WIRA kesayangan kami. Sampai tapak niaga, WIRA dapat rambut baru... hijau kuning lagi. Maklumlah dia juga penyokong kuat Kelab Kenari. Siap tabik lagi kat penyokong2 kuat Kedah. Letak saja WIRA ditempatnya, pengunjung mula rapat ke gerai kami untuk posing dengan WIRA. Kamipun apa lagi.... bila orang dah rapat dengan gerai kita, kita pun ayatlah mereka untuk beli produk2 gerai kita. Alhamdulillah....

Dj Epoi adalah taiko projek ini dan aku sebagai kakak sentiasa beri dorongan semangat pada semua adik2 yang turun tangan untuk menjayakannya. EKMAL, HAKIM dan ADNIN sekurang2nya tahu dan lihat, bukan senang ibunya cari duit untuk beri kemudahan hidup pada mereka. Mereka juga kulatih untuk tebal muka dalam dunia niaga. Kerja ikhlas, apa pulak nak malu.

Adikku sikembar NAIM dan NAZIM saling bekerjasana. NAZIM promosi produk, NAIM jaga PA sistem sambil buat hebahan kepada pengunjung untuk masuk ke gerai kami.

Beginilah keadaan gerai kami bila diserbu pengunjung

Adikku AMAR anggota MALBAT yang tak berapa hari lagi nak terbang ke Lebanon juga turun. Banyak tu tiket yang dia beli untuk kumpulan kami. Sepupuku HASROL DAN BOB juga turun berniaga

Ragam penyokong kuat Kelab Kenari

lebih gembira bila suami yang `on duty' sempat turun ke gerai beri sokongan walau seketika. Terima kasih Abang. Adik iparku Noor dan si cilik Adel juga tak mau lepas peluang ni. Tahniah kerana semua bersemangat sebagai anak watan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman.

Bila tiba waktu perlawanan, inilah tugas hakikiku... menjaga gerai sambil menjaja air minuman. Hanya walkie talkie menjadi penyambung dunia luar dan dalam stadium. Time tak ramai pembeli, aku buat kerja baru. Hahaha... kutip tin aluminium. $$$$$ free. Penat toksah cakap la, 3 pg baru sampai rumah... tp aku gembira kerana punya `masa emas' bersama adik2 dan anak2.

Buat pemain bola sepak negeriku, dengarlah luahan hatiku `HELMI.... HELMI.... aku kuciwa' tapi pasrah dengan qada dan qadar, bila dah termaktub ketentuan, ini bukan rezeki pasukan kita.

Tuesday, April 6, 2010

HUJUNG MINGGU YANG MEMENATKAN

Jadual hujung mingguku yang lepas memang padat. Dalam kepala ni macam2 pikir... mana adik ipar yang terlantar sakit bersalin, hari keluarga ofis, dinner PERKEP, jemputan kahwin lagi... semua kena buat, pendek kata macam lipas kudung.

Aku bercuti Jumaat. Seawal pagi, uruskan kerja2 pasar dan mama, then rush to Mid Valley atas urusan bisnes. Again, kelam kabut ke Jalan Masjid India untuk persediaan ke majlis sebelah malamnya. Sampai di rumah, aku hanya ada masa 15 minit sahaja untuk bersiap. Mana nak sempat pakai segala, so plan A dressing batal. Apapun aku gembira dengan plan B, walapun masuk Dewan Mahligai lewat 30 minit. Apa yang penting, komitmen isteri terhadap kerjaya suami.

Bollywood Nite di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Lengga menjadi pilihanku

Mak Usu, pengacara jemputan
Poco-Poco satu kemestian

Antara ratu2 Commercial Crime IPKKL dan yang
dinobatkan sebagai Ratu Bollywood PERKEP Kuala Lumpur

Posing menachi2
bersama Kak Yan & Rohmah

bersama isteri Ketua Jabatan dan bekas kerani suaminya

bersama Puan Wan & Wan Maimunah

Salam namaste & khuda hafiz

Balik dari dinner, dengan baju bollywood, aku ke HUKM. Siap masuk labor room untuk bagi semangat kat adik ipar untuk harungi saat2 bersalin. Sampai rumah jam 2 pagi. Ingat dapat cukup rehat sebelum bertugas di Hari Keluarga syarikat esok. Rupanya tidak... jam 5 pagi, adikku minta datang ke HUKM, dia dah tak tahu nak buat apa melihat keadaan isterinya yang makin kritikal. Keputusanku senang saja, dah 2 hari lamanya menanggung sakit, jumpa doktor pakar, minta ceasarian.

Alhamdulillah, jam 6.15 pagi 3 April 2010 lahirlah
puteri sulung Naim & Suraya yang bakal diberi nama
ANIS KAUSAR (3.06kg)

Jam 7.00 pagi, aku terus ke Kelab Komuniti, Taman Tasik Cyberjaya. Tahun ini tak seronok seperti tahun2 terdahulu bagiku sebab tidak disertai suami dan anak2. Hakim dan Ekmal, sekolah. Adnin dan Amni, tuisyen. Jadi abah pun tak dapat ikut untuk menguruskan si kecil.

bersama Roslali & Siti Mazurah

Letih toksah cakap la bila dah jadi AJK makanan ni. Tambahan pula aku ditugaskan untuk menjaga meja VIP. Ke hulu ke hilir dibuatnya. Sekejap di khemah staff, sekejap di khemah VIP. Celah tu, ramai juga yang terpandang lukisan inai di tanganku. Jenuh menjawab, Apa2 pun, tahniah buat Siti Mazurah dan Roslaili yang sama2 memastikan urusan pengedaran makanan dan minuman berjalan lancar sehingga tamat majlis.


Dek kesibukan di khemah makanan, aku hanya sempat bermain paint ball dan tarik tali. 7 kali tarikh tali, tempat ke-2. Atas dasar kerjasama dengan adik2, aku sampai sekarang sakit badan dan belum jumpa tukang urut ni!!!!! Tapi pengorbananku pada hari itu berbaloi. Sewaktu acara cabutan bertuah, no 240 dipanggil. Menjerit kegembiraan la aku. Balik rumah terus aku hadiahkan CAMERA DIGITAL CANON IXXUS pada suamiku. Ambil hati....

Jam 5.00 petang, again aku ke hospital. Lepas solat maghrib terus bersiap untuk ke jemputan perkahwinan anak kawan sepejabatku di EPU, JPM dulu Y.BHG. DATIN KHADIJAH ABDUL KAWI. Dek keletihan, aku telah tersalah guide suamiku ke lokasi. Macam mana boleh tersebut Hotel Sunway pun tak tau. Nasib baik encik suami tak berangin... mungkin dia faham aku yang keletihan.

Akhirnya, sampai juga kami berempat ke Hotel Summit USJ
Kami duduk di meja bertag nama HAKIM

Minggu ni minggu merah.....
Macam tau2 saja kami, sedondon dengan tema majlis

Presentation pihak hotel very sweet and loving waktu
memulakan majlis makan beradap

Hakim dan Ekmal sengaja kami bawa untuk bagi perangsang
supaya rajin belajar sepertimana pengantin lelaki jika mereka
inginkan majlis seperti ini suatu hari nanti... InsyaAllah

Azrai anak bungsu, berkelulusan Mechanical Engineering, USA
Terima kasih Kak Jah
Hari Ahad pula, dari pagi hingga lewat malam, aku dan suami sibuk menguruskan majlis doa selamat yang khusus dibuat sebagai tanda syukur atas:-
  • kelahiran puteri sulung adik bungsuku Naim
  • adikku Amar akan mengikuti misi MALBAT di Lubnan hujung bulan ini
  • limpahan rezekiku di bulan April
Minta ayah sendiri yang bacakan doa selamat lepas solat Isyak. Menu malam tu, kari daging batang pisang, kari telur, ayam masak kical, sambal belacan dan ulam, ikan kembung dan ikan masin goreng dan aneka agar2. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Pak Ya dan isteri. Terlalu penat sampai dah tak fikir lagi nak snap2 gambar. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Maka, tamatlah kisah HUJUNG MINGGU YANG MEMENATKAN