Wednesday, October 28, 2009

FAMILI PAKNGAH HASHIM

Bob... sapa dukung anak kau?

Allahyarham HASHIM ABDULLAH, abang mama yg juga bapa saudara yg paling rapat denganku. Tiap kali cuti sekolah, mesti aku lepak di berek Bomba Sg Petani. Banyak kenangan manisku bersama mereka terutamanya ketika zaman kecilku.

Kembali kerahmatullah ketika aku baru beberapa bulan jejakkan kaki ke UITM. Tak tau camna luluh hatiku ketika Cik Madah bg tau Pakngah dah tiada sebaik aku habis kelas. Yang aku tahu.. Cik Madah terus memelukku menenangkan aku yg menangis tak henti2. Makngah pula meninggal dunia ketika aku baru melangkah ke gerbang pekahwinan.

Bagaimanapun.... alhamdulillah, walau Pakngah Hashim/Makngah Ma dah lama tiada, hubungan anak2nya dgn keluargaku tak pernah renggang. Bukti kasih-sayang kami tetap utuh ... Hasrul yang jauh di Terengganu... turun ke majlis ini.

No comments: