Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, May 16, 2010

HADIAH BUAT GURU 4 DELIMA

Belumpun tamat Kem Ibadah untuk Adnin, mama sibuk pula dengan Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan. Si bungsu awal pagi dah bersedia dan mama sebelum bergerak ke sekolah, call Guru Kelas dulu. Sedih Amni bila dapat tahu Guru Kelasnya tidak dapat turut serta. Bila mama explain cikgu tak dapat datang sbb bawa ibunya yang sakit tenat ke hospital, baru Amni dapat terima. Tapi dia tetap mahu ke sekolah untuk jayakan aktiviti ini.

Program ini bukan seperti gotong-royong biasa, ianya lebih ke arah aktiviti keceriaan kelas. Ibubapa, guru dan pelajar2 bekerjasama mengindahkan kelas bagi tujuan keselesaan pelajar mengikuti pelajaran di dalam kelas mereka. Jadual asal program tamat jam 10.00 pagi, tapi kami selesai segalanya jam 4.30 petang. Mengapa?

Antara guru2, pelajar2 dan ibubapa yang menjayakan program ini

Memandangkan Cikgu Hanu tiada, Cikgu Firdaus diamanahkan untuk mengemudi perjalanan program di kelas Amni. Tak mahu menghampakan anak, mama dan abah turun tangan. Dah tengok kelas , kami decide buat makeover kelas 4 DELIMA. Terus balik rumah, ambil segala baki2 cat dan wall paper yang ada. Gembira sungguh AMNI WAFA, FATIN ADLINA, YUSATIKAH, ADLIN DIANA, KENCANA LIANA, AMENSYAH dan RUZAIREEN bila nampak uncle bawa cat. Bersemangat mereka nak cantikkan kelas. Apa yang disuruh semua mereka buat. Bermulalah kerja2 transformasi kelas seperti di bawah:-

Buat hati2, jgn bagi koyak.
Kumpulkan setempat sebab nanti nak tampal balik.

Comotnya dinding.......
Alas surat khabar supaya lantai tak kotor dgn cat.

Buat cermat2, jangan bagi koyak kertas dinding

Mama hanya tunjuk contoh 2 kali saja. Selebihnya mereka yang buat sendiri. Sambil mengajar terapkan konsep semangat kerja berkumpulan dan sifat tolong-menolong, mengapa agihan tugas penting, fokus dalam kerja, teliti dan cermat untuk hasilkan yang terbaik. Syukur, mereka berjaya laksanakannya.

Memandangkan mereka begitu bersungguh nak cantikkan kelas, semua tak sebut nak balik cepat. Untuk itu, sebagai imbuhan kepada pelajar2 yang 120% tunjukkan komitmen, makan tengahari adalah atas pilihan mereka. Sajian tengahari kami, KFC. Bestnya!!!! Suka, suka, suka. Amenshah mengetuai bacaan doa diikuti semua. Bergema 4 DELIMA, lari iblis yang ada sekeliling kelas.

Ni baru betul2 kerja. Lihat saja pakaian mereka.
Maafkan saya ibu2

Inilah orang2 kuat yang bekerja keras

Terima kasih CIKGU FIRDAUS, guru gantian yang diamanahkan mengemudi kelas. Terima kasih SU (ibu Kencana) dan YATI (ibu Yusa) yang turun tangan sebelah petang. Niat datang sebab risaukan anak mengapa tak sampai2 rumah sbb bg tau mereka habis jam 10.00 pagi. Bila sampai kelas, mereka juga sangkut dan terus membantu.
Proses akhir, lantai pun kena bersih

Ibu2 buat final touch-up

Wajah baru kelas. Kami namakan TAMAN ILMU 4 DELIMA. Tertera nama pelajar2 yang menjayakan program ini sebagai penghargaan kepada mereka.

P/S Cikgu Hanu,
Tuai Padi Antara Nampak
Esok Jangan Layu2an
Belailah Ibu Antara Nampak
Esok Jangan Sesal2an

Keputusan yang cikgu ambil itu tepat. Saya hormati dan tahniah!!! Sememangnya anda layak menerima hadiah ini dari anak2 muridmu. Harapan kami sebagai ibubapa, didik anak bangsa terutamanya anak2 kami menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pegang amanah ini.

1 comment:

iEtaFAkyR@ said...

bestnya kak min! back to school mmg happening ah... i loikkeee being active wit this kind of activity. harap2 bila damia dah skolah nnt ieta pun boleh joint wat kerja amal cenni. hebat lah kak min nih! great job sis...