Friday, February 26, 2010

SEKETIKA DI SMKBDP

Ikutkan mama, nak terus berada di padang seperti tahun2 terdahulu tapi apakan daya, hari kerja. Cukuplah walau hanya seketika. Janji maka tunjuk muka dan yang penting dapat rakamkan aksi2 demo kumpulan Taekwondo EKMAL.

Mama paling suka lihat senyuman generasi pewaris bangsa.... tiada kedukaan tersembunyi pada saat2 sebegini, hanya kegirangan terpancar.

Semangat mama berkobar2.... seolah2 berada di dalam kumpulan kamu ketika kamu beramai2 masuk ke tengah padang.

Kamu semua segak dan anggun ketika beraksi dengan penuh disiplin diri. Adaptasikan dalam kehidupan seharianmu anakku.

Melihat kamu beraksi penuh keyakinan bersama kawan2, dalam hati terdetik ` dah anak teruna anak mama sekarang'.


Satu pembaharuan dalam Sukan Tahunan SKAD kali ini. Tahniah!!!!
video

p/s Maafkan mama HAKIM, tak dpt bersamamu pada hari sukan sekolahmu hari ini. Tahniah!!! walau tanpa kehadiran mama dan abah, 2 EMAS, 1 PERAK dan 1 GANGSA cukup menggembirakan kami. That's my BOY.

Buat Diamilikku, bagi tau Raja Pecut kita, kena perturunkan teknik berlari yang baik utk HAKIM. Medal milikinya adalah untuk 100m, 4x400m dan lompat jauh. 1 lagi tak ingat....

1 comment:

echah_syed said...

seronok tgk anak-anak membesar sebagai johan.tahniah min :)