Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, February 27, 2010

KAJOL JUMPA SHAH RUKH KHAN

Tajuk bukan main lagi!!!!! Actually nama si anak daranya SITI SALHAH.... tp aku selesa panggil dia Kajol sebab muka imbas2 hindustan gitu. Dulu cikeding je, tapi sejak kerja dan bertemu pasangan pak polisi ni muka dah penuh. Jaga elok2 lepas ni Kajol.... SELAMAT PENGANTIN BARU.... doaku semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam keberkatan Ilahi.

Jaga elok2 SRK made in Kelantan ni....
Kalau kat atas tu KAJOL & SRK yang kat bawah tu

jeng
jeng
jeng

JUHI CAWLA & KAMAL HASSAN.... hahaha
Yang bersongkok tu la boyfriend aku.... hari2 tak dengar suara dia tak sah. Tak nampak bayang dia tak senang hati. Pi memana mesti kena bg tau, tp yg dok sebelah dia tak jeles pun. Mana nak jelesnya..... siang hari hanya kami bertiga.... CEO, aku dan dia.

AZHAR & KAK SAL, best no ada anak dara ramai. Muka macam hindustan, cepat jodohnya... 3 tahun berturut2 jemput kami makan kenduri... terima kasih.

Friday, February 26, 2010

SEKETIKA DI SMKBDP

Ikutkan mama, nak terus berada di padang seperti tahun2 terdahulu tapi apakan daya, hari kerja. Cukuplah walau hanya seketika. Janji maka tunjuk muka dan yang penting dapat rakamkan aksi2 demo kumpulan Taekwondo EKMAL.

Mama paling suka lihat senyuman generasi pewaris bangsa.... tiada kedukaan tersembunyi pada saat2 sebegini, hanya kegirangan terpancar.

Semangat mama berkobar2.... seolah2 berada di dalam kumpulan kamu ketika kamu beramai2 masuk ke tengah padang.

Kamu semua segak dan anggun ketika beraksi dengan penuh disiplin diri. Adaptasikan dalam kehidupan seharianmu anakku.

Melihat kamu beraksi penuh keyakinan bersama kawan2, dalam hati terdetik ` dah anak teruna anak mama sekarang'.


Satu pembaharuan dalam Sukan Tahunan SKAD kali ini. Tahniah!!!!

p/s Maafkan mama HAKIM, tak dpt bersamamu pada hari sukan sekolahmu hari ini. Tahniah!!! walau tanpa kehadiran mama dan abah, 2 EMAS, 1 PERAK dan 1 GANGSA cukup menggembirakan kami. That's my BOY.

Buat Diamilikku, bagi tau Raja Pecut kita, kena perturunkan teknik berlari yang baik utk HAKIM. Medal milikinya adalah untuk 100m, 4x400m dan lompat jauh. 1 lagi tak ingat....

Monday, February 22, 2010

ONE MOMENT IN TIME ~ I'M ALIVE

Alhamdulillah ..... Hari Ini Aku Hidup kerana
CINTA AYAHMAMA tunggak kekuatanku

pesan mama kali ini...
moga murah rezeki, panjang umur, bahagia dgn suami dan anak2
didik anak macam mama didik anak2 mama, baik dengan adik2
dapat tunaikan haji cepat, jangan sombong dengan orang
cakap jangan lepas2..... Min ingat pesan mama

Alhamdulillah ..... Hari Ini Aku Hidup
kerana curahan KASIH SAYANG ADIK2KU
KEMESRAAN ADIK2 IPARKU &
SENYUM TAWA ANAK2 BUAHKU

Alhamdulillah .....
Hari Ini Aku Hidup bersama
KECINTAANKU PADA ANAK2KU
Mungkin mama bukanlah ibu mithali tapi demi
INSAN2 KAMIL PEWARISKU
Mama akan terus berusaha perbaiki diri dan
status kehidupan keluarga kita


Alhamdulillah ..... Hari Ini Aku Hidup
bersama KETAATAN DAN KEYAKINAN ISTERI pada
LELAKI INI, CINTAKU HINGGA HUJUNG NYAWA

Alhamdulillah ..... Hari Ini Aku Hidup
DITEMANI KESEJAHTERAAN SILATURRAHIM
SAUDARA MARA, RAKAN TAULAN SEPERTI KAMU

semuanya memberi peluang untuk aku tersenyum bahagia hingga hari ini di USIA 42 TAHUN. Sesungguhnya Allah itu sentiasa mencurah rahmatNYA padaku, dan kepadaNYA yang patut aku PANJATKAN KESYUKURAN DAN LEBIHKAN AMALAN kerana apa yang aku miliki sejak dulu hingga sekarang adalah milikNYA dan keberkatan dariNYA.

"Sekuntum bunga akan lebih berseri bila dihiasi keindahan bunga2 lain dan kehadiran kumbang2 disekelilingnnya. Seekor ikan kecil akan bertambah kuat jika bergabung dengan jutaan ikan2 di lautan..... itulah AKU"

Terima kasih pada semua yang memberi ucapan
SELAMAT HARIJADI BUATKU
dr semalam hingga hari ini

CURAHAN SAYANGKU BUAT SEMUA

Friday, February 19, 2010

KISAH NAZIM

2 hari sebelum kami mendaki puncak bukit, adikku ini terlibat dalam kemalangan jalanraya. Nak kata teruk, tak la teruk sangat. Nak kata tak teruk, teruk juga. Mana taknya, lengan dua2 belah berbalut, lutut pun dua2 berbalut. Hari kemalangan, semalaman tak dpt tidur, badan sakit2 lepas terhempas dan terseret. Pagi time nak bertolak tu pi dressing lg.

Ikutkan mama tak bg abang Nazim ikut sbb takut badan tambah sakit jalan jauh. Tp tak gamak la, adik-beradik yang lain dok berseronok kat puncak, dia kat rumah mengerang sorang2. So kami angkut juga. Atas kereta, dok suruh anakku urut tangannya yang bengkak.

Pi mana2 tetap bawa dia sama, sakit2 pun posing macho juga


dan yang paling best bila bawa abang Nazim pi tempat ni
Cayalah!!! sponsor semua tiket naik bot lagi. Jimat poket2 kami

dan beginilah keriangan kami ...

PAKCIK & ANAS... bot senget sebelah ooo!!!!


KAK AISYAH & AMNI
... sana sini mesti nak berdua

ADNIN & ABAH
... awal2 dia dah booked abah jd partner kayuh slow2

ADAM & MAK CHAQ
... asyik terpereluih kasut anak buahku ni dok kayuh pedal
adam kayuh laju, penat mak menakan ni

SYAMIL & ABANG HAKIM
kayuh tak ingat, sampai kena keloi panggil balik

EKMAL & PAKSU NAIM
... Mentang2 pakai baju hijau-kuning, tak mau naik dgn orang lain

AINA & HAKIM
... untung Hakim dpt naik 2x, aina punya pasal penat kayuh tak pa

dan ibu2 dan mak buyung setia menanti di pelantar

Bunga2 yang sempat disnap di Allan's Water... CANTIK

Thursday, February 18, 2010

PERSAMAAN.... SATU KEBETULAN

PERSAMAAN!!!! Apa yang sama???? KEBETULAN!!!! Benar adanya kerana....

KAMI ANAK SULUNG
KAMI ANAK PREMPUAN TUNGGAL
KAMI ADA 5 ORANG ADIK LELAKI

Pertama kali bertemu sewaktu majlis sambutan hariraya rumahku tahun lepas. Adik turun bukit. Cuti Raya Cina baru2 ini, kakak pula panjat bukit untuk bertemu adik yang menguruskan hotel bersama suami gantengnya. Walau baru 2 kali bertemu, macam kakak-adik dah kenal lama. Mungkin chemistry antara kami berdua kuat.

Kita tak punya abang-kakak dan adik perempuan, hanya insan sekeliling jika mengizinkan, membuka ruang untuk kita merasainya kan dik! Inilah NANAE puan empunya diri, pemilik blog http://salamdaripuncak.blogspot.com/.

Kunjugan kami sekeluarga disambut dengan senyuman manis mereka
Dik, no hal hotel tak 5*****, servis kamu dah 5*****++, tu yg syok

Paling gembira, adikku pandai membaca kehendak kakaknya
Semua yang aku inginkan terpampang di depan mata sebaik kami tiba

Papan tanda yang ringkas dan penuh makna.
Sama pink dgn baju akak dik!!!!! Kebetulan lagi....

Flying colors belon di ruang makan memeriahkan suasana

Kami suka senyum, itu juga sama..

Time balik tak boleh sedih2... GUMBIRA juga
Terima kasih adikku NANAE dan suaminya DARWIS
Sayang... Sayang... Sayang Kamu Berdua
Kakak pasti bertamu lagi di Puncak Fraser

Wednesday, February 17, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN ANAK2 BUAHKU

Kek yang kutempah buat mereka.. simple

Seronok melayan, melihat senyum tawa dan riuh mereka

STEAMBOT yang ditempah khas utk sambutan
merawat kedinginan kami di puncak

Nanae... ibu muda yang macam lipas kudung sediakan
makan malam yg marvelous buat kami adik-beradik
Tahniah!!! & Terima Kasih

Mari, mari mari kita jamu selera
Apa tunggu lagi, makanan sudah tersedia

Kenyang perut senang hati.. mata pun lali
Orang kuat yg terlebih santai depan lobby hotel
Inilah kelebihan Jelai Highland Resort Bukit Fraser

Buat anak2 buahku AISYAH, ADAM, AIDA, ANAS & AFIQ (begitu juga pada yang lain).....

Ibu dan bapa saudaramu sentiasa sayang kamu semua. Bila dewasa nanti, jangan pula lupa kongsi rezeki dengan kami dan yang penting jenguk2 kami walau sesekali-seketika. Bukan duit jadi taruhan tapi kesinambungan kasih-sayang biar berpanjangan.

Kalau ketika kecil hubungan sesama sepupu akrab dan ceria... teruskan semangat itu kerana kita 1 WARISAN.