Monday, March 15, 2010

SELESAI SAMBUTAN HARI WP 2010

Bertempat di Dataran Putra, kami memenuhi jemputan Khas Kementerian Wilayah Persekutuan untuk majlis minum petang sempena Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini..... `tumpang tuah suami sebagai penerima pingat'.

Tidak seperti tahun2 terdahulu, biasanya majlis hanya melibatkan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sahaja dan lokasinya diadakan di perkarangan Istana Negara. Tahun ini dengan perkenan Tuanku DYMM Yang Di-Pertuan Agung, majlis telah diadakan di Putrajaya dan jemputan ditambah. Kali ini seramai 1600 warga Wilayah Persekutuan dijemput hadir dengan 40 buah bas khas. Mereka terdiri dari penduduk PPRT, OKU, ibu tunggal dan mereka yang kesempitan hidup. Tidak hanya dijemput hadir minum petang, seramai 900 orang warga menerima sumbangan dari Yayasan WP. Alhamdulillah....

Pintu gerbang flora menyambut kedatangan.
Kerusi beriben tu dikhaskan untuk penerima pingat.

Dari pejabat suamiku, hanya SM Elil dan suami yang hadir

Pak Lah tetamu VVIP yang turut memeriahkan dan majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Disusuli ucapan Menteri Wilayah, YB Raja Nong Chik yang kemudiannya menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kepada warga yang layak, diakhiri penyampai cenderamata.

Waktu yang ditunggu2...makan2, lupa seketika dietku.. aku pekena mihun goreng sepiring, sate 5 cucuk, sup soto semangkuk, teh tarik segelas.... sesekali award diri apa salahnya, next day go for protein balik

Khemah scallop kuning merah dikhaskan untuk penerima pingat

Seperti biasa sessi bergambar merpati dua sejoli la.... k

Nak habaq sikit... sbb ramai yang dah bertanya, tp bukan nak bermegah. Percayalah kawan2ku semua, ini bukan gambar `super impose' seperti yang kau orang sangkakan. Proses diet yang diamalkan memang berkesan, dalam sebulan aku dah kehilangan berat hampir 6kg, bentuk muka nampak bujur dan kekurangan inci pada sesetengah bahagian badan tapi dada tetap mantop... Bagus apa! Hahaha

Yang paling aku suka, tak payah skip makan... sarapan, makan tgh dan dinner mesti ambil kalau nak lost weight. Malam ini aku menerima berita gembira dr seorang kawanku yang sahut cabaran berdiet bersamaku.... Waduh!!! dia lg dahsyat... seminggu turun 3 kg. Syabas Liza Joe, teruskan usaha tapi jgn lupa makan.....

Dah habis makan, kami berdua berjalan ke kereta nak balik la. Tot2 dgr pengumuman mengatakan persembahan artis akan dijayakan oleh Ella, M. Nasir dan Jamal Abdillah. Apalagi, suami terus kata `Min tak jadi baliklah, kita tunggu Jamal nyanyi dulu'
Sememangnya suami peminat fanatik Jamal. Tiap kali dia berkaraoke lagu Jamal tak pernah tinggal terutamanya lagu wajibnya KAU KEKASIH AWAL DAN AKHIR. Pitching ke laut especially part verse dia redah saja.....
Muka orang puas dapat jumpa Jamal dan aku jadi tukang rakam life lagu2 yg dinyanyikan. Nak bg suami puas hati dia, rakam dekat dgn speaker... dah pecah pulak bunyinya... sib baik tak pecah gegendang telingaku. Mai kita layan.....

video

12 comments:

Dj Epoi said...

Walaweiii....

SERIUS....dah slim giler badan Lu Kak!

Pasnih....harus Abg Surgent cemburu hehehehheeheheh....

Nota Buntut : Abg Surgent nak kena minum SD2 jugak nih hehehehe

Diamilikku said...

memang nampak kurus kak...huhuhu...
su nak minum jugak..tapi tunggu ubat yang mizan bagi nih habis dulu yer...insya allah i will contact you soon....

notti netti said...

wah.......air SD2?.....nmpk kurus ahkak nie....salam kenal:)

SYAbAR said...

epoi, abg surgeant kita concentrate minum Alpha Lipid... sekadar nak bg turun buncit saja

SYAbAR said...

diamilikku, mai2 pakat testimoni diri ke arah keanggunan di usia matang

SYAbAR said...

notti netti, salam kenal kembali dan terima kasih sudi singgah sini

SYAbAR said...

bestnya terima feedback dr cleaner ofis, baru seminggu cuba dah turun 4kg... skit hari ramai la wanita orang asli kat tempat dia pakat makan sama

suked8787 said...

K min, mcm yg su ckp la...pasni jgn terkejut kalu cleaner opis k min tu mop lantai pkai kebaya ketat no....silap hrbln bos pun kenyit mata oooooooooooo.

suked8787 said...

Mr Dj : Haaaa...tunggu apa lg...testimoni awak lak...pasni kalu kurus jgn eksyen ngan gua nooooooooo..

Diamilikku : K Sue...cepat2 mari2 pakat2 kuruskan bdn...nnt raya leh pkai kebaya saloma...hahahahaha

Izza said...

jom...jom...jom... kita kurus sama2...

Ina said...

wah...SYABAS ! Min dah KURUS ! apa rahsianya?? share la sket..pelik juga diet Min tu bleh mkn ape aje...huhuhu

echah_syed said...

min makin cantek...serius!

betul kata ina tu..saspen jugak bole kurus kalau takyah exercise :)