Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 15, 2010

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

Sabtu lepas 3 orang anak2ku mengatur langkah berbeza `bersukan untuk kesihatan'. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Alam Damai (SKAD), EKMAL, ADNIN dan AMNI mempamerkan minat masing2 dan sebagai mama, aku hadir memberi peransang.

Perbarisan masuk kontinjen... menggamit memori silam zaman persekolahanku. Aku aktif bersukan dan kokurikulum. Dalam sukan, 400m & 4x400 dan bolajring mewakili daerah, badminton masih aktif hingga sekarang sampai berjaya mewakili negeri.

Dalam kokurikulum, PBSM berpangkat sarjan, menjadi memimpin pelajar bagi daerah Baling. Pengalaman yang tidak mungkin terpadam adalah ketika meminpin kawad dan aktiviti menyelamat pendakian Gunung Baling.

Aktiviti lakonan, nyanyian dan tarian... suatu kebiasaan baik di sekolah rendah mahupun menengah.

Kini anak2ku mengikut jejak... HAKIM aktif bersukan. EKMAL bersama PBSM dan AMNI mula menunjukkan rentak seni tari cuma bakat nyanyian mereka belum terserlah.

Berlalu gagah Ketua Kontinjen Kejohanan

Diikuti PENGAKAP, kontinjen rumah LAKSAMANA dan PBSM

Rumah AMNI dan ADNIN berarak gagah ke tengah padang. Lihat tanjak ADNIN mengusung kawannya... dah selesai bagi tahu mama begini, `kecil2 pun budak tu mama, BERAT!!!!'. Macamna boleh terpadam foto Kontinjen Bendahara ni..... maafkan mama anak2ku

Pasukukan Puteri Islam.. manis dan sopan
Rumah Temenggung comel dengan maskot lebahnya
Pandu Puteri.. apasal jauh sangat pembawa bendera dan pelekat

Syahbandar garang bersama maskot buaya
Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) segak bersama uniform
kalau aunty ambilalih kawad, maunya kecut perut anak2 ni

Ikrar Kejohanan

Perasmian meriah.... Perlepasan burung2 bagiku simbolik kebebasan anak2 kecil bersukan `sayap yang kuat bisa terbang jauh'.. begitu juga mereka
KRS pemenang kawad terbaik pasukan beruniform
Rumah Bendahara kawad terbaik pasukan rumah sukan
Syok sangat ADNIN dan AMNI

dan mama tambah bangga bila mendengar pengumuman pengacara majlis begini `seterusnya persembahan kumpulan Taekwondo sekolah di bawah bimbingan ENCIK EKMAL HASIF dan ENCIK ARIVIN NAIDO'.

Siapa tak bangga bila anak kita dah diberikan amanah oleh kelabnya untuk meminpin pelajar2 kecil sekolah lain. EKMAL baru bermula di SKAD dan abangnya HAKIM telah menjadi penolong jurulatih di 5 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur/Selangor.

Habis persembahan EKMAL, AMNI pulak menyusul manis berlari ke tengah padang dalam persembahan pom-pom girls. Boleh tahan si bungsu ni....
Selesai majlis, mamapun lapar... terus pekena 2 biji telur 3/4 masak kat Restoran Marhabah. Betul2 menu orang bersukan.....

2 comments:

Mrs Zamzuri said...

may all this happiness be with u and ur family forever! Amin..

Naz said...

meriah sungguh... Majulah sukan utk negara... :D