Selama ini kegiranganku mengaburi mata ramai, melindungi kerisauanku terhadap masalah kesihatan yang dialami puteri tunggalku AMNI WAFA. Sebelum cuti sekolah tahun lepas, penggal akhir persekolahan, Amni sering mengadu pening, sekejap deman, sekejap batuk dan selsema yang berpanjangan.
Seperti biasa, bila ke klinik.. ubat batuk, deman, selsema dan antibiotik... dan Amni nampak pulih seperti sediakala. Balik dari bercuti di kg bulan Disember, perkara yang sama berulang, demam, batuk dan selsemanya makin lama. Kali pertama jumpa doktor seperti biasa rawatan 3 serangkai di atas la. 2-3 hari lepas lega demam, baru mula sekolah, Amni mengadu `mama, telinga Amni tak berapa dengar sebelah, sebelah kuat sebelah perlahan'.
Jumpa doktor kali ke-2, doktor kata gegendang telinga kiri Amni berlubang, telinga kanan bersih. Again makan ubat untuk 2 minggu. Selsema, batuk dan pendengaran Ami tetap sama dan berlanjutan. Habis ubat jumpa doktor lagi dan untuk rawatan ke-3, Dr bg ubat dan antibiotik yang lebih kuat untuk seminggu, mengakibatkan Amni mengadu sakit perut selalu. MC pun selalu.
Tiap2 hari aku bertanya keadaan pendengaran Amni. Sekejap dia kata dengar kuat, sekejap dia kata ada benda bising dalam telinga. Sekejap gatal dalam telinga. Sekejap dia kata dengar terlalu kuat dan kalau dengar terlalu kuat, Amni kata dia pening. Risau, risau.....
Ini bukan bertujuan untuk mempromosikan MLM. Dah lebih setahun aku mengamalkan minum ALPHA LIPID sejak mama menyuruh aku mencubanya bagi tujuan menjaga kesihatan. Tapi semenjak aku bertemu ZAH kawan lamaku masa belajar di ITM dulu, barulah pengetahuanku berhubung produk ini meluas. Kali ini aku nekad berikan Amni minum ALPHA LIPID selang sehari.
Bila ubat habis, aku jumpa doktor lagi untuk kali ke-3 dan kali ini dimaklumkan telinga Amni tidak lagi berlubang. Tapi jangkitan tetap ada, gegendang telinga masih merah dan menggelembung dan ada tanda2 merebak ke telinga kanan. Aku terus minta doktor panel refer ke doktor pakar ENT.
Pertama kali jumpa pakar, aku dimaklumkan telinga kiri Amni agak kritikal. Kata doktor, perkara pertama yg mesti dirawat adalah batuk dan selsemanya. Selagi batuk dan selsema tak sembuh, agak sukar untuk mengawal jangkitan telinga. So doktor beri ubat untuk hilangkan batuk dan selsema dulu. Antibiotik tidak lagi dibekalkan kerana Ami dah ambil lebih dari 3 minggu. Next follow-up seminggu lagi.
Rawatan ke-2, aku beritahu doktor Amni dah tak lagi demam, batuk dan selsema tapi suka bersin. Periksa telinga kiri, gegendang telinga masih merah dan menggelembung, tp telinga kanan bersih. Doktor mula bekalkan Amni dengan spray hidung untuk dipakai tiap2 malam dan ubat alahan dimakan untuk seminggu. Kata doktor next follow up lagi 2 minggu. Kata doktor kontrol makan makanan seafood. Kalau tak lega juga, dia perlu tebuk gegendang telinga Amni, takut air dah terkumpul di bahagian telinga tengah dan menjadi pekat.
Ibu mana tak risau bila dengar operate2 ni walaupun hanya minor surgeri. Niatku untuk bertamu ke Vietnam bulan depan terus aku batalkan. Bila dapat pamplet testimoni dari Zah, aku nekad speed up bagi Amni minum ALPHA LIPID setiap pagi. 3 orang abang2nya juga aku suruh minum setiap pagi.
Rawatan ketiga, aku bertahu doktor, demam, batuk dan selsema dah tak ada lagi. Tidur pun nyenyak. Doktor kata telinga kiri Amni nampak pemulihan. So Amni dihantar ke Hearing Centre untuk ujian bunyi. Laporan dapat disimpulkan 2 keadaan:-
1. Berkemungkinan dalam proses pemulihan
2. berkemungkinan dalam proses pengumpulan air di belakang gegendang (telinga tengah)
Bacaan graf menunjukkan puncak bunyi hampir dengan garisan mendatar (kalau mendatar maknanya tak dengar la) dan hampir dengan garisan menegak di sebelah kiri. Keputusan doktor, memandangkan ada progres, jumpa dia dalam masa 1 bulan. Tiada bekalan ubat, hanya teruskan spray hidung tiap malam,
So menunggu sebulan, tiap2 hari, aku monitor perkembangan pendengaran Amni sampai dia kata `mama ni kejap2 tanya, kejap2 tanya'. Aku suka bila lately dengar dia kata `Mama, telinga Amni dah dengar sama, bunyi kuat tu sekali2 saja'. Tanya Amni macamana dia tau telinga dia dah dengar sama, jawab Amni `Amni pakai handphone la mama. Letak kat dua2 telinga'. Berakal juga puteriku ini...
Hari ini aku bawa Amni jumpa doktor lagi. Sejak masuk wad kena denggi tahun lepas, memang Amni fobia pi klinik dan jumpa doktor. Pertanyaan dia `nak kena cucuk ka mama, kena ambil darah lagi dak mama'. Bila aku menidak, baru la muka tak tension sangat.
This time aku bagi tau doktor, fizikal Amni in good order. So again Amni ke Hearing Centre untuk ujian gegendang telinga. Alhamdulillah, ujian kali ini memberikan sedikit ruang kegembiraan buat diriku dengan keputusan yang begitu memberansangkan. Puncak bunyi tinggi lebih separuh, bacaan graf dah hampir masuk kotak normal. Aku bagi tahu doktor, selama ini dok bagi Amni minum susu kolestrum dan doktor kata teruskan. Jumpa dia dalam tempoh 2 bulan lagi.
Alhamdulillah syukur, segalanya dengan izin Allah dan keserasian. Takpa la Amni, mama akan terus bagi Amni minum ALPHA LIPID walau kena spend duit poket lebih. Makanya banyak la urusan untuk memanjakan diriku ditolak tepi.
IBU MANA TAK SAYANG ANAK2....... dan En. Suami, yang juga mula menjinakkan diri dgn minum susu setiap pagi.
p/s Kini aku sedang mengumpulkan lebih banyak testimoni dari keluarga dan rakan terdekatkan berhubung produk newimage ini..... ALPHA LIPID & SD II