Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 3, 2008

SALASILAH IBUNDA



SITI ARPAH BINTI ABDULLAH. Puteri bungsu kepada Sarjan Polis Abdullah Awang dan pasangannya Hajjah Che Mah Abdul Rahman. Dilahirkan pada 20 Disember 1944 (Rabu, 4 Muharram 1364) di Balai Polis Sungai Kop, Kulim, Kedah Darulaman. Salmiah, Che Mee, Rokiah, Hashim, Aminah dan Azmi kekanda-kekanda tempat berkongsi suka-duka. Hanya 2 tahun diizinkan Allah bermanja dengan ayahanda. Berbekalkan kekuatan semangat dan amanah yang dipegang, keperitan hidup ibu tunggal bukan alasan untuk tidak menghantar anak2 ke sekolah. Mama juga mendapat pendidikan Sekolah Arab.

Ke mama tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Minat berniaga diwarisi mamaku. Kini aku mengikut jejaknya. Mamaku pandai memasak dan membuat kek. Kek-kek harijadiku hasil kehalusan seni kerjatangan mama. Mama mahir menggubah hantaran perkahwinan. Kebolehan mama banyak yang kuwarisi, tapi mengapa aku begitu bebal dalam menjahit pakaian! Usaha murni mama membantu ayah meringankan kos menyekolahkan dan membesarkan kami.

Chu, adalah panggilan kepada mama oleh anak-anak saudaranya yang ramai akrab mesra dengannya. Kelembutan tutur-kata chu dan layanan mesra yang diberikan adalah kunci yang mengikat kasih-sayang antara keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

Alhamdulillah, dalam usia sekarang, mama boleh dikategorikan sebagai warga emas yang sihat minda dan tubuh badan. Banyak meluangkan masa menghadiri majlis-majlis agama. Setiap kali berjumpa anak2, bukan sekadar anak2 malah cucu2 juga termasuk dalam kamus hidupnya untuk diberikan ilmu agama sebagai pedoman hidup. Terima kasih mama. Aku sendiri tidak terjangkau ilmu agama yang mama miliki. Sememangnya SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.

3 comments:

suked8787 said...

Baguih2...sblm ni x pernah tau sepenuhnya pasal salasilah family mama.

Dj Epoi said...

Salam.....

Satu penulisan dan sejarah salasilah yg belum diketahui secara halus buat anak2 dan cucu.....
Semoga Blog ini akan melahirkan lagi...penulisan2 buat anak2 dan cucu-cucu....

P/S Buat Kakak Tersayang SYABAR.....anda membuatkan saya menangis kegembiraan..!!!

P/S Yang lain ...apa tunggu lagi...meh kita berblog2 hhahahaha

Dj Epoi...Sayang Korang Semua...

Dj Epoi said...

Sayang..Mama & Ayah...mpuahhhhhhhhh...

P/S Boleh tukaw lagu lain tak Syabar......Gua Sedih sangat2 ni..sob..sob...sob..