Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 3, 2008

SALASILAH AYAHANDA

ABDUL RANI BIN ISMAIL menjadi penyeri kepada pasangan petani sawah-bendang Haji Ismail Abu Bakar & Hajjah Bedah Ahmad. Dilahirkan pada 14 Mei 1942 (Khamis, 27 Rabiul Akhir 1361).

Abang kepada Halimah dan Sharif, anak jati Kampung Teluk Layang, Teluk Kechai, Kedah Darulaman ini dihantar menuntut ilmu sehingga ke Maktab Mahmud, Alor Setar, sebuah sekolah yang masyhur di dalam pendidikan islam di utara Semenanjung Malaysia. Sepatutnya ayahku menjadi ustaz, tapi dik kerana minat, profesion BOMBA dicurahkan khidmat baktinya sehingga bersara. Sungai Petani, Baling 2X, Langkawi, Alor Setar keluarga di bawa merantau. Seronok .......

Ayahku mengikut jejak kedua ibubapanya, rajin bekerja, tidak tahu duduk diam walaupun sekarang usia menginjak tua. Siapa tidak kenal S.Zaini, jurukamera sambilan majalah dan akhbar di zaman mudanya. Sebagai bayi pertama, setiap perkembanganku dicatat di dalam diari, aksi kecilku penuh di rakaman kamera. Walaupun masih bayi, diriku dikelilingi ratusan surat dari pelbagai ceruk rantau. Semuanya gara-gara iklan `sahabat pena' ayahku di dalam akhbar. Ramai yang salah sangka, masih bayi di sangka anak dara ..... ha ha ha.

Ayahku begitu minat dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Dialah antara orang kuat Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tempat kami bermastautin suatu masa dulu. Dialah antara orang kuat koperasi setempat dan jabatan. Dan sekarang keringatnya dicurahkan untuk pembangunan sebuah kampung, Kampung Darulaman. Alhamdulillah.

Siapakah antara kami, anak-anaknya yang akan mewarisi ketokohannya `BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'. Mampukah kami?

bersambung ...

1 comment:

Dj Epoi said...

Salam....Ku akui... memang tak mampu ku ngikuti jejak2 ...Ayahndaku ini.....

Inshaallah.... yg terbaik akan kulakukan demi Kedua Ayahnda Bondaku ini.....

Hargai, dan Berilah Kasih sayang Yg Paling Baik...Kepada Kedua Ibu Bapa Kita.....untuk ingatan bersama.....

Sayang Ayah & Mama..+ ( Mertua )..Hingga ke Akhir Hayatku

From Anakmu....
DJ EPOI