
Bertempat di teratak Satay Station yang indah, AYAH AN belanja kami makan besar kerana tunaikan janji pada 2 anak buahnya HAKIM dan EKMAL atas kejayaan di dalam taekwondo dan PMR baru2 ini. Terima kasih AYAH AN.

Kami pakat2 lepak dalam bilik khas sambil makan satay 5 STAR
dagingnya cukup lembut & rasanya uuummmmpppphhhh!!!!!
mee kuah dan air limau asam boi pun best...

HAKIM bikin riuh bawa medal2 yg dimenanginya dan beratkan leher AYAH AN dia. Tanda terima kasih atas sokongan padu bapa saudaranya selama ini.
Inilah gaya pemain taekwondo senior.....

Kesempatan ini juga untuk raikan kunjungan Mak Ma, ibu yang menjaga PAKSU NAIM masa kecil setiap kali mama dan ayah tunaikan haji. Macam berjanji KAK FIZAH & SURAYA. Bulan 3 tahun depan Mak Ma terima 2 orang cucu serentak, satu awal bulan satu hujung bulan.

Mak kata dah lama dia tak makan satay banyak camtu...
ps... buat AYAH AN, kakakmu yakin dengan kelebihanmu dan setiap usahamu. KAMU PASTI BERJAYA bersama anjakan paradigma. YAKIN BOLEH!!!!!