My Stick Family from WiddlyTinks.com
SYAbAR nama PenaKu.
PUTIH bersih, fitrah wujudnya insan tanpa secalit dosa dan noda.
HARUM bunga, itulah kelebihan aura wangiannya di hati mama dan ayah, adik2, suami dan anak2.
Kini akulah ANAK, KAKAK, ISTERI & IBU.
ANAK ..... perempuan tunggal dalam keluarga. Gabungan nama yang diberikan oleh ibubapa dan nenda, terpahatlah SITI YASMIN AZURA HAJI ABDUL RANI. Setelah mama menahan sakit sehari semalam, pada tanggal 22 Februari 1968 (Khamis, 23 Zulkaedah 1387) di rumah nenda Hajjah Che Mah, 186 Jalan Pondok Labu, Kulim, Kedah Darulaman, aku selamat dilahirkan.
ISTERI ..... bertemu jodoh di usia 24 tahun. MOHD. NOOR BAHARI, raja dihatiku, satu2nya lelaki yang dipilih memegang amanah Allah & ibubapaku, dengan sekali lafaz tepat jam 10.30 pagi. Aku mempelajari banyak erti kesusahan hidup bersamanya dalam membina kehidupan berkeluarga sehingga sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan iman dan berhati waja, kulalui semuanya dengan sabar, tabah dan yakin.
Bekas pelajar SM Darulaman, member kamceng dengan salah seorang anggota kumpulan Senario, Lan Pet-Pet. Mr. Manager dikalangan rakan2 sekerjanya.
Kalau aku kata ke ANUAR, kahwin dengan minah yg diskodeng di stesen bas, aku plak diskodeng di atas bas. Ha ha ha, 2x5... 5x2. Stesen bas Terminal Feri Butterworth pandangan pertama.
Anak2 buahku memanggilnya Pak Chaq. Panggilan glamor adik2 iparku pula...... Sarjan Botak. Ha ha ha. Botak2 pun, kau orang boleh bergantung harap dalam apa2 hal sekalipun.
IBU ..... alhamdulillah, 4 orang zuriatku
Putera pertamaku AFDZAL HAKIM MOHD. NOOR. Namanya membawa maksud `Keberkatan' `Kebijaksanaan'. Dilahirkan pada 14 April 1993 (Rabu, 21 Syawal 1413) di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur.
HAKIM panggilan di dalam keluarga dan sentimental orangnya dalam situasi tertentu.
Ketika HAKIM berusia 3 bulan, nek wan Haji Ismail meninggal dunia. Alhamdulillah sempat nek wan bermain dengan cicit pertama walapunpun cuma seketika. Beberapa hari sebelum nek wan meninggal, sudah ada petanda, HAKIM terjatuh dari bouncenet yang dipegang pak andaknya. Tangisan tanpa henti HAKIM menyebabkan nek Mah dan jiran sebelah rumah turut sama menangis. Ayah wan dan umi bawa HAKIM ke Hospital Bear Alor Setar untuk di x-ray. Alhamdulillah HAKIM tiada sebarang kecederaan dalaman.
Di usia 2 tahun, HAKIM hilang dari rumah penjaganya selama 2 jam, memaksa suamiku menghubungi anggota Balai Polis Sungai Besi untuk mencarinya. HAKIM dijumpai bapanya sendiri dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran pangsapuri tak jauh dari kawasan kongsi pembinaan. Alhamdulillah, malaikat bersama anakku sewaktu melintas jalan besar. Suamiku suka berjenaka, berita kehilangan anakku disangkaku gurauannya sehinggalah diceritakan sendiri pengasuhnya.
Putera kedua, EKMAL HASIF MOHD NOOR bermaksud `Sempurna, Cerdik' `Kemas, Rapi'. EKMAL dilahirkan pada 13 Jun 1994 (Isnin, 4 Muharram 1415) juga di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur.
Selain EKMAL, IMAN juga nama panggilan di dalam keluarga. Penyakat orangnya terutama kepada kedua adiknya, mengambil berat dan sentiasa mendahulukan orang di sekeliling.
Al-kisahnya kami, sewaktu EKMAL masih di dalam kandungan dari awal hingga akhir, setiap kali scan, Dr. mengatakan anak perempuan. Gembira sangat, dan persiapan semuanya bertemakan warna `pink'. Keluar dari bilik bersalin, suamiku bertanya `tertukar anak tak?. Aku menidak dengan memberitahu, sebaik keluar dari perutku, Dr. mengangkat dan menunjukkan `kantung' EKMAL padaku. Sah lelaki.
EKMAL juga mirip paras rupa pengasuhnya Bibi Jan (Mami Penang).
EKMAL sejak kecil hingga sekarang, kalau tanya besar nak jadi apa, jawapannya tak pernah berubah, nak kerja dengan Tabung Haji. Alhamdulillah.
Putera ketiga, ADNIN HAZRI MOHD. NOOR. ADNIN adalah nama sebuah `Syurga' dan HAZRI mengambil sempena nama wan BAHARI yang meninggal dunia sehari sebelum ADNIN dilahirkan. Dilahirkan pada 29 September 1998 (Selasa, 7 Jamadil Akhir 1419) di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darulaman.ADNIN sepatutnya dilahirkan di Hospital Universti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. Sudah tertulis dan mungkin juga terkejut dengan berita kematian bapa mertuaku, ADNIN dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Waktu pengurusan jenazah bapa mertuaku, hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku menahan sakit awal bersalin, tapi aku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa, biarlah anakku dilahirkan selepas urusan pengebumian selesai. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Dalam semua anakku, melahirkan ADNIN paling siksa kerana menanggung kuatnya sakit selama 12 jam. Abang2nya cuma dalam 2 jam sakitnya.
ADNIN panggilan nama di dalam keluarga, cool tak banyak cakap tetapi kalau naik angin, jadi taufan, semua benda di depannya melayang. Tak guna seduit orang tua kata.
ADNIN juga hero `handsome & smart' di dalam keluarga. Paling jaga dressing dan yang bestnya, kalau pakai baju, butang baju semuanya dipasang sampai ke leher.
ADNIN juga cucu yg paling rapat dengan umi dan ayah wan. Pantang umi dan ayah wan datang ke rumah, pasti nak ikut balik. Cuti sekolah tak dak alasan nak bagi tak balik kampung.
Rasanya ADNIN mungkin penyambung generasi kerjaya ayah wannya, kalau tanya nanti besar nak jadi apa, jawapannya nak jadi `BOMBA'.
AMNI sememangnya anak abah. Peluk cium setiap hari, nak apa2 tak dapat dari mama, pasti abah layan...........