Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 30, 2009

PUDING JAGUNG

  • Zaman 70an, timbangan berat kira tahil dan kati. Dah tak pakai lg zaman la ni. Untuk memudahkan kawan2 membuatnya nanti, aku kena buat conversion ke gram. Nasib baik ada bantuan online conversion di Internet, memudahkan kerjaku.


Pagi Jumaat ini, orang dulu2 kata, buat kenduri pemanis mulut. So, aku bawa ke pejabat, kongsi rasa dgn kawan2. Beratus tapak juga aku melangkah hantar kat Imine supaya dia juga dapat merasa. Tak sampai 1/2 jam ini saja yang tinggal.

Alhamdulillah, I received thumbs up from them. Walaupun bahan2nya tak seperti sekarang, banyak enhancer itu ini utk bg lebih sedap, tp tetap terasa keenakannya. Pakat2 la cuba resepi mudah ini.

PUDING JAGUNG MAMA

Bahan-bahannya:-

25gm agar2
6 cawan air (size cawan arcopal warna pink dulu2)
10 sudu besar gula
5 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur ambil yang kuning saja
1 tin jagung
1 tin susu cair
sedikit garam

Peraturannya:-

Telur kuning dikacau bersama tepung kastard, kemudian ditambahkan susu cair dan jagung.
Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur dan mendidih.
Tapis ke dalam adunan jagung tadi dan kacau.
Masukkan sedikit esen vanilla, garam dan kacau di atas api hingga pekat dan masak secukupnya.

6 comments:

imine said...

terharunya pakcik kak syaBar sanggup jalan beratus tapak hantar puding yg sedap x terkata ni .. marveles sgt2.

cuba jgn x cuba resepi bonda ni.

tq kak syaBar .. surprise dan terharu gitu lebih2 lg dlm mood yg swinging ngan keje yg blambak2 ni.

Dj Epoi said...

Tak Habaq mai ponnk?

Dah lama tak pekena nih!!!!

Diamilikku said...

dari rupa pun dah nampak kesedapan puding itu...

SYAbAR said...

Mai la rumah, ada semangkuk pyrex lagi.... Lambat terlepas, benda sedap katakan!!!

fatin said...

mmg sedap arr puding ni.......rugi tak merasa..thanz bg merasanya yer hehhe

SYAbAR said...

Nak tanya skit,fatin yang mana ni .....