Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2009

BESTNYA CUTI??? SEORANG IBU

Hakikatnya, sebut kata cuti, masih di tempat kerja dah rasa seronok sangat. Nu dok ingat cuti panjang dan pikir dapat relaks. Cuti sempena Gong Xi Fat Choy, 4 hari.. panjang tu. Inilah relax bagiku dan diarinya bermula seperti ini:-

Jumaat, 23 Januari 2009
Dari tempat kerja sampai di rumah jam 7.00mlm. HAKIM bagi tau dia ada training teakwando dengan master dari Korea di Wangsa Maju jam 8.30mlm. Lepas maghrib terus pacu kereta ke sana. Kalau ramai orang Cina balik kampung, apasal trafik punya la jam, macam semut daa. 9.15mlm baru sampai. Nasib baik aku enjoy tengok budak2 training sambil jadi photographer...... Memang teruk betul latihan mereka di bawah kelolaan master dari Korea ni. 5 minit latihan pemanasan dan regangan badan, masing2 bangun jalan mengengkang. Inilah aksi HAKIM membuat regangan kaki. Siksakan!

Lepas itu diikuti dengan aktiviti sparing menggunakan target dan vest. Sesi ini yang paling aku tak suka, sedikit lalai boleh membawa kecederaan. Ibu mana suka anak sakit kan! Sememangnya aku tak suka aktiviti yang dikatakan `sendiri cari sakit' tapi nak wat camna, pak dia pun kongsi tali pinggang yang sama. Katanya anak lelaki biar tahan lasak dan badan kuat.






Sebelum tamat latihan, master menunjukkan teknik tendangan dan latihan harian untuk memantapkan kekuatan kaki, diikuti aktiviti cooling down.


Kata HAKIM training dengan Master Korea ni lebih teruk dari training2 yang pernah dihadirinya sebelum ini. Aku ingatkan bangun pagi esok, sure HAKIM sakit seluruh badan, rupanya tidak. Langsung tak sakit apa2. This means that the master has conducted a correct way of training. Congratulations!!!!!


Tamat latihan jam 11.15mlm kami terus ke hospital Pantai Cheras, melawat Rohaizad & Shafiq dan bawakan pati pucuk betik untuk rawatan demam denggi. Jam 1.30 pagi baru aku dapat baring di katil dan zzzzzz........

Sabtu, 24 Januari 2009
Ingat dapat sambung tidur, tapi jam 8.00pg mama dok bawah, telefon aku kat atas, minta hantar dia dan ayah ke rumah NAIM. Dia nak jemput famili makan tengahari, so mama nak pi awal membantu isterinya.

Kebetulan hantar mama dan ayah ke Sungai Besi, aku dan hubby bawa mereka pekena breakfast di tempat biasa kami lepak, gerai mamak anak Ismail. Habis makan, masuk market beli barang basah dan kering keperluan dapur untuk sepanjang cuti persekolahan ni. Maklumlah anak2 dah besar, lapar selalu. Selesai hantar mama dan ayah, kami balik ke rumah hantar barang2 dapur dan ambil anak2.

Kata hubby, tak syok la pi makan tengahari rumah NAIM bawa tangan kosong. Terus kami ke Jln Kampung Attap, beli kari kepala ikan kesukaannya. Kemudian Ke Petaling Street beli beg laptop kat ayah dan buah2an. Patah balik ke Sungai Besi, makan tengahari. Orang lelaki, lepas kena kari kandar sure tersandar kat bantal. Aku juga tak rehat, dok bantu SURAYA kemas dapur lepas dah makan ramai2.

Jam 4.30 ptg, gerak hubby bangun sebab kena balik rumah, ambil sup ketam bawa pi hospital untuk Rohaizad dan Shafiq. Dok sembang dgn orang sakit, NAIM telefon minta tolong hantar mama dan ayah pi KL Sentral, keretapi jam 10.30 mlm. Patah balik kami ke rumah NAIM ambil mama dan ayah bawa pi stesen keretapi. 9.30 sampai, dok sembang2, KTMB buat pengumuman, time bertolak tunda ke 11.45 mlm. Jam 10.45 mata hubby dah kuyu, tandanya kami kena balik rumah la. Kesian mama dan ayah, jam 12.00 baru bertolak balik. Nasib la NAIM dan SURAYA temankan mereka dan tolong angkat beg2. Aku sama seperti semalam, baring atas katil sambil tengok dvd citer lama `Water World'. 1.30 pagi baru mata mengantuk.

Ahad, 25 Januari 2009
Hubby teringin nak makan laksa. Ingat dapatla relax buat facial ka, massage ka. Tak dapat juga..... kena cari bahan2 nak buat laksa pulak. Dah siap, masing2 pekena 2/3 mangkuk. Lepas tu anak2 lelaki bagi tau ada training teakwando lagi kat sekolah. Ingatkan dah dekat Raya Cina ni tak dak la latihan. Tapi aku dah tak daya nak hantar, letih sangat..... minta hubby ja yang bawa mereka.

Sempat lelap mata 15 minit, hubby telefon suruh goreng doughnut utk minum petang. Bingkas aku bangun sediakan semua itu, janji depa sampai rumah, minum petang dah tersedia di meja luar. Selesai satu bab. Malamnya, hubby bawa anak2 pi sembahyang di masjid. Tot2 dia telefon suruh sediakan makan malam, keluarkan kambing dan masak simple2. Masak lagi aku.

Isnin, 26 Januari 2009

Celik ja mata, hubby bagi tau nak bawa anak2 pi mandi di Desa Water Park. Breakfast minta dibuatkan bihun goreng dan doughnut. Lipas kudung la aku dan maid, mana nak sediakan sarapan, mana nak sediakan barang2 berkelah. Jam 11.30pg baru kami bertolak ke sana.

Sampai sana, jenuh cari parking. Punya la ramai..... hari bersukaria bagi warga Melayu & India. Aku dan keluarga disertai AMAR sefamili, abang NAZIM dan kawan sepejabatnya. Seronok tengok anak2 enjoy. Aku seperti biasa jadi photographer dan sempat la juga dok berdua dgn hubby, mandi dan bermain sambil melayan karenah anak2. Anak2 yang besar of course suka aktiviti adventurous. Selalu hilang main ombak besar dan gelungsur air.

Anak2 yang kecil, mesti main depan mata parents. Langkah berjaga2, terlebih seronok takut mereka melakukan aktiviti/ aksi merbahaya, keduanya takut mereka hilang dari penglihatan.

Saat paling syok, aku dan hubby berdua `Bercanda Di Bawah Pancuran Air'. Sedapnya..... OK la 2, dah tak dapat massage kat spa, water massage pun jadilah. Korang perasan dak, hubby aku mandi dengan topi. Kalau dalam `Musang Berjanggut', jalan dalam hutan berpayung sebab takut ditimpa ranting kayu,atau binatang berbisa, ni di bawah pancuran air nak protect apa? Ha ha ha. Gambar ni dirakamkan oleh adik aku AMAR.

Kami beredar selepas wisel dibunyikan, maknanya 6.00ptg dan beginilah muka orang penat posing depan kamera. Anak2 mula bersungut lapar..... Apa lagi, hubby bawa lepak di kedai mamak tepi jalan kat Salak Selatan. Masing2 pekena nasi kandar ayam goreng panas. Legaaaaa. Malamnya semua tidur awal, terlebih exercise dalam air.......

`Sejenak terfikir, kalaulah dapat kubawa anak2 Palastine bermain gembira begini alangkah bertuahnya, lebih barakah penghidupanku sebagai insan kerdil yang dipinjamkan kesenangan duniawi - Free Palastine'

Selasa, 27 Januari 2009
Hari ini buat brunch, sediakan nasi lemak seperti di minta semalam. Masak 2 sambal, sambal kosong untuk anak, sambal sotong untuk aku dan hubby. Goreng telur mata kerbau untuk anak, telur dadar untuk hubby. Masak semua ikut selera mereka.

Rajin lebih aku hari ni dan pikirkan anak2 lepak di rumah sepanjang minggu ini, aku ambil keputusan buat cup cake chocolate untuk mereka. Seronok anak2, kek masih di oven lagi sibuk dok tanya lama lagi ka nak masak. Inilah rupa kek air tanganku. Rupa tiada, janji anak2 suka.

Aku dan hubby dah decide, hari ini tak mau pi memana. Nak rehat saja kat rumah sebab esok kerja, sambil2 tu mengemas persekitaran rumah, dalam dan luaran. Habis buat semua tu, kami berdua menikmati hidangan kek yang baru dimasak sambil cicah kopok lekor.

Malamnya kami bawa anak2 sembahyang jemaah di masjid. On the way balik, singgah rumah towkey van sekolah, ziarah ibunya yang datang dari Kulim. Dinner, hubby beli char keaw teaw, AMNI dan abang2nya dok sebut nak makan.

Inilah REHATKU sepanjang Cuti Raya Cina. Apa2pun, aku bersykur

Diberikan kesihatan yang baik dan bertenaga melalui saat-saat manis ini, dilimpah rezeki yang barakah untuk bergembira dengan keluarga, dapat melihat keceriaan suami dan anak di depan mata, adik2 masih rapat dengan kakak

2 comments:

Dj Epoi said...

Wow ...Best Gilak!!!
Enjoyyyyyy habis!!!!!
clap x3 TAHNIAH!!!!

Sayang nya Gua tak dapat nak join....Lu orang..sumer!!

Memandangkan HUTANG Gua kat Bro Nizarina dah tertunggak tahun lpas...

Alhamdulillaah Gua berjaya Menunaikan tanggungjawab Gua untuk sesi mengecat dan menukarkan papan tangki tandas...
Gua harap Bro NIZARINA happy ngn pilihan2 colour yang Gua pilihkan eik!!!!!!!!!


Layanzzzzzzzzzzzzz!!!

Diamilikku said...

Selalu orang cakap tugas ibu senang kann??
tapi sebenarnya..amat sedikit ruang rehat untuk ibu..tapi semua penat dan letih akan hilang bila tgk family happy n suka dengan semua yang kita buat kan kak...bestnya menjadi ibu...tak sabar nak tambah anak...
btw kak..taekwando best apa...su dulu pun aktif taekwando jugak...