INI WANITA
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara sepejabat.
Maka jawaplah si gadis ayu, `Aku tak sempat belajar masak sebab dari kecil mak pak aku suruh aku tumpukan perhatian pada pelajaran saja. Aku dok di asrama, balik rumah sekali-sekala. Mana sempat sangat turun dapur, belajar memasak'.
"Habis la ni awat tak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Dok belajar lah ni. Mana sibuk ngeja, balik rumah letih. Macam-macam nak kena buat, itu ini. Semua nak buat." Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Zaman dolu2, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Kalau camtu, ramailah wanita andartu. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, boleh juga memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
ITU LELAKI
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata OKAY saja. Jangan diperbesarkan, nanti mereka terasa hati. Kedudukan suami sebagai raja tidak boleh dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Bolehkah wanita meletakkan undang-undang kepada lelaki juga? Syarat utama menjadi suami, mesti boleh menjadi imam. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" . Imam video game komputer boleh pakai ka! Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Sebut jadi imam nyata ramai menjawap......
- Tidak confident jadi imam, takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid, belum khatam habis atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
- Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
- Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Hakikatnya sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak, jika mahu bersuami, lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Jika wanita disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar jadi imam!
Sama-sama belajar, tak banyak rugi, untung yang lebih
- free palestine - destroy israel - quash usa -
4 comments:
bagus kalau leh jadi imam. teringin nak jadi mcm imam samudera (tp jgn sampai kena execution le)
entry nih kak..
saya nak print out n bagi hubby baca..hehehehheheh...saje nak nyakat dia
Diamilikku, tks sudi masuk blog saya dan titipkan komen. Kata kat pelari pecut kita, `TERIMALAH HAKIKAT' tapi janganlah marah, gurau-senda suami isteri penyeri kehidupan.
imine, ambil semangat iman samudera tak pa.....
?
Post a Comment