- Orang Islam bersaudara, siapakah aku ini dengan bumi dan rakyat palastine?
- Mampukah aku? Dimana kekuatan dan jihadku?
- Cukupkah sekadar doa dan bantuan kewangan?
GAZA ITU MEMANGGILMU
(dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09)
tangisan itu memanggilmu
ratapan itu merayumu
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat
tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka airmata dosa
membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan
hulurkan tangan pertolongan demi Tuhan!
buat Palestin yang ditawan!
(http://www.mohdtaha.blogspot.com/)
Dlm khutbah semalam sebut 3 cara kita boleh ambil:
1. mengecam (i.e melalui demonstrasi, melalui penulisan mcm blog, etc);
2. menentang (dengan cara seperti memboikot, etc); dan
3. mengubah.Mengubah ni maksudnya jangan menganggap jumlah org Islam yang besar ni satu kekuatan. Sebenarnya ia adalah satu ilusi. Realitinya pula Israel dan Yahudi yang jumlahnya sedikit itu boleh menghancurkan dan memusnahkan jumlah yang besar.Jadi apa yang perlu diubah? Kata khatib tu, yg perlu diubah adalah satukan kembali hati2 org Islam. Jgn ada perpecahan. Org Islam mesti bersatu dan jangan berilusi dan mengagung2kan kekuatan dan kehebatan Islam masa lalu sahaja sedangkan kita pada masa ini sangat lemah dari segala segi. Hadapi realiti kerana realiti itulah hakikat yang sebenar. Dalam kes ini, Israel itu satu realiti yang kita semua perlu bersatu dan menentangnya sampai hancur dan musnah. Maka itu, khatib menganjurkan utk kita semua berubah.Mudah2an dunia Islam, terutama dunia Arab yg hampir dengan Palestin tu bangun dari mimpi, menyedari realiti dan sedia utk berubah, bersatu dan membantu saudara2 kita yg sedang dibaham oleh Israel.
2 comments:
Salam.....
Gua teroja....baca Entry nih....semangat membara dalam hati Gua......
Teruskan ngn SEMANGAT PALESTIH wahai Seputih Seharum Melur...
salam...
banyak puisi2 palestin yang menyentuh perasaan..saya rasa kak syabar pun pasti punya bakat yang boleh digilap..suka baca bahasa2 akak...rasanya tak mustahil untuk akak hasilkan puisi jugak kannn
Post a Comment