Pengalaman pertamaku anak dimasukkan ke wad. Pelbagai perasaan berkacau-bilau lebih2 lagi disabitkan dengan demam denggi.
Kesian AMNI, badan montel, nak cari urat punya la susah. Lebam kiri-kanan lengan. Sebut ambil darah dah fobia, tak benarkan ambil kat mana2 bahagian tangan lagi kecuali melalui saluran drip. Haru gak sebab misi kata kalau ambil melalui saluran drip, result tak tepat sebab dah bercampur dengan glukos. Masalahnya, AMNI mati2 tak bg ambil dari tempat lain. Terpaksalah mereka ikut.
Hari ke-3, AMNI komplen sakit perut, platlet jatuh balik ke 59. Aku dah mula panik, tambah bila Dr. kata kalau semakin turun kena tambah darah. Dr. mula bagi ubat gastrik. Aku suruh suami carikan ketam untuk dibuat sup. Alhamdulillah AMNI selera makan. Sebelah petang ambil darah lagi, resultnya mengecewakan. Platlet turun ke 50. Fikiranku makin berserabut. Aku stop bagi AMNI makan pati pucuk betik. Minta mama buatkan air penawar.
Hari ke-4, result platlet AMNI memberansangkan, dari 50 lonjak ke 77. Aku lega, tp AMNI mengadu sakit perut lagi dan tekanan darah naik macam orang dewasa. Dah lagi satu hal. Dr. suruh monitor sampai keesokan hari. Bekalan SiTO dah habis, tp mujur adik2ku bawakan air Oxygenizer pulak. Misi pulak nasihatkan aku, cuba stopkan AMNI dari bermain PSP. Mungkin itu salah satu sebab tekanan darah dia melonjak tinggi. Malamnya jam 9.30 aku dah suruh AMNI tidur. Rupanya seronok main PSP ni, rasa tercabar kalau kalah. Aku pulak ketagih dok main malam tu sampai jam 1 pagi.
Begitulah kisah AMNI dengan pucuk betik, sup ketam dan air SiTOnya (+ Oxygenizer).
- Dr. Tan dan misi2 di Wad Pediatrik, PCMC
- Ayah dan mama, dari Kulim turun KL
- Dj Epoi belikan Oxygenizer & pinjamkan PSP untuk hilangkan boring AMNI di wad
- Nizar, belikan Oxygenizer. Maaf, belum dapat pi tengok Azrina dan baby baru.
- Naim & Suraya, belikan biskut2, roti canai, nasi ayam, 100 Plus, milo ais dan teh tarik.
- Mat & Minah Rempit (Datin Sally & Bro Rohaizad, belikan AMNI air milo kotak dan belanja famili makan nasi AYAMAS di wad, Pakcik Mus & Ba'yah, belikan AMNI cokelat)
- Nizam & Juliana, belikan AMNI buah2
- Sauthi MHS & Maria, telefon tanya khabar AMNI
- Shida & Mat Zin, belikan Amni biskut2
~Adanya kesulitan, Adanya Pengalaman, Terpancar Nilai Kekeluargaan & Persahabatan~
4 comments:
Alhamdulilah....semuanya dah selamat..
tq x 3 buat semua yang bersama ngn Kakak Gua ( Syabar )...
Gua ponk terkejut gak pasal PSP boleh naik tem Darah heheheheheh...
Pasni PSP kena ambik simpan coz sekolah dah buka heheheheheh
Syukur2...semuanya dh ok. Terima kasih bnyk2 kpd kenalan n saudara mara yg bnyk membantu kak min sekeluarga sepnjang Amni sakit.
Harap Dj Epoi simpan la PSP tu elok2 sbb si Robocop tu main PSP smpai terkencing dlm seluaq. Punya la x mau tinggai PSP tu. Heheheh
Mudah2an amni cepat sembuh dan kembali ceria macam selalu.
Dj Epoi & suked8787, tks atas keprihatinan anda berdua. Ciluk kata Mawi, both of you are `WORLD'
Helmi, rupanya kau juga mengikuti blog Kmin ya. Kat opis ni, setau Kmin, Taha ja yg tau Kmin ada blog. Anyway, tks gak sebab doakan kesihatan anak Kmin
Post a Comment