Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 28, 2009

BUAT DIAMILIKKU DAN SEMUA BAKAL IBU

Tahniah kepada DiaMilikku kerana bakal menimang cahayamata kedua. Doa ini ku perolehi dari seorang kakak ketika bertugas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 16 tahun yang lalu. Kuamalkan seawal kandungan dari anak pertama hingga yang keempat.

Ilmu yang baik, datangnya dari Allah, tak perlu kedekut untuk dikongsi bersama rakan2.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Pujian Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW.

YA ALLAH, PELIHARALAH ANAKKU SELAMA DI DALAM KANDUNGANKU (diganti menyebut KANDUNGAN PERUT ISTERIKU jika dibaca suami) DAN SEMBUHKANLAH IA KERANA ENGKAU MAHA PENYEMBUH, TIADA PENYEMBUHAN MELAINKAN KESEMBUHAN DARIMU, IAITU KESEMBUHAN YANG TIDAK MENINGGALKAN PENYAKIT LAGI.

YA ALLAH, BENTUKLAH ANAKKU INI DENGAN BENTUK YANG BAGUS DAN LAHIRKANLAH IA DENGAN KELAHIRAN YANG MUDAH DAN SELAMAT SEJAHTERA PADA HARI KELAHIRANNYA. JADIKANLAH IA SEBAGAI ANAK YANG SIHAT SEMPURA, CERDIK, BERAKAL, BERILMU, BERSIH DAN SEBAGAI MUKMIN YANG SOLEH. JADIKANLAH IA SELALU TEKUN MENGERJAKAN KEBAIKAN DAN DAPAT MENZIARAHI MASJIDIL HARAM.

YA ALLAH, ELOKKANLAH BUDI PEKERTINYA, FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN BAGUSKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA AL-QURAN DAN AL-HADIS.

Dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

3 comments:

Dj Epoi said...

Tahniah !!

Mizan & Sue....

Sebagai meraiikan Baby yang akan datang tak lama lagi.....

Jemput datang ke KL carik Gua atau kak SYAbAR.....

F.O.C - Tiket Sunway Lagoon untuk korang 3 beranak.....

Buat Kak SYAbAR...Tq for this Entry

Diamilikku said...

Kak Syabar : Tq banyak2...terharu sangat2...tak sangka..dalam ada org berdengki dengan su..masih ada kawan2 (walau tak pernah bersua muka) sudi buat entry khas untuk su...really appreciate it kak..thanx so much...

SYAbAR said...

Seorang kakak menyayangi semua adik2nya dan semua keadaan