Minggu ini memang minggu sibuk buat aku. Sabtu pagi awal2 lagi dah bawa HAKIM dan EKMAL keluar. Pertama dahulukan sebab utama bawa HAKIM keluar dari asrama iaitu ke klinik periksa kaki HAKIM yang masih sakit dan dapatkan surat pengesahan Dr.
Lepas tu, bawa mereka shopping barangan runcit mingguan. Sempat juga pekena mama dengan membeli barang2 peribadi mereka. Layan saja sebab lepas ni mereka pulak terkena. Tiap kali shopping, botol azimat kesukaan mereka mesti tak keluar list. Bangganya mereka tunjukkan botol itu. Tak kata ke depa saja, mamanya pun sama. Maklumlah cucu tauke telur ayam. Tak sah la nikmati telur rebus atau separuh masak tanpanya. Habis shopping terus pi tapau lauk-pauk utk makan tengahari sebab memang tak sempat nak masak memandangkan jam 2 ptg EKMAL, ADNIN & AMNI tuisyen. Petang lepas hantar mereka, bawa HAKIM ke Pustaka Rakyat untuk beli barang2 kejuruteraan elektrik. Mahal rupanya barang2 keperluan kursus ini. Nipis lagi dompet mama.
Bila semua kerja rumahtangga dan hal anak2 dah selesai, maka bermulalah waktu untuk mereka meletihkan diri masing2 dan bantu aku siapkan projek yang mengambil masa 2 hari untuk siapkan 90%.
Beginilah permulaan projek. Mama selaku pengurus projek akan sentiasa pastikan perjalanan projek mengikut jadual. Semua pekerja kena mainkan peranan masing2. Lelaki dengan kerja2 kasar. AMNI dan CT kerja2 kebersihan dan pastikan minuman tak pernah kering. Tak ada istilah curi tulang. Kalau ngelat maka kedengaranlah suara `Kak Bee' Anak Mami.
Mai kita layan apakah projek itu:-
Arkitek dan Pereka Dalaman
Tukang2 Cat
Nak ambil hati mereka untuk lebih rajin dan gembira melakukan tugasan, awal2 dah bg tau yang mama dah order 3 ekor ayam panggang. Psikologi kena kuat beb. Ni la kali pertama order ayam internet. Nama ayam panggang ni Lemon Rosemary Chicken yang dimasak oleh chef blog http://dj-lrc.blogspot.com/. Siap penghantaran ke rumah. Bestnya, sebelum makan kena perah lemon atas ayam dan cicah dengan sos black pepper. Wadussss macam2 ada.... rasa masam. manis, pedas.
Hari Ahad 3.30 ptg perlu hantar HAKIM pulang asrama. Maka jam 2.30 ptg siaplah 90% projek kami. Baki 10% kerja mama nanti untuk penambahbaikan. . Inilah hasilnya.
Amacam OK ka? Wajah girang mereka setelah 90% projek siap
Beginilah kisah hujung minggu seorang ibu dan keluarganya. Ingat nak habiskan posting tapi tak berdaya, katil dah panggil untuk aku berbaring lepaskan lelah.
11 comments:
Walaweiiiiiiiiiiiiiiiii
Cantik x 3
Tahniah buat semua....
p/s Besar juga AIRBAG cik Surgent kita nooooooooo hehehehhehehe
Woooi Bro, cukup la sekadar komen outlook project. Sempat juga tu komen airbag darling I. Cisss, tp cuba UKUR BAJU BADAN SENDIRI buat comparison. Ha ha ha
cun habis decoration kak min niii. Huhuhuhu
Tq Perfect Love kerana sudi berikan komen anda. Selalu2 komen dik!
invite u to join my blog ;-) baru senang nak hoping blog kak min ni... hehe
Sis,
You're so rajin sis!
And, results are absolutely fantastic!
Maria,
Houseworks is good rather than just watch television. Part of exercises by doing this.
rajin nya...
bilah su nak dapat semangat rajin cenggini..
sekarang sangat kemalasan....
kak syabar,cantiknya bilik budak2.rajin dorang.mesti anak2 puas hati bile dapat menghias bilik sendirikan.Well done to Kak Syabar's offsprings!!
Terima kasih Naddiea. Untung punya anak lelaki ramai ni. Bab2 kerja kasar camni, senang adanya. Tp bila masuk bab dapur, sib baik ada pembantu Indonnya.
Salam kak,
Hasil yg agak memuaskan... tahniah buat semua yg terlibat... :)
Post a Comment