Selagi MAMA di depan mata, telahku usahakan bawanya ke klinik dengan bantuan AMAR. Ketika aku di tempat kerja, apa saja MAMA teringin nak makan, telahku pesan pada Siti supaya membuatnya. Balik kerja kulayan mama bersembang. Waktu malam kami makan bersama dan kutemani mama disisinya hinggalah dia sendiri bangunkan aku supaya kembali tidur dengan suamiku. Kucium tangannya setiap pagi sebelum keluar rumah.
Dalam keadaan mama sedemikian, tanggungjawab mentazkirah cucunya tetap diteruskan. Pesannya pada anak2ku, setiap kali lepas sembahyang, jangan tinggal baca DOA PENERANG HATI sebanyak 7 kali. Buka tapak tangan dan tadah tangan separas bahu. Setiap kali buka buku dibaca juga.
`Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku'
Dengan sabar dia mendengar bacaan anak2ku sambil membetulkan bacaan mereka. Kata MAMA pada mereka:-
Padaku pula, MAMA berpesan supaya amalkan membaca SURAH AL-WAQIAH supaya hidupku, keluargaku dan generasiku nanti sentiasa dalam kesenangan. Katanya, arwah TOK MAH pesan padanya, `PAH mesti tiap2 hari baca surah ni'. MAMA amalkan dan berkata dia yakin dan nampak keberkatan dan kesahihan ayat yang diamalkan ini. Belum pernah hidupnya kesempitan rezeki dan arwah TOK MAH meninggalkan anak2nya dalam kesenangan. Kesenangan yang ditingggalkan dilbelanjakan untuk amal jariah ibunya balik. MAMA, PAK LONG & PAK NDAK gunakan ke Mekah. MAK TIH juga belanjakan semuanya untuk kebajikan dan amal jariah. Alhamdulillah, mungkin TOK MAH tersenyum gembira di sana dengan amalan anak2nya. MAMA gembira khabarkan padaku, iparku SURAYA dah banyak salin doa yang diamalnya. Alhamdulillah. Teringat aku waktu dulu, dok meniarap salin doa2 dari TOK MAH.
Elok rasanya kita ketahui beberapa fadhilat mengamal Surah Al-Waqiah ini:-
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Esok pagi, walaupun kesihatannya masih terganggu, MAMA tetap akan pulang ke kampung menunaikan ibadah fardu kifayah pada kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handainya. Cuti sekolah hampir tiba kan! Adat Melayu `Orang Berbudi Kita Berbahasa'.
Aku terfikir sejenak. Kuatnya ikatan ukhwah dan begitu sayangnya MAMA pada ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handainya. Itu belum lagi sebut tentang ikatan ibu dengan anaknya. Dan bagaimana pula kita anaknya. Jangankan kata kepada orang keliling, KEPADA IBU KITA SENDIRI BAGAIMANA??????
Ikuti kisah di bawah dan semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari cerita ini.KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
3 comments:
Pesan yg sangat bermakna sis.
Tak pasti if saya boleh jadi sebaik & semulia sis.
Thanks so much for sharing this. I'm stunned till..rite now.
Dik Maria, kita semua berusaha untuk berikan yang terbaik mengikut kemampuankan! Selagi mereka di depan mata, berjaya buat ibubapa kita senyum dan ketawa kan juga satu kebajikan.
rindu nye pd mak & arwah ayah.. :-(
semoga Allah mengasihi semua ibu bapa di dunia nie sebagaimana mereka mengasihi kita semua..Amin..
Post a Comment