Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 3, 2009

DARI GENERASI KE GENERASI

P. Ramlee sebati dalam jiwa semua
Dari toknek tokwan kita hinggalah ke cucu cicitnya
Filem terbanyak yang ku tonton adalah filem arahannya
Walaupun diulang2 cerita, tetap kutonton hingga akhirnya
Pendek kata aku tidak pernah jemu menonton filemnya

Anak2ku kini merasa rapat dengannya
Sebagai pejuang bangsa, mereka mesti tahu P. Ramlee sebenarnya
Telah kubawa mereka ke Pulau Pinang rumah kelahirannya
Di Kuala Lumpur kami singgah ke teratak sebelum persemadiannya
Anakku bertanya
`Mama, di manakah kubur P. Ramlee? Bolehkah kami melawatnya?'
Aku menjawab
`Boleh. Kalau kamu sayangkan P. Ramlee, sedekahkan fatihah buatnya
P. Ramlee berbakti, buatkan kamu semua ketawa gembira,
Bila di sana nanti, bersihkan pusaranya'

Sebelum beredar, setiap anak kuberikan RM1 jua
P. Ramlee dermawan seni, khazanahnya untuk bangsa dan negara
Kini anak2ku celik.... pengorbanan P. Ramle tak ternilai buat mereka
Anak2ku sedar realitinya.... generasi bertukar generasi, masa dahulu bertukar kini
Dan mereka pernah berbakti kepada pustaka insan mashyur, Negarawan Bangsa bernama

P. RAMLEE

.....Kaulah satu2nya di antara berjuta
insan teristimewa
patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti
kerana kau tersendiri
kau kebanggan kita, kau budayawan bangsa
kau lagenda.....

dan kereta ini adalah milik
ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE &
ALLAHYARHAMAH PUAN SRI SALOMA
Al-Fatihah.....

5 comments:

MariaFaizal said...

Telah terjawab misteri kereta antique & unique tu. I now feel relief sis..Sbb dok fikir pasal hints yg sis bagi :D

Cheers sis!

MamaVogue said...

my answer betul....mana hadiahnya? ade hadiah ke...hehehehehe

Hazlin Nazri said...

Salam kenal.
saya cikgu di stesma. Wan Yusaini tu same age with me. dia skrg guru pk HEM.

SYAbAR said...

OOOO... kalau camtu, minta Cikgu Hazlin sampaikan salam saya pada dia ya!

Diamilikku said...

alamak....
salah lagi...kak min buat kuiz lagi cepat..berkobar2 den nak meneka nih.,..