Begitulah maksud nama putera sulung kami. Alhamdulillah, hari ini usianya dah menginjak 17 tahun. Pejam celik pejam celik, HAKIM semakin dewasa.. dah berkumis dan sama tinggi dengan abahnya. Mama juga yang kemetot. Nak buat macamana, mama ambil jenetik Nenek Bedah kamu.
Tahun ini tahun getir penentuan masa depan kamu di dalam karier. HAKIM sendiri nampak bagaimana abah terlalu sayangkan kamu selaku anak sulungnya. Kemahuan dan kehendakmu sentiasa abah penuhi. Jangan hampakan harapan abah....
9 bulan kamu di dalam perut mama dan pertama kali juga mama merasai bagaimana keperitan melalui saat2 melahirkan anak sulung, tanpa pengetahuan tanpa pengalaman. Dengan izin Allah, semuanya mama harunginya berbekalkan kekuatan semangat abah dan kamu sendiri.
Selaku pewaris pertama, kini harapan seperti saat melahirkan kamu, perlu kamu galas untuk memartabatkan keluarga kita. Mama inginkan anak mama menjadi insan terbilang dan berguna, baik pada Penciptanya, pada diri kamu sendiri, pada keluarga, pada negara dalam kelebihan anugerah Allah yang ada pada diri kamu. Gunakanlah sepenuhnya untuk mencapai apa yang kamu inginkan.
Mama sentiasa bersamamu dengan iringan doa dan kehangatan kasih-sayang hingga hujung nyawa.
Ingat HAKIM! Kamu adalah contoh terbaik kepada adik2 kamu. Sayangilah mereka sepertimana mama tunjukkan pada kamu dengan menyayangi sepenuhnya ANGAH, AYAH AN, PAK ANDAK, PAKCIK dan PAKSU. Jangan abaikan mereka kerana walau apa pun yang terjadi `Air Dicincang Tak Akan Putus'. Mengalah tidak bererti kita kalah. Pabila di atas, sering jenguk ke bawah kerana di situlah tersimpan banyak khazanah kehidupan yang membantu kamu mengenal asam-garam dunia.
SELAMAT ULANGTAHUN ANAKKU
AFDZAL HAKIM MOHD NOOR
3 comments:
happy birthday hakim.. kena jadi contoh yang baik untuk adik adik ni... tinggi harapan keluarga...
happy birthday hakim...wahh berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan ayah an..dengan abg mizan jugak....semoga cemerlang dan berjaya seperti yang diingini semua ya...all the best
besssnyer anak2 dah besar...
tini tggu turn la ceni...
hehehe nak rasa bebassss....
tahniah kak!
Post a Comment