FEBRUARI begitu sinonim dengan SEPUTIH SEHARUM MELUR
PUTIHNYA kerana tangisan pertamaku sebagai seorang insan
HARUMNYA juga kerana tangisan pertamaku sebagai seorang isteri
Biar dia dipandang buruk, aku setia disisi sebagai ISTERI
Biar ujian getir umpama bencana tsunami, aku kebal disisi sebagai ISTERI
Alhamdulillah aku masih memegang amanah Allah ini
Pastinya hari ini airmata ini tidak bisa kubendung
Di hadapan singgahsana....
Suamiku menerima
PINGAT PANGKUAN MAHKOTA WILAYAH
di dalam Istiadat Menghadap & Istiadat Pengurniaan
HARUMNYA juga kerana tangisan pertamaku sebagai seorang isteri
Biar dia dipandang buruk, aku setia disisi sebagai ISTERI
Biar ujian getir umpama bencana tsunami, aku kebal disisi sebagai ISTERI
Alhamdulillah aku masih memegang amanah Allah ini
Pastinya hari ini airmata ini tidak bisa kubendung
Di hadapan singgahsana....
Suamiku menerima
PINGAT PANGKUAN MAHKOTA WILAYAH
di dalam Istiadat Menghadap & Istiadat Pengurniaan
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan
sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-36
Alhamdulillah
Di singgahsana....
Timbalan Yang Di-pertuan Agong, KDYMM SULTAN KEDAH
Sultan Negeri Kelahiranku, menyematkan pingat didada anak jati negerinya
Sultanku masih sihat walafiat di usia emas
Alhamdulillah
Di ISTANA NEGARA....
dalam waktu yang sama `aku terima nikahnya....'
Kami meraikan
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-18
Alhamdulillah
Rumahku adalah Syurgaku... maka sesungguhnya SUAMIKU dan ANAK2KU adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai bagi seorang wanita bernama ISTERI dan IBU
12 comments:
TAHNIAH utk KEGEMBIRAAN BERGANDA akak & suami..........
congrats akak n hubby..
happy anniversary..
semoga kebahagiaan itu milik akak selalu hendaknya...
ameen~!
Alhamdulillah,Na tumpang gembira di atas anugerah yg diterima. Tahniah utk Min n hubby ! And Happy 18th Wedding Anniversary to both of u ! Smoga berkekalan & bahagia hingga ke akhir hayat ! p/s : pasni 22hb ade event lagi ka?? :)
Alhamdulillah~~ sbg isteri, siapa yg tidka bangga kan kalau suami dpaat penganugerahan sebegini. TAHNIAH untuk kak syabar dan suami. You deserve it! ;-)
Nk ucap lg skali...tahniah utk k min n abg chaq atas kegembiraan berganda semlm...kami semua tumpang happy....Anyway, happy anniversary yg ke 18 utk kalian berdua...
Sama padan,
Sama cantik....
Berseri wowwwwwwwwwww!!!
Abg Surgent macam baru habis rekrut siut!
TAHNIAH
tahniah utk kalian berdua..
cantiknyer baju min...biru & pink sgt lembut *thumbs up
epi ann min..semoga kasih syg kalian berdua berkekalan sehingga ke syurga abadi.amin
* gaji abg sarjan nak naik lagi ..rezeki anak-anak tu :)
segak nampaknya......
wah..berganda2 kegembiraan akak ek
congratulations utk abg & kak syabar
i'm so happy for both of you..nampaknya Februari memang bulan yang membawa erti untuk ramai org....n sis u really look gorgeous okay...it's so beautiful (the baju n of coz u)...errr..bila nak jual tudung gitu kat su plak..hehehehehehhe...love you kak...all the best n happy anniversary...
tahniah kak... segak tul suami akak... akak pn berseri seri.. dan selamat ulangtahun... moga bahagia selalu yee...
salam syabar..
suami kacak bergaya isteri cantik persona..
tahniah ucapan ikhlas dari saya..
muga berbahagia hingga ke hujung nyawa
dan sentiasa du dalam rahmatNya.
Post a Comment