Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, February 7, 2010

NYIUR GADING PUNCAK MAHLIGAI

Hari ini kami menerima undangan perkahwinan dari seorang
insan yang byk berbudi dalam karierku

Indah sungguh rumah tinggalan ibubapa yang kini menjadi
galeri keluarga mereka

Cantik pulut kuning pengantin.
Persekitarannya... nyaman, byk pokok2

Pengantin lelaki adalah anaknya yang merupakan ahli
kumpulan muzik Butterfingers

Inilah insannya... Y.BHG.DATIN HARUL BARIAH
isteri kepada Y.Bhg. Dato' Annuar Maarof bekas majikanku
sewaktu di Unit Perancang Ekonomi, JPM dahulu.

Sentiasa membahasakan diri Kak Hairul denganku.
Dialah yg byk mengajarku dunia bersosial terutamanya
pergaulan di kalangan isteri2 VVIP dan wakil rakyat. Kami
sentiasa bersama setiap kali mengadakan persembahan pentas
dan di gelanggang badminton mewakili PUSPANITA.

Saat paling indah ketika aku dan Datin berhibur 3 hari 2 malam
di atas Berjaya `no where' Cruise'. Menyanyi berdisko sampai 3 pg.

Terima kasih Datin.....
atas kepercayaanmu aku diumumkan penghibur terbaik di atas kapal
atas keyakinanmu aku dipilih `Princess of the Night' di Bukit Fraser.
Atas kesungguhanmu aku menewaskan Pn Sri Asbi sewaktu
perlawanan persahabatan dengan BALKIS

Semuanya menjadi kenangan manis hidupku setelah aku menamatkan
perkhidmatan dengan Kerajaan pada tahun 1996.

Masuk saja ke dalam rumah, seperti biasa senyuman Datin sentiasa
dibibirnya. Terus tanganku dipegang erat dengan pertanyaan
`Min dah makan ka belum?'. Aku bukan setakat dipelawa makan,
Datin menarik tanganku dan membawa kami ke satu sudut makan yang
memeranjatkan aku dan suami.

Mana taknya... tetamu lain menjamu selera di bawah khemah,
kami dibawa ke ruang makan di dalam galerinya yang menempatkan
tetamu bergelar Dato'/Datin. Kekok... but seperti yang selalu
Datin katakan padaku`u can do Min', aku beretiket di meja makan
tp suamiku redah saja makan dengan tangan. Ambil kau...!!!
Mujur ada Dato' yg joint kemudian makan dgn tangan juga.

Mari kita lihat apa yang ada di galeri keluarga mereka.
Semuanya antik belaka dan sukar dicari sekarang

kelengkapan pengantin dahulu


pakaian2 & kain2 batik orang dahulu

Kami minum bercawan antik.... zaman bila pun tak tau la

Pemain piring hitam & album2 muzik lama

koleksi pinggan2 antik

acuan2 bahulu dan bengkang orang2 dulu

koleksi silver

koleksi tembaga

koleksi tembikar

pemain piring hitam cam zaman P. Ramlee

perabot2 semuanya antik milik orang2 dulu

anak bungsu/tunggal perempuan datin.. AYU
soalan pertama yang terpacul dari mulutnya adalah
`Aunty menari lagi dak sekarang?'

Inilah bekas bunga telur yang kami bawa balik

2 comments:

Darling Pya said...

cantik nye bekas bunga telur tu..
lain drp yg lain

Diamilikku said...

kak min tetap cantik......ishh jom kita pi nari2 kak....syok gak kalau ladies2 saja kan....